Assalamu'alaikum .. Selamat Datang Ke Alam Warkah Saya Ini ..

Selamat Bertandang ke PETI WARKAH ENGKU KOBAT :

Topik2 peri-ehwal khazanah warisan, peninggalan leluhur persukuan Melayu-Sailendra Seri Saguntang ini disertai dengan kupas-kupusan nya. Sekiranya tiada berkupas, nescaya rumitlah pembaca memahami RATIONALE Hakikat disebalik setiap resam adat2 istiadat Warisan Ibunda kita itu. Begitu hemah saya. Warkah2 yang dibentangkan nerusi blogspot ini terkhusus dipilih demi memperkenal kembali khazanah keleluhuran; dengan harapan 'HERITAGE' kita itu diPULIHi diPELIHARA; tetap diPERTAHANKAN daripada ia terus tenggelam dalam arus deras pengaruh suku kebudayaan asing. Maruah Jatidiri Bangsa Melayu sepatutnya megah dijulang mulia, mengental dengan penjiwaan semangat ilmu-ilmu dek Pusaka Leluhur Melayu Saguntang. Khazanah kita itu kebelakangan ini kelihatan kian malang, telahpun amat ketara semakin terlampau cacat nian dan mereput ~ akibah musibah bersabit kecuaian para-pewarisnya sendiri. Mudah-mudahan, penulisan saya ini mampu memujuk daya memupuk semula pemulihan dusun semangat yang termaksud.


Kesemua kandungan yang saya persembahkan ini, pada asasnya, adalah yang diPETIK-PETIK daripada manuskrip saya yang telahpun siap sejak 1976 untuk dibukukan ~ berjudul : "TUNGAK PERTUANAN RAJA-RAJA MELAYU".

keturunanku

keturunanku

JIWA dan NALURI KU

My soul is a staunch soldier of The Royal MALAY Regiment. My Heart is into discovering and revealing the erudite truth and facts of the MALAY Cultural Histories, inter alia , without prejudice . . And as such, it is with much pride that I declare ~ I am what I am ~ a Malay PATRIOT , ROYALIST and TRADITIONALIST... It's My HERITAGE .

A Patriot And Traditionalist

A Patriot And Traditionalist

I am a Composer I am

As a composer and lyricist, my heartbeat is in Musics ..... AND i'm proud to herald that I hail from the serene and scenic District of Kuala Kangsar ~ wherein there niche the orchestrated Hereditary Spirits that inspire my literary and musical repertoire.

Kuala Kangsar ~ Desa HalamanKu

Kuala Kangsar ~ Desa HalamanKu
Sungai Perak mengalir damai di desa Daerah halamanku Kuala Kangsar ... ... ... ... ... ... (foto ehsan: YM Raja Nur Jannah Hirdan)

JUGDE ME AS U WISH ... Apr 12, 2011

Judge what you wish, Say what you will ... In equanimity, I so remain as Ever True ... And I am what I am.

Roger-K And His Blogger Friends

Sunday, 22 May 2011

ULAR HIJAU @ MEGAT CANDIK PENJAGA NAFIRI ISTANA PERAK

Petikan daripada manuskrip 
RAJA KOBAT SALEHUDDIN 

Ibni Al-Marhum Raja Muda Musa :


Nafiri akan menitiskan peluh (berpeluh-peluh) apakala mengalamatkan seseorang Raja Pemerintah itu akan mendapat gering terakhir. 

Pernah diceritakan perkara yang sama tlh berlaku 5 - 3 bln sebelum kemangkatan baginda Sultan Abdul Aziz, Sultan2 Yusuf II & Idris II. 


Sesudah berisyarat Nafiri itu, biasanya mulalah suasana pemandangan perkarangan istana itu dirasakan dengan tidak tentu pasal berkeadaan seolah-olah muram dan sayu-hiba. Lazimnya dalam tempoh tersebut, seorang dua akan tertembung pula sekurang-kurangnya seperistiwa kehadiran seekor ular berwarna hijau, kadangkalanya di bilik nobat ataupun di dalam kamar peraduan diraja. Ular ini bernama MEGAT CANDIK kononnya ia adalah seorang daripada Jin-jin istana yang menjelma memberi alamat yang kurang menyenangkan itu. Ada pula setengah kaul Orang Kalur pada zaman Sultan Yusuf II yang menyatakan bahawa sang Megat Candik itulah penjaga Nafiri. Pernah dipukul oleh kundang-kundang istana sampai mati ular hijau itu. Tetapi pada peristiwa-peristiwa alamat pada zaman Raja-raja Pemerintahan yang berikut, maka muncul pula Megat Candik itu lagi!


Istiadat Menjamu Nobat ~ 
apakah ia Wajar...???

Maklumat tambahan

Setahu penulis, alat-alat Nobat semenjak pemerintahan Sultan Idris II tidak lagi dijamu dengan sempurna seperti yang dipraktis sebelum baginda. Cuma pemulihan tahunan secara ringkas (tanpa pemujaan) masih diupacarakan. Oleh itu, menurut pengalaman beberapa Ahli Nobat, tiadalah sebegitu bersemangat (gerun) bunyi ragam-ragam yang dipersembahkan. Kadang kala pula, seorang-dua dari pemuzik itu tiada dapat tekun (tersasur) penghayatan semasa mengalunkan ragam-ragamnya. Berbeza dengan alat-alat Nobat di Istana Selangor. Perkakas Nobat di sana di ‘jamu’ dengan secukupnya seperti keperluan sediakala. Para pemain menrasai suatu penghayatan dan ‘deruan’ alat-alat, terkhusus bunyi-bunyian gendang yang amat lantang dan menakjubkan .

Daripada lapan alat-alat Nobat Perak, empat daripadanya dikatakan mempunyai “penunggu sendirian”, dan yang lain itu tiada. 
Yang berkhadam Jin ialah Gendang Negara, Gendang Nobat, Nafiri dan Serunai. 
Dalam pada itu, ada pula seorang Jin yang memayungi alat-alat itu semua secara keseluruhan pula. Maka jin-jin itu kenalah dijamu pada waktu yang tersebut tadi. 

Jin-Jin Kafir dijamu minum arak seperti Gin, Brandy, Whisky, Vodka, Taquilla, Rum dan Tuak "todi" ... 

Adalah dipercayai bahawa beberapa alat-alat itu mempunyai Jin-jin Kafir dan mereka itu akan dijamukan dengan minuman arak.  Gendang-gendang yang dijagai oleh Jin2 “Kafir” yang dituangi minum-minuman arak adalah Negara dan Nobat. Amat menakjubkan !!  Tiada setitikpun yang menitis atau melimpah dari tubuh dan kulit gendang itu.
Ramai juga yang bukannya para ahli Kalur (seperti Swettenham, Windstedt dan Linehan) selain daripada penyaksian penulis sendiri, telah berpeluang menyaksikan istiadat penjamuan dalam upacara pemulihan tahunan itu, dan telah mengesahkan bahawa apakala sebotol arak ditunggahkan ke dalam mulut ceropong serunai itu, cecair itu tidak langsung terkeluar melelih walaupun setitik daripada lubang-lubang jejari angin dan ekor-ekornya; ia meresap atau hilang didalam serunai itu sebegitu sahaja seolah telah diminum oleh Jinnya.  
Jin-jin Islam dijamu minuman air manisan ..

Nafiri, atas kerana ia mempunyai khadam Jin Islam, air-air manisan bercampur madu lebah, air gula kabong dan sebagainya yang tiada bercampur bahan-bahan arak akan diperjamukan; ~ begitu juga halnya ~ air-air tersebut juga “lenyap” didalam tubuh nafiri itu. 

Upacara penjamuan di bawah bidang Jemaah Majlis Sultan Muda ..

Perlaksanaan keduri kecil menjamu alat-alat Nobat itu adalah di kelolai dek (Tok) Seri Nara DiRaja yang dipatuhi dek Pawang Diraja:  

Jamu-jamuan yang lain adalah berupa bertih, nasi kunyit, pisang emas, daging rendang dan sebagainya yg akan terhidang dan dimakan oleh para ahli Kalur di samping (di sisi) alat-alatnya dalam upacara kenduri kecil yg diupacarakan dgn seru-seruan ~ dalam bahasa Jin ~ oleh Pawang Diraja. 
Dalam ketiadaan sesaorang Sultan Muda, maka upacara itu adalah dibawah kelolaan Tok Nara Diraja yang diupacarakan oleh Pawang Diraja dengan pengetahuan dan restu baginda Sultan Perak. Yang memohon limpah perkenan diraja itu biasanya ialah oleh Datuk Temenggong bersama Tok Nara Diraja.




Zuriat KeSultanan Perak berasal dari garis
benih Raja Dzulkarnain
 ??


Menurut YAM Raja Shah Idris Ibni Al-Marhum Sultan Idris Alang Iskandar ~ berlandas kpd kajian ilmu Tesauf dan Tauhid , beliau menekankan hujah-hujah yg tertera di bawah ini : 
[1]  Zuriat KeSultanan Negeri Perak berasal dari garis benih Raja Dzulkarnain, dan oleh sebab kaitan zuriat ini, Raja-raja Perak juga memerintah dua alam, ia itu alam zahir dan alam ghaib... dan tugasan pemerintahan mereka perlunya mereka ini berilmu dan mengetahui dari segi ilmu ketuhanan (Tasauf dan Tawhid) dan juga mendalami ilmu Syariat bagi memerintah alam zahir... Mereka perlu bersifat zuhud dan bertaqwa...
[2]  Disabitkan bab ini juga, Nabi Sulaiman AS dapat memerintah Jinn dan diperintahkan menyiapkan 'The Temple of Solomon'... hanya apabila ulat yang telah mereputkan tongkat sandaran Nabi Sulaiman (yg telah wafat) membuat jasadnya rebah kebumi barulah Jinn2 itu tahu yang beliau telah meninggal dunia... Subhanallah... Puteri Balqis, isteri baginda, adalah dari separuh Jinn (daripada sebelah ibunya), dan zuriat dari perkongsian mereka adalah ISKANDAR DZULKARNAIN ..... 
(Tersebut didalam Surah al-Kahfi)...
<> Manusia dicipta semulia-mulia ciptaanNya, dan setinggi-tinggi maqam diberuNya... dijadikan oleh Allah "dengan tanganNya" (lihat 38:75). 
<> Kerana ketinggian maqam ini, manusia diutuskan selaku Rasul dan Nabi dimukabumi Allah, dan selaku perutusan Allah di dunia... Mana ada makhluk lain yang diberi dari fitrahNya, segala2 sifatNya yang boleh juga didapati pada diri manusia...??? Inilah rahsiaNya, dimana manusia yang mengenali diri (dgn ilmu Tasauf) akan dapat memerintah segala alamNya, kerana mereka mengenali yang Haqq... Di sini, nyata Jinn diperintah tunduk dan menurut segala perintahNya, termasuklah menghormati mertabat manusia...
<> "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan bau nya"... (15:26)
<> "Dan Jinn pula, Kami jadikan sebelum itu, dari angin api yang amat panas"... (15:27)
<>"Dan sesungguhnya tatkala Tuhanmu berfirman kepada malaikat, 'Aku akan ciptakan manusia daripada tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya"... (15:28)
<> "Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, dan (Aku) tiupkan padanya roh (ciptaan) Ku, maka sujudlah kamu pada nya"... (15:29)
<> "Maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali"... (15:30)
<> "Melainkan Iblis, ia enggan turut bersama mereka yang sujud"... (15:31).


4 comments:

  1. Alhamdulillah .. semoga kisah2 perihal Istana ini YANG MASIH BELUM DIDEDAH sejak sebegini lama; dan hampir2 tercicir ..Yang tidak akan di bentangkan di laman Facebook saya .. Maka disinilah tempat yang saya akan terus dedah-dedahkan dan DIKUPAS .. demi ia menjadi wadah perkongsian ilmu bagi kita mempertahankan seni Warisan Pusaka Nenek-Moyang kita.

    Saya amat berbesar hati dapat pulak saya dibantu disini-sana dengan tunjuk-ajar nan penuh kesabaran dlm bidang ilmu2 'Powerpoint' ~ yang saya MASIH MERANGKAK(!)~ dek Sdr MUHAMAD ADHA ABD.JALIL, aka "KU ALAM".. Ingin saya merakamkan disini RIBUAN PERHARGAAN ikhlas saya terhadap Ku Alam yg senantiasa menyokongi saya dalam ehwal format2 Blogspot yang amat mengelirukan !!
    Kalau saya bikin sendirian, agak nya SAMPAI KETUA lah saya belum siap2kan pendedahan "Heritage" kita ..

    Saya meluahkan perhargaan juga kepada Adinda saya YAM "KU SHAH SOTAN DERIH" yg berpengetahuan dalam bidang KeSultanan-Muda dan ehwal TASAWUF..

    INI AKAN MERUPAKAN SUATU 'SERIES' @ "Episod" pembentangan ehwal Hakikat dan Ilmiah Warisan Keistanaan Seri Saguntang untuk tatapan umum.

    ReplyDelete
  2. Yuvraj Kiranpal Singh Raikay23 May 2011 at 11:08

    thats so interesting engku ji, the nafiri really sweats and the kafir jins drink whisky and brandy and thats my favourite hehehehehehe...engku i want to know about harimau berantai which is taking care of the Iskandariah palace as well...thanks alot engku ji !!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah dan Terima kasih Ayah K atas kepercayaan dan penghargaan yang di hulurkan sesungguhnya patek jua tidaklah berapa mahir namun dengan izin ilahi jua maka terdaya untuk membantu...
    Sewajarnya perihal kisah-kisah yang tercatat dalam lipatan sejarah Warisan Sa Guntang di kongsikan kepada generasi kini bagi memastikan khazanah berharga ini dapat di ketahui...

    ReplyDelete
  4. Selilit tanah minangkabau
    dilengkung ular saktimuna
    sebenarnya aku keturunan raja
    berpisahlah aku dari selat Melaka

    eyn

    ReplyDelete