Sebagai suatu renungan yg seharusnya menarik, ialah gara-gara adat resam & kecenderungan memakan sirih. Fe’el suka mengunyah daun sirih bercalit kapur berserpihan pinang & gambir teriwayat menjadi amalan orang Selatan India ketika Zaman Sangam ...
<> ZAMAN 'SANGGAM' <> = sepanjang 100m -250m
(N.Sastri) History of South India : 'The Age Of Sangam And After'

Berbalik kita kepada sejarah kebudayaan di Asia Tenggara. Sejarah Suvarnadvipa @Yavadvipa mahupun “dvipa-dvipa” yang lain disekitaran kawasan Semenanjung Tanah Melayu adalah sebagai keseluruhan terkongkong kebawah pengaruh besar daripada kebudayaan “India Raya” @ “Greater India”. Bermacam-macam aliran perguruan Hindu dan kemudiannya pengajaran doktrin Buddha, terutamanya aliran falsafah Mahayana dan Hinayana telah bertapak kukuh yang mendorong bangsa Melayu sampai dewasa ini mempraktisi permitosan adat-istiadat yang pada asasnya adalah resam-resam kebudayaan peradaban India. Zaman melimpahnya pengaruh-pengaruh kebudayaan India Selatan terutamanya, adalah yang dikenali sebagai “Zaman Sangam” yang termaktub di atas itu.
Namun, masyarakat Melayu telah meningkatkan kehalusan seni resam bersireh itu ~ menjadi sesuatu resam yang mempunyai ciri-ciri nan amat terkemuka ~ terketara dgn melahiri suatu JATIDIRI seni budaya keMelayuan nya tersendiri; di samping adat2-istiadat pusaka khazanah Warisan Melayu-Sailendra Saguntang . . .
Sebagai contoh: Resam pergi bicara merisik dipersembah dengan membawa Tepak Sireh sebagai ALAT terulung, selaku adat "BERSIREH" demi "Pembuka Mulut". Malah, manamungkin istiadat itu disebut "Meminang" kalau ASAS resam tepak sirih itu tanpa bersarikan bebuah PINANG ! Demi menyedapkan rasa buah-buah pinang itu, semestinyalah disarikan juga bebahan herba dll yang menjadi ramuan tambahan bersireh menikmati kadungan tepak istiadat yang diupacarakan itu. Manamungkin bebahan bersama kepingan pinang yang sekian berkerat itu tidak pulak disampingkan dengan "Pembungkus" atau "Pelapik" bebahan nya pula; ~ ia itu, ~ berhelai-helai dedaun SIREH yang sihat dan segar!! Sesungguhnya, tiadalah ia lengkap bermakna sekiranya tepak sireh dipersembahkan tanpa bersireh !!!
@ 'BERSURAT DENGAN SIREH' dihabuankan kpd Pembesar Bangsawan yg sedang mengerjakan adat-istiadat Menjunjung Duli ...
* SECEPER SIREH SURAT AMANAT . { Dalam seni istilah orang2 bangsawan dan budayawan zaman silam, dan juga bagi berbuaikata suku2 "Orang Kayangan" ~ Daun sireh adalah disebut 'SURAT LAYANG' } ...
Sehelai daun sireh dari tepak pusaka Sultan amat bernilai disisi kebudayaan Melayu silam. Sayang adab ini tlh diketepikan.
"Seceper" bererti sireh yg sudah berlipat berisi ramuan, beralas diatas piring kecil. Adatnya utk jadi bekalan penyedap mulut sambil Orang Besar itu dlm perjalanan menunaikan 'Digvijaya' nya.
Dalam isitiadat Menjunjung Duli Istana Negeri Perak-Melaka, ‘Bhupati Bahutan’ , iaitu, si penerima gelaran itu, akan dikurnia Raja dari seceper sireh dari tepak ‘Puan Nagataru’. Dang Raknawati melipat sireh dan menyerahkannya kepada Dang Raknasari.
DANG RAKNASARI bentara perempuan yang trulung akan persembah sekuntum bunga emas“PACAK KETUR” kepada baginda. Pacak Ketur itupun diambil Raja lalu menyematnya kepada dastar Orang Besar itu disebelah atas telinga kanannya.
@ 'TANPA BENDAHARA TIADALAH BERSIREH NOBAT' ....
Bendahara seorang sahaja YANG BERHAK MUTLAK MEMBERI AYAPAN SIREH TERHADAP PARA PERAGAM NOBAT dan SEKALIAN PARA KHADAM PENGAPIT ALAT-ALAT NOBAT..Telah menjadi adat-resam zaman berzaman Warisan Seri Saguntang ~ bahawa, tanpa dan tiada nya Sang Bendahara, maka "TIDAK LAH BERSIREH NOBAT " !!!
sedang masa cousin sy bertunang makcik sy minta sy mengambil daun sireh, dan antara sireh itu dipilih daun sireh yg bertemu urat..bertembung seimbang uratnya kiri dan kanan daun, melambangkan pertemuan pasangan yg bersefahaman, selari... moga jodoh juga berpanjangan
ReplyDelete~ Jouhar fahmi
Seni applikasi adat dan resam perihal BUDAYA DAN KEPERCAYAAN TERHADAP SIREH DAN MANUSIA ASIA TENGGARA memang banyak lagi yang BELUM TERMAKTUB .. akan saya teruskan secara kompilasi2 "JV" penulisan saya bersama rakan2 rapat FB saya yg amat berenthus sekali .. Syukur Alhamdulillah! Dan butir2 perihal sireh itu akan diterbitkan ke laman 'EKS' Blogspot ini dari masa ke semasa. MALAH ia akan menjadi suatu nota2 yg ampunya 'EPISOD' berSIRI.. !! InsyaAllah.
ReplyDeleteJuga ~ Ingin saya mengumumkan disini, bhw ~
Pertaining to my ANOTHER topical "SERIES" Notes that is up-and coming this way ~~ It's regarding the "BUDAYA POHON PISANG":> Its facts and legends are profoundly widespread ..
Thus, I shall also continue ADDING MORE FACTS & MYSTICS about the attributes of the Banana plant every now and again; including the BALI ceremonial, health and legendary beliefs pertaining to the many usages of Banana.
In fact, come to think of it, one can simply "GO BANANAS" over these Banana Attributes !!!
I sincerely hope you all will enjoy and continue to support such "light" yet educational notes. Please jot your views.