Assalamu'alaikum .. Selamat Datang Ke Alam Warkah Saya Ini ..

Selamat Bertandang ke PETI WARKAH ENGKU KOBAT :

Topik2 peri-ehwal khazanah warisan, peninggalan leluhur persukuan Melayu-Sailendra Seri Saguntang ini disertai dengan kupas-kupusan nya. Sekiranya tiada berkupas, nescaya rumitlah pembaca memahami RATIONALE Hakikat disebalik setiap resam adat2 istiadat Warisan Ibunda kita itu. Begitu hemah saya. Warkah2 yang dibentangkan nerusi blogspot ini terkhusus dipilih demi memperkenal kembali khazanah keleluhuran; dengan harapan 'HERITAGE' kita itu diPULIHi diPELIHARA; tetap diPERTAHANKAN daripada ia terus tenggelam dalam arus deras pengaruh suku kebudayaan asing. Maruah Jatidiri Bangsa Melayu sepatutnya megah dijulang mulia, mengental dengan penjiwaan semangat ilmu-ilmu dek Pusaka Leluhur Melayu Saguntang. Khazanah kita itu kebelakangan ini kelihatan kian malang, telahpun amat ketara semakin terlampau cacat nian dan mereput ~ akibah musibah bersabit kecuaian para-pewarisnya sendiri. Mudah-mudahan, penulisan saya ini mampu memujuk daya memupuk semula pemulihan dusun semangat yang termaksud.


Kesemua kandungan yang saya persembahkan ini, pada asasnya, adalah yang diPETIK-PETIK daripada manuskrip saya yang telahpun siap sejak 1976 untuk dibukukan ~ berjudul : "TUNGAK PERTUANAN RAJA-RAJA MELAYU".

keturunanku

keturunanku

JIWA dan NALURI KU

My soul is a staunch soldier of The Royal MALAY Regiment. My Heart is into discovering and revealing the erudite truth and facts of the MALAY Cultural Histories, inter alia , without prejudice . . And as such, it is with much pride that I declare ~ I am what I am ~ a Malay PATRIOT , ROYALIST and TRADITIONALIST... It's My HERITAGE .

A Patriot And Traditionalist

A Patriot And Traditionalist

I am a Composer I am

As a composer and lyricist, my heartbeat is in Musics ..... AND i'm proud to herald that I hail from the serene and scenic District of Kuala Kangsar ~ wherein there niche the orchestrated Hereditary Spirits that inspire my literary and musical repertoire.

Kuala Kangsar ~ Desa HalamanKu

Kuala Kangsar ~ Desa HalamanKu
Sungai Perak mengalir damai di desa Daerah halamanku Kuala Kangsar ... ... ... ... ... ... (foto ehsan: YM Raja Nur Jannah Hirdan)

JUGDE ME AS U WISH ... Apr 12, 2011

Judge what you wish, Say what you will ... In equanimity, I so remain as Ever True ... And I am what I am.

Roger-K And His Blogger Friends

Wednesday, 23 November 2011

Bhg. I - RIWAYAT DAERAH MANJUNG :BURUNG MERAK DAN BURUNG KUANG MEMBAWA NAMA KEPADA DAERAH MANJUNG

( Sepangsa kawasan perpantaian "Mayuridingam" ) 
oleh RAJA KOBAT SALEHUDDIN Ibni AlMarhum Raja Muda Musa

KUANG RAYA @ 'Argus Sianus-Argus' 


Cuba kita renungi kaedah mengesan sejarah demi dipergunakan untuk scenario yang boleh diabadikan: Pulau Langkawi bersimbol dengan mercu tanda Burung Lang. Bandar DiRaja Kuala Kangsar bersimbol dengan mercu tanda Labu Sayong, Telok Intan bermercu tanda dengan pewajahan Buah-buah Tempatan. Alangkah sungguh bersimbolik sekiranya Daerah Manjung, didaftarkan pula dengan simbol bemercu tandakan Burung Merak – Burung Kuang yang amat bermakna baginya.




Di dalam abad ke 2 masihi, seorang ahli ilmu falak dan kajibintang bangsa Greek yang bernama Klaudios Ptolemy telah memberitakan bahawa ada sebuah kawasan Khrysonas @ “Golden Chersonese”, iaitu yang telah dikenalpasti dewasa ini sebagai Semenanjung Tanah Melayu. Pendapat para sejarawan dan juru-juru pengkaji ilmu alam bersetuju tentang perkenalan itu; kerana nama tersebut telah diperkuatkan atas adanya pula suatu tapak kawasan di dalamnya yang disebut ‘Ta-mala’ oleh Ptolemy, yang tanpa kita memperhujah dengan panjang lebar di sini, ialah daripada pemendekkan perkataan Melayu-Pallava iaitu ‘ Tana -Malai ’ = Tanah Melayu = kawasan sekitaran Melaka. Terletak ke utara kawasan Ta-mala (di Semenanjung) itu ada sebuah kawasan yang disebut oleh Ptolemy sebagai ‘ARGUSA ’. Mengikut kajian J.F.A. McNair yang terkandung di dalam naskhah ‘Perak and the Malays’, beliau telah berkesimpulan “....the state of Perak was probably Ptolemy’s Argusa”.

Kita memahami bahawa pada awal abad ke 2 masihi, tidak ada lagi timbulnya sebutan sesuatu ‘Negeri Perak’. Yang seharusnya ketara ialah Argusa itu mungkinlah yang diertikan oleh pelayar-pelayar Kelingga sebagai "Mayuridingam ”, di mana telah terbangunnya sebuah pelabuhan yang dinamakan Gangganagara, iaitu ‘Konkonagara ’ oleh Ptolemy; maka logikanya kalau benar, ialah Argusa = Mayuridingam.
Apakala kita menyelami perkataan ARGUSA, sudah ketara bagi pakar-pakar mergastua, ia adalah dalam pengertian segolongan jenis beburung (Latin) Argus Pheasianidae = jenis (spesis) burung Kuang @ (Inggeris) ARGUS PHEASANT. Puan Siti Hawa dari Jabatan Perhilitan Malaysia (1987) apakala ditemubual dapat memberi penerangan tambahan yang pati-patinya adalah seperti berikut:

* Tiga jenis burung Kuang yang biasa/pernah didapati di kawasan bukit-bukau perpantaian Perak ialah-
(i) Kuang Gunung (Latin: Rheinardia Ocellata )
(ii) Kuang Cermin (Latin: Poly Plectron Inopinatum )
(iii) Kuang Raya (Latin: ARGUS SIANUS-ARGUS )

Kuang Cermin (Latin: Poly Plectron Inopinatum )
*Kuang Gunung hidup di kawasan-kawasan lereng pergunungan yang tinggi. Dalam pada itu peminat-peminat mergastua di negeri Perak seperti Almarhum Raja Muda Ahmed Siffuddin pernah menceritakan adanya Kuang Gunung di laras-laras puncak (hutan simpanan) Gunung Bubu yang terletak di pembahagian daerah-daerah Kuala Kangsar, Beruas, Sungai Tinggi dan Bukit Gantang.

*Kuang Cermin yang banyak membiak di kawasan-kawasan datar rendah di pinggir-pinggir hutan dan belukar-belukar di sana sudah pupus akibat amat mudah diburu kerana dagingnya yang sedap dimakan.

*Kuang Raya pula hampir sedemikian jua halnya di kawasan bukit-bukit di Manong, Beruas, Segari, Sungai Tinggi dan Bukit Gantang, yakni di hujung Banjaran Bintang. Sehingga pertengahan abad ke 20, jenis-jenis (Inggeris) Argus Pheasant itu memang diketahui sebegitu membiak di perhutanan Bukit Larut, kawasan Gunung Bubu, kawasan Manjong-Beruas dan banjaran Bukit Segari.

*Dua jenis burung Merak yang sudah pupus semenjak kebelakangan ini telah dilaporkan juga berada pada pertengahan abad ke 20 di kawasan-kawasan Perak yang telah tersebut di atas itu. Mereka ialah:-
(i) Merak Jawa @ ‘Merak Hijau’ (Latin: ‘Pavo Muticus ’)
(ii) Merak Pongsu (Latin: 'Polytron Malacenses')

Suatu kawasan di Perak yang terkesan atas kehadiran Merak Pongsu pada zaman silam telah diabadikan dalam kenangan, bagi sebuah tempat di daerah Selama. : 'ALOR PONGSU ' !!!

J.F.A McNair juga menceritakan merak-merak sering ditembak oleh orang-orang tempatan dan Inggeris di negeri Perak kerana dagingnya yang lembut dan enak rasanya. Tiada juga menghairankan kerana selain daripada dagingnya yang enak, bulu-bulunya telah disanjungi (bernilai) dalam perdagangan semenjak zaman silam lagi. Berita pada tahun 1878 ini telah disokong oleh laporan pada 1987. Pihak Jabatan Perhilitan Malaysia (Puan Siti Hawa) menegaskan bahawa kedua-dua spesis Merak yang tersebut itu termasuk beberapa sepsis beburung Kuang yang juga pupus adalah sepuak yang dalam bahasa Latinnya ialah dari (famili) PHEASIANIDAE. Ada beberapa jenis Pheasianidae lagi yang sudah hampir senasib di Semenanjung akibat pemburuan, terutamanya di negeri-negeri Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Maka tidaklah menghairankan apakala J.F.A. McNair di dalam pertengahan abad ke 19 turut melaporkan dengan panjang lebar tentang beburung Kuang dan jenis-jenis merak di kawasan Perak itu yang boleh menyebabkan sebutan oleh Ptolemy kawasan perpantaian negeri Perak = ARGUSA.

Sambil itu Dr. (Prof) Thilagawathi dari Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya (1987) pula menjelaskan, sekiranya perkataan bahasa Tamil lama yang termaksud itu disebut seperti gaya yang tercatit di dalam inskripsi yang terukir di Kuil Rajarajesvara, Tanjore (India Selatan), sebutannya ialah MA-(Y)IRU-DINGAM @ MA = Besar; (Y)IRU = (dataran) lebar; dan DINGAM ialah berasal daripada bahasa sanskrit “Tungga” = tinggi @ dalam ertikata “ terketara menggunung ” mahupun “tersergam memuncak ”.

Pada hemat beliau, perkataan di Tanjore itu namunpun disebut Mayirudingam, ia bermaksud dan berimplikasi MAYURIDINGAM = MAYURAM @ ‘MAYRM + DINGAM, yang menepati kepada pembayangan maksud “merak” dan “kawasan tinggi”. sepertimana yang dijelaskan oleh Dr. (Prof) Thilagawathi turut membawa perhatian bahawa secara loghat pasar (Tamil), Mayiru @ Mayur itu akan dan biasa disebut secara pantas “Ma-yrm-di-ngam”. Justeru, harus boleh juga bererti “Merak dataran tinggi”. Pelayar-pelayar Kelingga dari India Selatan menyebutnya Mayuridingam, iaitu lebih kurang membawa pengertian “persarangan burung Merak di tempat yang memuncak tinggi” disebabkan perkataan ‘merak’ dalam bahasa India Selatan @ Tamil lama, ialah Mayuram = “Mayil” secara sebutan kontemporarinya. Dalam bahasa Sanskrit ialah MAYURA = burung merak. Nampaknya kian ketara ada persamaan dengan ARGUSA (Ptolemy) di mana kedua-duanya bermaksud beburung dari famili sejenis ‘Pheasianidae ’.

Peta lma Inggeris Carta Pelayaran 1800 masihi
Delta Beruas-Manjong @ Pulo Perac = Pulau Perak
Peta lama Inggeris carta pelayaran 1800 masihi ~ Delta Beruas-Manjong @ "Pulo Perac" = 'PULAU PERAK'Kalau kita membayangkan geografi dataran kawasan Perak di DALAM KEADAAN PURBA (bermaksud lebih kurang abad-abad ke 2 - 7 masihi), bentuk perpantaian Perak bukanlah serupa dengan bentuknya pada masa terkini. Pada ketika itu, Gunung Bubu dan puncak-puncak bukit di sekitaran arah ke darat Beruas sekarang amat dekat dengan pantai lautan. Malah banjaran Bukit Segari itu adalah sebuah tanjung yang menjulur ke laut dan sebelah daratnya terbentang sebuah persungaian kompleks “delta” Perak-Beruas-Bernam, yang berkongsi sumber Sungai Perak pedalaman. 
( Muara berdelta yang dimaksudkan itu adalah geografi asal Kuala Sungai Dinding sehingga ke Muara Sungai Perak dan Kuala Sungai Bernam sekarang). = ‘Gangganegara” = ‘Negeri Perairan’ @ ‘Negeri Laut ’.

Sesuatu lagi bukti yang kuat menunjukkan bahawa pelayar-pelayar Kelinggalah yang memberi nama kawasan perpantaian Perak ini selaku Mayuridingam adalah kerana Orang –orang Tamil pantai Korimandal (India Timur) memang amat termasyhur sebelum abad ke 1 masihi lagi sebagai para pelayar dagangan di seluruh nusantara. Dalam hal itu telah terlapor dalam ‘The Golden Khersonese’ (Paul Wheatly), para pelayar Chola (Kelingga) lazim menuju ke arah selat-selat Andaman dan Nicobar, langsung berpedomankan PULAU SEMBILAN dan PULAU PANGKOR[1]* Justeru lalu singgah berdagang di Gangga Negara sebelum ke selatan Semenanjung. Mahupun singgah semula sebelum pulang ke India. Sudah jelas sekarang bahawa orang-orang ‘Benua Rom’ di zaman abad-abad 1 - 3 masihi telah mendengar daripada berita-berita pelayar-pelayar dagangan India Raya berkenaan dengan Konkonagara (Ptolemy) yang terletak di kawasan yang termashyur dengan perhutanannya yang mempunyai beberapa jenis merak dan kuang. Memang ada logiknya atas pemahaman fizikal kehadiran membiak jenis-jenis burung kuang dan merak di lereng-lereng Gunung Bubu dan Banjaran Bintang dan Banjaran Segari itu. Maka termasyhurlah kawasan beburung merak dan kuang ini, yang kedengaran di benua Rom sebagai “ARGUSA ”.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Footnote #1 :>
Bahasa Sanskrit: “ Pankur” = Kuda Laut(Latin-Hippocampus) yang memang masih banyak membiak sehingga tetahun 1960an di sekitar perairan Pulau Pangkor dan Pulau Pangkor Laut. Akibat pencemaran air laut dan kemusnahan terumbu-terumbu karang di sekitar Pangkor dan Pangkor Laut, kebelakangan ini spesis-spesis kuda laut sudah semakin pupus disana. Kuda-kuda laut itu sering ditangkap oleh nelayan2 tempatan menjadi ramuan utama menyediakan minyak urut khas untuk keperkasaan lelaki. Ianya dikenali sebagai Minyak Kuda Laut.

Rujuk kepada PETA :

Lokasi /kawasan yg tersebut disitu @"FALSE PARAC" itu pada kemudian zaman yg berikut nya, ia telah pulak terdaftar sebagai "FALSE DINDINGS".

"Delta" Perak ini SUDAH PUPUS = menjadi datar2 yg berpasir (seperti di kawasan sekitar Lekir) dan tanah2 pendalaman nya yang sekarang menjadi dataran bendang2 yg luas. SUMBER air yang menyuburi "Delta (pulau2) Perak" itu adalah khusus datang dari SUNGAI PERAK ~ yang pada zaman dahulu kala berbidang nan amat luas lagi dalam. Pada asal nya, batang Perak itu mempunyai dan meluahi muara2 nya ke seluruh perpantaian kawasan Beruas-Manjung. Yakni, TIDAK seperti (peta) pengaliran2 Sg.Perak, Sg.Kinta, Sg.Bidor & Sg.Bernam zaman sekarang.

Pada suatu peristiwa ketika banjir raksaksa, Sg.Perak telah berpindah arah ~ "menembuk" @memecah ke saluran barunya ~ menembusi tebing2nya disekitar Mukim Bota (di "[Kampong] Air Mati" sekarang) mengakibatkan pengalirannya ke arah kawasan Beruas-Manjung itu terputus ! Itu menyebabkan 'Delta' PULAU2 PERAK menjadi cetek; langsung kering pada kemudian zaman.

Kejayaan Gangga Negara Memupus : Akibah Sg.Perak berpindah arah itu, kapal2 dagang nan besar2 dari benua2 Cina, India, Iran & Hadral Maut tidak lagi dapat masuk ke Pelabuhan Kota Beruas; kerana sungai2 'delta' Pulau Perak yg dahulunya dalam, telah menjadi amat cetek dan sempit. Kelarisan ekonomi & kemajuan Pelabuhan Alam Kerajaan "NEGERI LAUT" yg dulunya amat termayshur pesat lagi makmur pun makin terusir & memupus; tidak lagi menjadi gamitan bagi para-pedagang antara-bangsa.

Bhg. II - RIWAYAT DAERAH MANJUNG : "MAYIRUDINGAM" ~ Bagaimana loghat-loghat tempatan menyebab kisah

"MAYIRUDINGAM" DALAM PERTUTURAN SUKU-SUKU KEDAERAHAN
Oleh Raja Kobat Salehuddin Ibni Al-Marhum Rja Muda Musa.

Loghat bertuturan orang-orang Tamil memang diketahui pantas dan laju. ‘Mayuram’ (= merak) telah kedengaran seolah “Myram” atau “Myjm”. Pandangan ini telah dipersetujui oleh Dr. (Prof) Thilagawathi, Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya. Gaya seperti itulah yang cuba ditiru, justeru dirakam oleh pelayar-pelayar Eropah. Memang sering tercatit oleh nakhoda-nakhoda Portugis, Perancis, Sepanyol, Denmark, Inggeris dan Belanda ke dalam diari pelayaran mereka, semasa belayar ke perairan Gugusan Tenggara Asia. Mereka lebih mudah mengupah orang-orang Kalingga dari India Timur menjadi juru mudi ( Ship’s Pilot) dalam pelayaran tersebut.

Mengikut naskhah The Golden Khersonese (Paul Wheatley) di muka surat 309, mematuhi nota kaki buku tersebut, sampai sekarang masih ada lagi sisa-sisa perkesanan "MAYJAM " (Dinding) yang terdaftar semenjak dirakamkan ke dalam peta-peta pelayaran (Navigational Chart) orang-orang Eropah sebagai kawasan:-

Myjam atau *Minjam dan adakalanya *Mjmjam; lepas itu secara *Mijam oleh penulis Pires. Peta pelayaran Harley (C.1544) pula mencatatkannya sebagai *Imchon. Dalam tahun 1546 ada juga peta pelayaran yang merakamkan Manjong sebagai *Micham. Dalam tahun 1555 terbit pula peta yang menunjukkan kawasan Manjong sebagai *Michim dalam pendaftaran Guillaume Le Testu. *Mican bagi pencatatan oleh Gastaldi dalam Terza Parte dell’ Asia dalam tahun 1561; dan seterusnya disalin bagi peta-peta pelayaran berikut, misalnya oleh Ortelius (C.1570) bagi peta-peta tetahun 1578 dan 1595. Nama-nama bagi daerah Manjong itu telah terwaris seterusnya sebagai MEHEGAN POINT di dalam carta-carta pelayaran yang menandakan sebuah batu petanda di muara Sungai Dinding sampailah pada masa sekarang!

Selain daripada apa gara-gara sebutan seperti di atas, dari lidah pendatang-pendatang Khmer (orang-orang Kemboja) pula menyumbang pula secara lain. Mereka itu diketahui telah menjadi segolongan kaum warga kerajaan Beruas, diceritakan pernah menerokai pengusahaan membaiki kapal-kapal layar dan menjadi pemahir-pemahir seni ukir semasa zaman Gangga Negara. Pada ketika itu, disebabkan beberapa loghat pelat (lidah) mereka, khususnya tentang penyebutan Mayuridingam, telah memetik separuh daripada nama jajahan asal termaksud. Mereka terkisah cuma menyebutnya “Dingam”; daripada perkataan asal “Mayuri-DING-am”. Dalam hal yang sama, orang-orang Melayu zaman kesultanan Melayu Melaka, abad-abad ke 15-16 masihi, diketahui sebaliknya mematuhi kepada sebutan pendek perihal MAYRM, MYJAM atau MAJM mengikut cara Keling pula. Kesudahannya, gara lidah Melayu tempatan telah menyebutnya “MANJONG” yang lebih mudah ditutur !!!

Sungguh menggelikan hati apalah dikenangkan perihal lidah-lidah yang terlipat-lipat bagi orang-orang Khmer, Siam, Melayu dan orang-orang Eropah yang cuba menyebut perkataan Mayrmdingam! Kesudahannya lebih mudah disebutkan sahaja cara tersendiri sampaikan orang Inggeris telah menyebutnya sebagai ‘Mehegan’ !

Dalam zaman pemerintahan Sultan Perak II (1549-1577) tentera Siam telah menyerang Perak. Mereka datang ikut laut menerusi Kedah, naik ke darat bumi Perak di Pengkalan Lumut, langsung berkubu di desa (Beruas dan Segari sekarang). Menurut penerangan Al-Marhum Sultan Idris (1967-1984), Siam yang pernah menjajahi sekitar Beruas selama beberapa ketika, telah mengulangi kegunaan perkataan awal orang-orang Khmer itu, tetapi mereka menyebutnya secara tuturan berganda, secara “Ding-Ding”. Semenjak Itu, dicerita baginda lagi, jajahan itu telah dikenali dengan panggilan “DINDING”.

Orang-orang Melayu tempatan sezaman itu dikatakan lebih selesa menyebutnya “Dandang” .
Kebetulan, sebutan termaksud menepati pulak istilah Melayu ...


Kerana sekitaran kawasan dataran perpantaian bekas delta asal yang sudah pupus itu masih banyak lagi dipenuhi suak-suak dan paya-paya teratai nan merata-rata luas dan lebar.

Pada awal tahun 1980, baginda Almarhum Sultan Idris yang cenderung dalam sejarah kebudayaan, telah mengistiharkan kembali nama Melayu asal, pendaftaran daripada Daerah Dinding sebermula kepada Daerah Manjung. Nama itu kekal hingga kini.
Namun sungai induk yang terhasil daripada limpahan paya-paya dan suak sekitar Beruas ke muara laut itu berkekalan dengan nama Siam – “SUNGAI DINDING”.

Bagi merumus, ingin pula penulis merujuk kepada sebuah nujuman (“prophesy ”), entah oleh seorang Sami Hindu mahupun Sami Buddhis. Perihalnya pernah diceritakan oleh almarhum Raja Razman, iaitu seorang ahli sejarah Negeri Perak yang terkenal semasa hayatnya. Beliau menyatakan, adanya seorang orang alim di dalam lagenda kerajaan Beruas lama yang meramalkan metropolis Gangga Negara yang sudah dirempuh musnah oleh ‘Raja Suran’ itu, menyimpan dua petunjuk :-

* (i) Tanah (Kampung Dendang @ Tanah ‘Dan-dang’ dekat bandar tua Beruas itu dikatakan bergema-gema (bergaung) kerana ada sebuah gua di situ yang tersembunyi di bawah tanah. Di lubang besar itu ada tersimpan harta karun oleh Raja Gangga Negara yang menyorokkan pusaka negeri sebelum Gangga Negara dilanda oleh orang-orang Chola. Ramalan sang sami itu menyatakan, kawasan Manjong-Beruas akan menjadi makmur apakala khazanah itu “muncul” kelak di zaman “Raja Gangga Negara” baru yang amat besar Daulatnya.

* (ii) Negeri Perak akan menjadi makmur apakala “ Gangga Negara muncul kembali ” !

Apakah penujuman “kemunculan kembali Gangga Negara” itu bererti atas kehadiran Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia dan Lumut Port Industrial Park; yang akan menimbulkan kembali kegemilangan kawasan perpantaian ‘Mayuridingam’; yakni berupa Manjong-Gangga Negara yang akan memakmurkan negeri Perak Darul Ridzuan? Apakah “Raja Gangga Negara” itu pula bererti keutuhan “Negeri Laut” yang bersemangatkan kedaulatan Tentera Laut DIRAJA Malaysia yang berpengkalan di Manjung!?

Dan apakah ‘Khazanah dari bumi Gangga Negara’ itu tiada lainlah melainkan HASIL KEUNTUNGAN dari perusahaan industri-industri di bumi Mayuridingam yang sedang meningkat dewasa ini!?

Kuang Gunung (Latin: Rheinardia Ocellata )















Marilah kita renungi bersama tentang hakikat ramalan nujuman nan silam itu, mahupun berkhayalan sejenak demi menunggu kemuculan mercu tanda yang bersimbolkan BURUNG MERAK – BURUNG KUANG yang amat bermakna bagi Daerah Manjung.

Saturday, 6 August 2011

TAMADUN SRIVIJAYA-SAGUNTANG : Melahiri Budaya & Adat-Istiadat Kepertuanan Melayu

KUTIPAN INTIPATI 'EXTRACT' daripada text manuskrip, hasil kajian penulisan Raja Kobat Salehuddin Ibni Al-Marhum Raja Muda Musa Bertarikh: 31hb November,1977 

*Perhatian* :
 [ATAS PENERIMAAN BANYAK DESAK-DESAKAN DARIPADA RERAKAN DI LAMAN PERIBADI SAYA MINTA DISAMBUNGI INFO TENTANG KERTAS BERJUDUL "KESAN2 LEGACY @WARISAN ETHOS SERI SAGUNTANG"  (Terbitan bth: 19hb March 2011), MAKA INI, SAYA SAMBUNGKAN SEDIKIT-SEBANYAK LAGI BAGI MENAMBAT PENERANGAN KELUARAN TEMPOH HARI]

Hatikan BENTUK Empayar Srivijaya bagaikan bentuk "Bulan Sabit" ~ yg tlh menjadi inspirsi orang tetua jajahan Langkasuka-Kelantan mencipta "Wau Bulan" ~ yg pada asalnya disebut "BULAN SERI-VIJAYA"; ~Dan sampai ke tempuh lingkungan tetahun 1950'an, rakyat di Negeri2 Perak & Kedah juga melayangi Srivijaya dengan membikin layang-layang berbetuk 'Bulan Sabit' yang di sebut Lelayang "SERI BULAN".

1.1 Nama “SRIVIJAYA ” mula-mula sekali terdengar di alam sejarah nusantara tenggara adalah pada tahun 650m. Sejurus itu, berita perihalnya mengirim misi ke benua Cina pada 670 m. Dalam lingkungan tetahun tersebut, barulah kita mengenali nama seorang daripada raja pemerintahnya. Menurut sebuah inskripsi (684m) berhampiran Palembang adanya “DAPUNTA HYANG SRI JAYANASA ”. Dengan sekadar pengenalan yang serba ringkas itu , mari kita mengimbasi pula sosio-ekonomi sesudah tertubuhnya alam Srivijaya .

1.2 Empayar ini sepertimana yang sudah lama termaklum, adalah merupakan kuasa berpengaruh berdasarkan pemerintahan yang bertoleransi. Ianya mewujudkan ke pucuk pimpinan terhadap 14 kota-kota maritim  [1]  yang difahami melaksanakan pentadbiran masing-masing bagaikan negeri-negeri persekutuan semi-otonomi. Keseluruhan alam Srivijaya semenjak abad ketujuh Masihi, telah terkukuh beberapa bidang tapak emporium perdagangan yang memuncak di abad kelapan hingga menjejaki awal abad yang kesebelas. Namun pun sesudah itu, ketangkasan Srivijaya mula menurun; tetapi masih bersemangat sampailah ke pertengahan abad ketiga belas Masihi.

                                Terpahat di sesuatu dinding di Candi Borobudur ~ suatu presepsi KAPAL LAYAR DAGANG SRIVIJAYA.

1.3 Dalam pada itu, apa yang kurang diperbahas di Semenanjung Malaysia, ialah ciri-ciri aspirasi budaya Srivijaya di dalam tempoh abad-abad yang tersebut tadi. Secara asas, falsafah Srivijaya memang tiada mementingkan peranan sebagai empayar penegakan agama Hindu.                                                                                                              
Teratai Asia (Nelumbo nucifera): Ethos Hindu Buddhis menyanjunginya selaku tumbuhan maha kudus sisian sastera & kebudayaan. Menjadi simbolosi peri keindahan yang mistik.
1.4 Secara keseluruhan telah pun terbukti dalam bermacam-macam penulisan di Indonesia dan negara-negra barat dan India, bahawa emporium Srivijaya ialah nan bercorak lagi menjadi sebuah kawasan agung di Asia Tenggara tentang hal ehwal keagamaan Buddhisme MAHAYANA. 
Doktrin Mahayana ini telah mendorong pengeluahan segala seni ekspressi yang mencerminkan kebudayaan toleransi 
yang dapat memberi peluang bagi budaya-budaya tempatan bernafas dan bercantum;~ mempunyai seni identiti masing-masing yang tersendiri. 
Namun jejajahan 14-Pelabuhan Srivijaya itu tetap bersama dgn berfalsafahkan konsep setangkai bunga teratai.

1.5 Cuma yang masih terus dipersoalkan adalah betapa perkasakah seni falsafah kebudayaan aliran Buddhisme MAHAYANA Srivijaya berjaya mengatasi budaya-budaya tempatan, yang jauh dari pengaruh pusat pemerintahan ? Pusat Srivijaya itu memang diketahui pernah bertukar-tukar pusat kuasa mengikut arus politik semasa. Di mana kuasa itu berpusat, di situlah ia melimpahkan kebudayaannya. Yang tertinggal jauh akan semula mencampur aduk kebudayaan rasmi dengan kepercayaan tempatan tanpa sekatan; ~ dan itu telah mewujudkan satu ciri-ciri Srivijaya ~ yang pada asalnya ialah Hindu ~ tetapi telah menjadi pusat yang paling berpengaruh peri ehwal fakulti-fakulti kajian dan pendidikan aliran Buddhisme MAHAYANA di Asia Tenggara.(Di Malayapura & di Muara Takus).

1.6 Kebudayaan negara-negara jiranan yang terkeluar dari pengaruh Kerajaan Srivijaya juga adalah berupa kuasa-kuasa Buddhis yang berkedudukan di sebelah utara dan timur Semenanjung Malaya. Mereka itu adalah dari golongan kaum kerajaan-kerajaan bangsa DVARAVATI  yang menganuti agama dan memancarkan seni sosio kebudayaan Buddhisme HINAYANA. Sesungguhnya mithologi dan kebudayaan Hinayana itu memang lebih dogmatik dari budaya Mahayana yang pragmatik. Akibatnya Hinayana lebih ketara dan senang dikenal pasti berbanding dengan ketoleransian Mahayana.

 1.7 Selain dari itu, perlu juga kita mempertimbangkan perhubungan sosio-politik Srivijaya dengan Pulau Jawa di akhir abad yang ke 8. Kawasan-kawasan ke selatan dari Pulau Andalas amat kuat berpegang kepada berbagai aliran kedewaan Hindu.“Perbatasan”@“GARIS HUXLEY” antara Hindu dengan Buddhis secara dasarnya ialah di SELAT SUNDA. Di Pulau Jawa, agama Hindu yang terulung sekali ialah aliran SIVAIT, (pemujaan Dewa Siva). Mithologi dan budaya Hindu sama juga dogmatik, malah lebih kompleks daripada doktrin Buddhis Hinayana, apatah lagi daripada falsafah Mahayana.

1.8 Perlu diambil kira bahawa pada zaman itulah yang paling segar dalam hal ehwal perkembangan ekspressi seni kebudayaan Buddhisme MAHAYANA di seluruh Gugusan Tanah Melayu.

1.9 Menurut riwayat yang terdokumen dari Pulau Jawa, pada kurun kelapan itulah sosio-politik kebudayaan Pulau Andalas dengan Pulau Jawa telah bercantum kukuh apakala adanya hubungan benih antara Dinasti (Buddhis Mahayana) Srivijaya di Sumatra Selatan dengan Dinasti (Hindu Sivait) Kerajaan Mataram.

1.10 Seorang daripada putera Srivijaya telah dikahwinkan dengan Puteri Mataram. Dari keturunan merekalah terbitnya budaya singkretisme HINDU-BUDDHIS di alam Srivijaya. Ikatan berpengaruh ini telah bermula selepas Maharaja Srivijaya berjaya menguasai kerajaan Mataram yang berpusat di Jawa Tengah dalam lingkungan tetahun 732-778 Masihi.

1.11 Keseiringan seni kebudayaan dan etos Sivait dan Mahayana itu bertambah mengesan apabila diperhatikan kedua-dua seni agama termaksud, walaupun secara berkeadaan yang tidak bergabung, adalah berpunca temadun suku-suku masyarakat bumi India yang bermastautin di dataran-dataran pergunungan yang tinggi. Suku-suku kelompok kedaerahan India Tengah itu dikenali secara entiti sebagai “ SAILENDRAVAMSA  yakni, Bangsa Sailendra. Sila rujuk Lampiran ‘O’ bagi memahami istilah Sailendra.

1.12 Budaya " TANTRIK "  harus boleh dianggap “Mahzab” yang kian di praktis oleh kaum Sailendra-Srivijaya. Ianya tersandar kepada doktrin gabungan berkenaan dengan ~~
TRIRATNA ( @ “tiga permata”) Buddisme =
BUDDHADHARMASANGHA 
yang terganding dengan ~~ 
TRIMURTI  (@ “tiga hikhmah perkasa”) Hinduisme, yakni, perihal sifat2 Dewa Siva = BRAHMAVISHNUMAHESVARA.
Keanehan anutan keagamaan singkritisme yang termaksud itu apalah cuma kebetulan atau sengaja dimeterai atas kesedaran hakikat, bahawa:
(Hindu) aliran Sivait ~ dan (Buddhis) aliran Mahayana ~ sama-sama berlandaskan amalan budaya etos mempraktik METAFIZIK PUNCAK KEGUNUNGAN [2]Dengan erti kata lain, mahir ilmu mentera "Paku Bumi", suatu kuasa penjurusan tenaga bersifat kudrat magnetik (elektrik), yang biasa di sebut 'SAKTI' , yang beraura (sanskrit: ‘Syri’) = ‘Seri’.  

1.13 Dewa Siva dikenali selaku “Penguasa Mahameru” @ “Maharaja Pergunungan  
yang tersebut sebagai SIVAGARINDRA (= Siva berkelakuan DEWA INDRA ).
Apabila SIVA itu berada persis di mercu Mahameru, dia berwatak @ bersifat (Dewa)VISHNU.
Sekala Vishnu itu bersuasana pertapaan, ~
akan bersifatlah dia, yakni, Siva@Vishnu, bertukar watak menjadi (Dewa)INDRA !!!  
[ Demikianlah terhasilnya gelaran Siva itu selaku SIVAGARINDRA ~
 Ada pula terkisah dlm hikayat peri seorang Raja mitos SULSEL ~ yg disebut "SAWERIGADING" !] 

(*Penulis berharap pembaca tidak akan menjadi bingung dengan komplesiti tersebut !!!)

Dewa Indra yang bergajah putih sedang berlawan dgn musuh2 kayangan.


Dewa Vishnu mempunyai Kuasa Halilintar


1.14 Seganding pula dengan mithologi Mahayana mengetarakan perwajahan Buddha selaku VAJRAPANI di titik pertapaan di mercu Sumeru yang akan menerbitkan cahayaSERI INDRA. ~ “VAJRA” secara tersendiri bererti HALILINTAR , PETIR , KILAT atau GURUH  menyandari maksud ayat-ayat yang berkenaan. Kebudayaan Buddhisme telah berkemajuan dari falsafah “ Upanishad ” semenjak zaman “Vedik".  [3]. Buddhisme telah mengenepikan ajaran kedewaan Hindu zaman Vedik , namun mendalami intipati ilmiah Upanishadik. Oleh demikian, menerima hakikat ‘Nirvana ’ dan ‘Dharma ’ [4] yang dijurusi oleh sejejenis "semangat" (tenaga metafizik), ~ ia diperolehi dari mercu-mercu kesucian (puncak) Sumeru. Kedua-dua sastera Sivait-Mahayana itu selari mengetarakan ~ Siva @ Indra ~ seperti jua ~ Buddha @ Vajrapani ~ kian berkeupayaan, apa yang teristilah, sebagai Pemegang @ Penguasa tenaga Halilintar[5].

PANCA PERSADA Dan FORMULA "PAKU ALAM ’'

HYPOSTASIS PANCADHARMA TERSIRAT DALAM ASPEK-ASPEK PANCA PERSADA SAGUNTANG

Perhatian : Kita akan mulai pembacaan kronologi ini ~ dari sebelah bawah meningkat ke atas ~ umpama kita sedang menaiki tangga-paras demi mencapai ke setiap Tahap-Tahap yang berkenaan: 
                                  
( PARAS 5 ) : 'ALAM NIRVANA' YANG PALING SUCI DAN MURNI ~ TEMPAT MEMPEROLEHI SERI SAKTI .
    
( PARAS 4 ) : 'ALAM MELEPASKAN DIRI DARIPADA SEKSA DUNIA ~ BERTAFAKUR DAN MERASAI 'ALAM TANPA BERBENTUK ... 

( PARAS 3 ) : 'ALAM PENYEDEIAN DIRI UNTUK UJIAN TERKHIR ~ MENUJU KE 'ALAM TANPA BERBENTUK ...
                                                 
( PARAS 2 ) : 'ALAM MENOLAK PANCAROBA ~ MATERIALISME DUNIAWI CABARAN DAN DUGAAN MASYARAKAT...
                                                   
( PARAS 1 ) :  MENGATASI KEJAHANAMAN OLEH GANGGU-GANGGUAN HAWA-NAFSU ..

( PARAS BUMI ):  'ALAM PERMULAAN UNTUK MELEPASI DARIPADA PANCAROBA  
   ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rangka bangunan Panca Prashada yang tersergam dalam perkarangan Istana Iskandariah, di Bukit Candan, Kuala Kangsar, Negeri Perak. Bentuknya adalah mirip sebuah Piramid. Kedudukannya mematuhi sepersis arah kompas. Tiap satu permukaan menghakiki 'API ' (utara), 'AIR' (timur), 'ANGIN' (selatan), 'TANAH' (barat),  ~ tersirat Metafizikal elemen-elemen yang menpunyai sumber-sumber tenaga tertentu,  pengeluaran dari dalam pusat PAKU ALAM. “Panca" (5) landasan persadaan adalah penggabungan elemen yang beralas kepada sumber2 sastera Hindu kuno dengan ( prinsip )“tharikat” Buddhisme.

1.15 Hakikatnya ialah: Sambil kelamin diraja itu menunaikan persiraman, mereka juga menunaikan pendakian ke tahap tertinggi untuk “bersuluk” ala doktrin “Sutra Teratai”. Budaya Bukit Saguntang adalah beradat mitos sastera Sivait berkenaan dengan Dewa INDRA. Sang Indra itulah yang menjadi sumber semangat keayahandaan (Paduka) yang berseri ; iaitu , yang menjadi punca pengeluaran cahaya keemasan Nara – Indra yang bersumberkan 4 warna asas [6]. Pergunungan (Maha) MERU (Hindu) di mana Sang Maharajadewa Indra bermastautin dikatakan mempunyai 4 permukaan. Tiap-tiap satu landaian bersimbolis warna sastera: 
* Permukaan mengadap ke TimurPUTIH;
Ia mengandungi tanah keputih-putihan yang berair penawar lagi suci. Warna putih juga melambangkanAir = keutuhan warisan yang tiada terputus.

* Permukaan mengadap ke SelatanKUNING;
Ia mengandungi tanah yang sering menerima tiupan angin keramat. Oleh itu tanahnya berwarna keemasan atau kekuningan. Warna kuning juga melambangkan Angin = kedaulatan Roh bercahaya ‘Indra’ @ (Islam: “Nor Allah’).

* Permukaan mengadap ke BaratHITAM;
Ia mengandungi tanah yang hitam berhikmah kesuburan. Warna hitam persis melambangkan Tanah = kekayaan materialisme.

* Permukaan mengadap ke UtaraMERAH;
Ia mengandungi tanah panas berwarna kemerahan yang menghasilkan tenaga bumi perkasa. Warna merah melambangkan Api = semangat

1.16 Sementara itu, perguruan Mahayana Buddhis di samping metafizik Hindu seperti di atas telah menceritakan bahawa Buddha mula meluahkan ajaran falsafah induk mereka di puncak Gunung Sumeru. Gunung ini kemudian bersimbolis empat “mudra ” asas yang dilakukan oleh Buddha. Ertimudra  ialah kombinasi posisi tangan dan jejari sambil seseorang Buddhis yang menunaikan“Sutra  (= Islam “bersuluk”) duduk bersila dalam pertapaan tanpa dibenarkan bergerak, berpejam mata berzikir di dalam kalbunya. Kalau orang Hindu, ia disebut “yoga”. Bagi tiap-tiap satu mudra, Buddha bersutra di pertengahan paras Sumeru sebanyak empat posisi. Tiap-tiap satu sutra, Buddha berpindah landaian mengarahkan kedudukannya berposisi mudra menghadap:    
Ke Timur:                                                                              
Menunaikan mudra Absobhya.
(Menjiwai keutuhan Air)                                 

Ke Selatan:                                                                                
Menunaikan mudra Ratnasambhava.        
(Menjiwai keutuhan Angin).                                  

Ke Barat:                        
Menunaikan mudra Amitabha.
(Menjiwai keutuhan Tanah).

Ke Utara:
Menunaikan mudra Amoghapasa.
(Menjiwai keutuhan Api).        
                                                      
1.17 Sesudah itu, Buddha ber”suluk” pula di kemuncak Sumeru melakukan kedudukan VITARKA MUDRA ~  Persulukan fasa kelima inilah yang disebut "Saddharmapundarika";  yakni

@'SUTRA TERATAI' . Ketika itulah, manakala Buddha telah berkebolehan selaku VAJRAPANI  @ ~ Pemegang Halilintar~ (berkebolehan menguasainya) ~ seganding dgn perwatakan gara2 peri Sang Dewa Indra (Hindu) itu juga. Kala itulah tenaga Buddha beraura Indra keemasan 

           
                           

BERMANDI ADAT DI SERI PANCA PERSADA 


1.19 Telah didirikan sebuah Astaka Persiraman yang melambangkan mercu ‘Meru’ di laman istana. Tempat persiraman itu dibuat berbentuk “piramid” 4 permuka bersegi. Bentuk ini adalah mengadaptasi konsep hakikat mitos perihal “gunung empat penjuru ghaib  yang mempunyai hikmah bagi tiap-tiap satu permukaannya [8]. Bangunan genggunung itu dipanggil “Panca Persada [9]. Balai kecil (Astaka) dimercunya dinamakan Seri Panca Persada. Pada zaman silam, baginda suami isteri diperlukan mendaki ke puncak cangkat keramat yang berdekatan dengan istana yang dinamakan ‘Bukit Saguntang’. Di mercunya akan didirikan sebuah Astaka Persada (Balai Bersiram). Bukit Saguntang’ itulah yang dikatakan mempunyai ciri-ciri ‘Gunung Empat Penjuru Ghaib’.Sekiranya istana Raja itu sudah pun dibangunkan di mercu sesebuah cangkat, maka itulah yang diistilah ‘Bukit Saguntang’; seperti tapak Istana Iskandariah di Mercu Bukit Chandan Kuala Kangsar; atau pun istana Sultan Melaka abad-abad ke 15-16 yang dibangunkan di mercu Bukit Raja @ “St Paul’s Hill” bandar Melaka sekarang.

1.20 Atas kerana kelamin diraja itu mesti keluar dari istana menunaikan persiraman adat, demi kemudahan daripada mereka mendaki Bukit Seri Saguntang yang sebenar maka didirikanlah sebuah Astaka Persada di laman istana itu sahaja. Formula budaya yang tersebut di atas ini jelas ketara digendungi dalam adat istiadat menabalkan Raja-raja Yang Dipertuan negeri Perak. Amat dikesali ‘Sejarah Melayu’ resensi-resensi yang ditemui di Semenanjung tidak pernah menguraikan peristiadat menabalakan Raja-raja kesultanan Melaka mahupun semasa pemerintahan Raja-raja Melayu Hindu-Buddhis di Temasek.      

                            DWI-BUDAYA ISTIADAT SANG HYANG SAGUNTANG

1.21   Dalam kontek kebudayaan singkretisme Hindu-Budddhis ‘ Sailendravamsa' termaksud, jelas termaklum ertikata “dewa” itu adalah perihal mitos didalam ethos Hinduisme. Buddhisme tidak mempraktis doktrin para pendewaan tuhan. Intipati pengabungan atau cantuman adat-istiadat Melayu-Sailendra yang telah terhasil, justeru, wujudlah perinteraksian Dwi-Budaya Hindu-Buddhis. Raja-raja Sang Hyang Sailendra kian menunaikan adat-adat istiadat pertabalan yang berkacukkan aliran Sivait-Mahayana yang kian terhasil:-
  • Dibisikkan tahkik “(Rahsia) Usul Pemerintah” cara Buddhis. Dalam pembisikkan kementaraan Buddhis (oleh Sang Mahaguru) diselitkan juga usul nama Sang Dewa mitos KeHinduan. 
  • Dapunta Hyang” kian diuji kecekalannya; bertafakur tidak diizinkan bergerak beberapa lama secara Buddha bertapa. Dipalukan pula dengan iringan pancaragam muzik kementeraan ala-Hindu. 
  • Bermandi ‘ Sampat’ gara-gara Hindu membersih batin dengan air “NARA ” @“Gangges”.  Namun , diperlukan naik ke mercu lima tingkat paras Panca Persada demi persiraman itu. Gara-gara ini adalah simbolis menjejaki tradisi Buddha mendaki ketinggian pencabaran lima paras  ke puncak “NIRVANA ” Gunung Sumeru. 
  
RUMUSAN

1.22  Adakah temadun-temadun bebangsa atau agama lain yang sama, mahupun sehampir mirip bertatacara penginteraksian antara 'Alam Nyata dengan 'Alam Ghaib, seperti yang diketahui berlaku dalam adat-istiadat Budaya Sailendra-Srivijaya ? 

1.23  Sepertimana yang patut kita fahami, adat Srivijaya ialah sebuah gabungan adat-adat istiadat HINDU-BUDDHIS. Fakta dan faktor itu sahaja sudah pun memadai, membuktikan bahawa sudah tentu budaya yang terpraktis oleh Kerajaan2 Srivijaya sepanjang usia dan riwayat nya wujud di 'Alam Teratai Melayu ini ~ dikira agak amat "muda" !!! ADAT2-ISTIADAT TEMADUN HINDU DAN BUDDHIS YANG DI BENUA INDIA ADALAH JAUH LEBIH TUA DARIPADA YANG DI NUSANTARA MELAYU INI. Dan Temadun-temadun mereka itulah yang telah meluahkan pengaruhnya terhadap segala adat-adat-istiadat dan adab bahasa yang terpraktis oleh Kerajaan kerajaan Srivijaya. 

1.24  Sebagai contoh, merenungi usul simbolisme bentuk pembangunan batu-batu PIRAMID Firaun di Kaherah itu dilihat amat bermirip prinsip (formula) fenomena mistik “Gunung Empat Penjuru Ghaib” India-Raya yang terpraktis oleh tamadun Melayu-Sailendra dengan erti kata (Bukit) “Seri Saguntang Mahameru”.  Bagi yang sudah menyelami ilmu 'ALAM EMPAT PENJURU METAFIZIK [2] ~dan sudah pun penulis perjelaskan nya tadi ~ dapat direnungi jelas pada Candi Borobudur yang ditauliahi atas kemahuan Raja Pemerintah Sailendra-Srivijaya dari Pulau Andalas.

Candi Borobudur tersergam di Padang Kedu, Jawa Tengah. 
Pada asasnya menghakiki gegunung Sumeru Buddhisme Mahayana. 
Ianya berfungsi selaku Stupa, Mandala, tempat berMudra dan berkuliah Sutra. 

Simbolisme puncak Sumeru inilah yang diertikan oleh Melayu-Sailendra sebagai SERI SAGUNTANG MAHAMERU. Monumen timbunan batu-batu berukir buatan Sailendra ini telah didirikan pada 760m-830m

1.25  Tamadun-tamadun yang berkenaan zaman silam semuanya mempraktisi kepercayaan berkenaan dengan “bersolok” dan pengujian di gunung-ganang bagi Raja-raja Pemerintah nya. Di puncak-puncak timbunan tinggi adalah tempat sesaorang berinteraksi dengan Tuhan; dan pada ketikanya kemudian, di temapt yang sama justeru batin nya dapat dipisahi dari zahirnya. Upacara seperti ini sudah diketahui wujud pada zaman-zaman Raja-Raja di alam Timur Tengah, menunjukkan bahawa ilmu memperolehi tenaga kesaktian menerusi sains “METAFIZIK” [2] telah pun menjadi amalan semenjak beribu-ribu tahun nan lampau !!! Tradisinya adalah mempraktisi upacara tersebut di puncak-puncak gunung mahu pun di mercu bukit-bukit nan hening dan damai yang tertentu. 

 1.26  Seni sastera Buddhis mahupun Hindu sebaliknya adalah beradaptasikan mithologi budaya pra-Vedik [1] (di India) ~  dan ia adalah berpunca kepercayaan dari Timur Tengah semenjak zaman suku kaum pra-Aryani ; di mana telah tertubuh peradaban kebudayaan bangsa Iran di tebing Sungai Indus. Di situ terbangun sebuah metropolis bernama Mohenjodaro semasa 2000 sebelum masihilagi.Tambun kotaraya Mahenjodaro itu sudah pun
membedung corak kebudayaan yang rapat bermirip budaya dari kawasan BABILONIA [3].

1.27  Maka dengan tidak secara langsung ~ bolehlah kita menerima hakikat bahawa ~ budaya yang diadaptasikan di alam Teratai Srivijaya kita ini, juga, adalah asal berpunca dari Timur Tengah (!!!) ~ menerusi bumi India.

1.30  Itulah pola tamadun-tamadun manusia dahulukala. Perhatikan kesamaan fundamental budaya universal zaman berzaman ini dengan rational formula tradisi yang akan dibentangkan dalam kerts-kertas persembahan yang lain pada kemudian masa ... ... ... InsyaAllah.

FOOTNOTES :    
[1] Kota-kota maritim Emporium Srivijaya ; Emporium ini dilambangi dgn simbol sekuntum bunga teratai. Setiap satu kelopak teratai itu mewakili satu jajahan Empayar Srivijaya. Bagi setiap satu jajahan termaksud akan mempunyai setidak-tidaknya satu pelabuhan @ pengkalan terutama yg menjadi pusat kawasan termaksud.

[2] Kupasan oleh Raja Ahmad Shah Al-Haj, pengfalsafah metafizik.Tenaga universal itulah yang disebut ‘semangat’,berbanding dgn perkataan ‘sang’ semangat.

[3] Zaman Vedik; c. 1500 B.C. ~ 500 B.C. Veronica Ions, Indian Mythology m/s 14 – 23. Falsafah Upanishad bertunas 1700 B.C. ibid m/s39. Hindu proto mengupas adanya satu rohani agung dan manusia yg mendalami pertapaan dpt menjadi sebati dgn Roh Universal itu. Buddhisme tlh menerima & memajukan ilmiah induk ini menjelang c. 500 B.C.

[4] Nirvana; = Alam syurga (Buddhis) 
Dharma; = Hakikat yg tersirat (Buddhis) = (Islam  Qadar & Qadaq)

[5] Tenaga Halilintar; topik perihal ‘Mistik Tenaga Halilintar’  masih BELUM dikemukakan

[6] Temubual dgn Allahyarham Tok Nara Tua & Allahyarham Cikgu Ahmad Manjang.

[7] John Miksic, Marcello & A. Tranchini: Borobudur Periplus Editions (HK) Ltd, 1994.

[8] Lihat gambar ‘Rangka bangunan Panca “Prashada” m/s 6 bab ini.

[9] @ (Sanskrit) “Prashada” = Tempat yg terasing & istimewa.
       ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Siva sedang menunggang khadam setianya Nandi. Dlm mithologi Hindu, Siva ampunya sifat-sifat amat Mulia; paling tersohor selaku ~"The Destroyer of Evil and Crimes of the World" ~ yakni, berperanan @ Sang Pemusnah Kejahatan & Jenayah di Duniawi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~