Assalamu'alaikum .. Selamat Datang Ke Alam Warkah Saya Ini ..

Selamat Bertandang ke PETI WARKAH ENGKU KOBAT :

Topik2 peri-ehwal khazanah warisan, peninggalan leluhur persukuan Melayu-Sailendra Seri Saguntang ini disertai dengan kupas-kupusan nya. Sekiranya tiada berkupas, nescaya rumitlah pembaca memahami RATIONALE Hakikat disebalik setiap resam adat2 istiadat Warisan Ibunda kita itu. Begitu hemah saya. Warkah2 yang dibentangkan nerusi blogspot ini terkhusus dipilih demi memperkenal kembali khazanah keleluhuran; dengan harapan 'HERITAGE' kita itu diPULIHi diPELIHARA; tetap diPERTAHANKAN daripada ia terus tenggelam dalam arus deras pengaruh suku kebudayaan asing. Maruah Jatidiri Bangsa Melayu sepatutnya megah dijulang mulia, mengental dengan penjiwaan semangat ilmu-ilmu dek Pusaka Leluhur Melayu Saguntang. Khazanah kita itu kebelakangan ini kelihatan kian malang, telahpun amat ketara semakin terlampau cacat nian dan mereput ~ akibah musibah bersabit kecuaian para-pewarisnya sendiri. Mudah-mudahan, penulisan saya ini mampu memujuk daya memupuk semula pemulihan dusun semangat yang termaksud.


Kesemua kandungan yang saya persembahkan ini, pada asasnya, adalah yang diPETIK-PETIK daripada manuskrip saya yang telahpun siap sejak 1976 untuk dibukukan ~ berjudul : "TUNGAK PERTUANAN RAJA-RAJA MELAYU".

keturunanku

keturunanku

JIWA dan NALURI KU

My soul is a staunch soldier of The Royal MALAY Regiment. My Heart is into discovering and revealing the erudite truth and facts of the MALAY Cultural Histories, inter alia , without prejudice . . And as such, it is with much pride that I declare ~ I am what I am ~ a Malay PATRIOT , ROYALIST and TRADITIONALIST... It's My HERITAGE .

A Patriot And Traditionalist

A Patriot And Traditionalist

I am a Composer I am

As a composer and lyricist, my heartbeat is in Musics ..... AND i'm proud to herald that I hail from the serene and scenic District of Kuala Kangsar ~ wherein there niche the orchestrated Hereditary Spirits that inspire my literary and musical repertoire.

Kuala Kangsar ~ Desa HalamanKu

Kuala Kangsar ~ Desa HalamanKu
Sungai Perak mengalir damai di desa Daerah halamanku Kuala Kangsar ... ... ... ... ... ... (foto ehsan: YM Raja Nur Jannah Hirdan)

JUGDE ME AS U WISH ... Apr 12, 2011

Judge what you wish, Say what you will ... In equanimity, I so remain as Ever True ... And I am what I am.

Roger-K And His Blogger Friends

Wednesday, 23 November 2011

Bhg. II - RIWAYAT DAERAH MANJUNG : "MAYIRUDINGAM" ~ Bagaimana loghat-loghat tempatan menyebab kisah

"MAYIRUDINGAM" DALAM PERTUTURAN SUKU-SUKU KEDAERAHAN
Oleh Raja Kobat Salehuddin Ibni Al-Marhum Rja Muda Musa.

Loghat bertuturan orang-orang Tamil memang diketahui pantas dan laju. ‘Mayuram’ (= merak) telah kedengaran seolah “Myram” atau “Myjm”. Pandangan ini telah dipersetujui oleh Dr. (Prof) Thilagawathi, Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya. Gaya seperti itulah yang cuba ditiru, justeru dirakam oleh pelayar-pelayar Eropah. Memang sering tercatit oleh nakhoda-nakhoda Portugis, Perancis, Sepanyol, Denmark, Inggeris dan Belanda ke dalam diari pelayaran mereka, semasa belayar ke perairan Gugusan Tenggara Asia. Mereka lebih mudah mengupah orang-orang Kalingga dari India Timur menjadi juru mudi ( Ship’s Pilot) dalam pelayaran tersebut.

Mengikut naskhah The Golden Khersonese (Paul Wheatley) di muka surat 309, mematuhi nota kaki buku tersebut, sampai sekarang masih ada lagi sisa-sisa perkesanan "MAYJAM " (Dinding) yang terdaftar semenjak dirakamkan ke dalam peta-peta pelayaran (Navigational Chart) orang-orang Eropah sebagai kawasan:-

Myjam atau *Minjam dan adakalanya *Mjmjam; lepas itu secara *Mijam oleh penulis Pires. Peta pelayaran Harley (C.1544) pula mencatatkannya sebagai *Imchon. Dalam tahun 1546 ada juga peta pelayaran yang merakamkan Manjong sebagai *Micham. Dalam tahun 1555 terbit pula peta yang menunjukkan kawasan Manjong sebagai *Michim dalam pendaftaran Guillaume Le Testu. *Mican bagi pencatatan oleh Gastaldi dalam Terza Parte dell’ Asia dalam tahun 1561; dan seterusnya disalin bagi peta-peta pelayaran berikut, misalnya oleh Ortelius (C.1570) bagi peta-peta tetahun 1578 dan 1595. Nama-nama bagi daerah Manjong itu telah terwaris seterusnya sebagai MEHEGAN POINT di dalam carta-carta pelayaran yang menandakan sebuah batu petanda di muara Sungai Dinding sampailah pada masa sekarang!

Selain daripada apa gara-gara sebutan seperti di atas, dari lidah pendatang-pendatang Khmer (orang-orang Kemboja) pula menyumbang pula secara lain. Mereka itu diketahui telah menjadi segolongan kaum warga kerajaan Beruas, diceritakan pernah menerokai pengusahaan membaiki kapal-kapal layar dan menjadi pemahir-pemahir seni ukir semasa zaman Gangga Negara. Pada ketika itu, disebabkan beberapa loghat pelat (lidah) mereka, khususnya tentang penyebutan Mayuridingam, telah memetik separuh daripada nama jajahan asal termaksud. Mereka terkisah cuma menyebutnya “Dingam”; daripada perkataan asal “Mayuri-DING-am”. Dalam hal yang sama, orang-orang Melayu zaman kesultanan Melayu Melaka, abad-abad ke 15-16 masihi, diketahui sebaliknya mematuhi kepada sebutan pendek perihal MAYRM, MYJAM atau MAJM mengikut cara Keling pula. Kesudahannya, gara lidah Melayu tempatan telah menyebutnya “MANJONG” yang lebih mudah ditutur !!!

Sungguh menggelikan hati apalah dikenangkan perihal lidah-lidah yang terlipat-lipat bagi orang-orang Khmer, Siam, Melayu dan orang-orang Eropah yang cuba menyebut perkataan Mayrmdingam! Kesudahannya lebih mudah disebutkan sahaja cara tersendiri sampaikan orang Inggeris telah menyebutnya sebagai ‘Mehegan’ !

Dalam zaman pemerintahan Sultan Perak II (1549-1577) tentera Siam telah menyerang Perak. Mereka datang ikut laut menerusi Kedah, naik ke darat bumi Perak di Pengkalan Lumut, langsung berkubu di desa (Beruas dan Segari sekarang). Menurut penerangan Al-Marhum Sultan Idris (1967-1984), Siam yang pernah menjajahi sekitar Beruas selama beberapa ketika, telah mengulangi kegunaan perkataan awal orang-orang Khmer itu, tetapi mereka menyebutnya secara tuturan berganda, secara “Ding-Ding”. Semenjak Itu, dicerita baginda lagi, jajahan itu telah dikenali dengan panggilan “DINDING”.

Orang-orang Melayu tempatan sezaman itu dikatakan lebih selesa menyebutnya “Dandang” .
Kebetulan, sebutan termaksud menepati pulak istilah Melayu ...


Kerana sekitaran kawasan dataran perpantaian bekas delta asal yang sudah pupus itu masih banyak lagi dipenuhi suak-suak dan paya-paya teratai nan merata-rata luas dan lebar.

Pada awal tahun 1980, baginda Almarhum Sultan Idris yang cenderung dalam sejarah kebudayaan, telah mengistiharkan kembali nama Melayu asal, pendaftaran daripada Daerah Dinding sebermula kepada Daerah Manjung. Nama itu kekal hingga kini.
Namun sungai induk yang terhasil daripada limpahan paya-paya dan suak sekitar Beruas ke muara laut itu berkekalan dengan nama Siam – “SUNGAI DINDING”.

Bagi merumus, ingin pula penulis merujuk kepada sebuah nujuman (“prophesy ”), entah oleh seorang Sami Hindu mahupun Sami Buddhis. Perihalnya pernah diceritakan oleh almarhum Raja Razman, iaitu seorang ahli sejarah Negeri Perak yang terkenal semasa hayatnya. Beliau menyatakan, adanya seorang orang alim di dalam lagenda kerajaan Beruas lama yang meramalkan metropolis Gangga Negara yang sudah dirempuh musnah oleh ‘Raja Suran’ itu, menyimpan dua petunjuk :-

* (i) Tanah (Kampung Dendang @ Tanah ‘Dan-dang’ dekat bandar tua Beruas itu dikatakan bergema-gema (bergaung) kerana ada sebuah gua di situ yang tersembunyi di bawah tanah. Di lubang besar itu ada tersimpan harta karun oleh Raja Gangga Negara yang menyorokkan pusaka negeri sebelum Gangga Negara dilanda oleh orang-orang Chola. Ramalan sang sami itu menyatakan, kawasan Manjong-Beruas akan menjadi makmur apakala khazanah itu “muncul” kelak di zaman “Raja Gangga Negara” baru yang amat besar Daulatnya.

* (ii) Negeri Perak akan menjadi makmur apakala “ Gangga Negara muncul kembali ” !

Apakah penujuman “kemunculan kembali Gangga Negara” itu bererti atas kehadiran Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia dan Lumut Port Industrial Park; yang akan menimbulkan kembali kegemilangan kawasan perpantaian ‘Mayuridingam’; yakni berupa Manjong-Gangga Negara yang akan memakmurkan negeri Perak Darul Ridzuan? Apakah “Raja Gangga Negara” itu pula bererti keutuhan “Negeri Laut” yang bersemangatkan kedaulatan Tentera Laut DIRAJA Malaysia yang berpengkalan di Manjung!?

Dan apakah ‘Khazanah dari bumi Gangga Negara’ itu tiada lainlah melainkan HASIL KEUNTUNGAN dari perusahaan industri-industri di bumi Mayuridingam yang sedang meningkat dewasa ini!?

Kuang Gunung (Latin: Rheinardia Ocellata )















Marilah kita renungi bersama tentang hakikat ramalan nujuman nan silam itu, mahupun berkhayalan sejenak demi menunggu kemuculan mercu tanda yang bersimbolkan BURUNG MERAK – BURUNG KUANG yang amat bermakna bagi Daerah Manjung.

2 comments:

  1. saya mohon share di anakbukitgantang YM Engku Raja Kobat

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas minat tentang riwayat Daerah Manjong ini ... Moga dimanafa'atkan bagi pengetahuan masyarakat umum; lebih2 lagi lah bagi para 'Pencinta Bumi Manjong'... sedih & kesal saya melihat, bhw kebanyakan mereka, sesungguhnya amat 'buta sejarah' tentang bumi yg dikasihinya itu.

    ReplyDelete