Assalamu'alaikum .. Selamat Datang Ke Alam Warkah Saya Ini ..

Selamat Bertandang ke PETI WARKAH ENGKU KOBAT :

Topik2 peri-ehwal khazanah warisan, peninggalan leluhur persukuan Melayu-Sailendra Seri Saguntang ini disertai dengan kupas-kupusan nya. Sekiranya tiada berkupas, nescaya rumitlah pembaca memahami RATIONALE Hakikat disebalik setiap resam adat2 istiadat Warisan Ibunda kita itu. Begitu hemah saya. Warkah2 yang dibentangkan nerusi blogspot ini terkhusus dipilih demi memperkenal kembali khazanah keleluhuran; dengan harapan 'HERITAGE' kita itu diPULIHi diPELIHARA; tetap diPERTAHANKAN daripada ia terus tenggelam dalam arus deras pengaruh suku kebudayaan asing. Maruah Jatidiri Bangsa Melayu sepatutnya megah dijulang mulia, mengental dengan penjiwaan semangat ilmu-ilmu dek Pusaka Leluhur Melayu Saguntang. Khazanah kita itu kebelakangan ini kelihatan kian malang, telahpun amat ketara semakin terlampau cacat nian dan mereput ~ akibah musibah bersabit kecuaian para-pewarisnya sendiri. Mudah-mudahan, penulisan saya ini mampu memujuk daya memupuk semula pemulihan dusun semangat yang termaksud.


Kesemua kandungan yang saya persembahkan ini, pada asasnya, adalah yang diPETIK-PETIK daripada manuskrip saya yang telahpun siap sejak 1976 untuk dibukukan ~ berjudul : "TUNGAK PERTUANAN RAJA-RAJA MELAYU".

keturunanku

keturunanku

JIWA dan NALURI KU

My soul is a staunch soldier of The Royal MALAY Regiment. My Heart is into discovering and revealing the erudite truth and facts of the MALAY Cultural Histories, inter alia , without prejudice . . And as such, it is with much pride that I declare ~ I am what I am ~ a Malay PATRIOT , ROYALIST and TRADITIONALIST... It's My HERITAGE .

A Patriot And Traditionalist

A Patriot And Traditionalist

I am a Composer I am

As a composer and lyricist, my heartbeat is in Musics ..... AND i'm proud to herald that I hail from the serene and scenic District of Kuala Kangsar ~ wherein there niche the orchestrated Hereditary Spirits that inspire my literary and musical repertoire.

Kuala Kangsar ~ Desa HalamanKu

Kuala Kangsar ~ Desa HalamanKu
Sungai Perak mengalir damai di desa Daerah halamanku Kuala Kangsar ... ... ... ... ... ... (foto ehsan: YM Raja Nur Jannah Hirdan)

JUGDE ME AS U WISH ... Apr 12, 2011

Judge what you wish, Say what you will ... In equanimity, I so remain as Ever True ... And I am what I am.

Roger-K And His Blogger Friends

Sunday, 22 May 2011

Tanda Bilangan Peraturan Waris

SENI MENGENAL KEDUDUKAN WARIS ~ Serampai Heritage Kita.
Kajian Selidik Di Seluruh Lembah Sungai Perak ...


Identiti paras kedudukan dalam kekeluargaan yang besar
oleh
RAJA KOBAT SALEHUDDIN
Ibni Al-Marhum Raja Muda Musa


Nama-nama panggilan yang diletakkan kepada nama batang tubuh tiap-tiap seseorang dalam seisi waris bagi kekeluargaan Orang Melayu Negeri Perak pada zaman silam adalah seperti berikut:
   [A} Waris ~ ASAS
        #1.
           Lelaki : Sulong @ Kulop
           Perempuan: Yong @ Long
          * Panggilan timang-timangan lazim ditegur orang itu secara “Chor ” ~ daripada               perkataan "besar” =  yang utama dalam hakikatnya.
          * Bagi lelaki juga secara spesifik “Yeop ” @ “Lope ” = Abang dalam hakikatnya
#2.
Lelaki : Ngah [ daripada perkataan 'Tengah' ]
Perempuan : Nong @ Nyah
* Secara spesifik “Nyah ”= Kakak dalam hakikatnya
#3.
Lelaki : Alang @Yang
Perempuan : Yang
* Timangan bagi perempuan adakalanya juga ditegur secara “Alang” @ “Elang”.
4.#
Lelaki & Perempuan : Uda [ daripada perkataan ‘Muda’ ]
#5.
Lelaki :
Pandak @ Andak
Perempuan : Andak
#6.
Lelaki: Panjang @ Anjang
Perempuan : Anjang
#7.
Lelaki & Perempuan : Hitam @ "Itam "
#8.
Lelaki : Puteh @ "Oteh "
Perempuan : Puteh @ "Uteh"
* Timangannya “Teh” bagi perempuan
#9.
Lelaki & Perempuan : Cik
[ daripada perkataan "Kecik" @ “ kecil ” ]
#10.
Lelaki : Busu [ daripada perkataan "bongsu" ]
Perempuan : Usu @ "Su"
* Panggilan timang-timangan “Su” boleh juga bagi lelaki.
[B} Waris ~ BALIK
* Bagi anak-anak yg berekoran dari ke 11 HINGGA ke#20 gelaran bilangannya adalah cuma ditambah dengan tanda sebutan ‘BALIK ’ ;kerana bilangannya berbalik semula kepada yang awal. Misalnya:Kulup-Balik (atau) Ngah-Balik (atau) Alang-Balik .......... dan sebagainya.* Cara meletakkan nama batang tubuh kepada gelaran itu adalah secara di tengah-tengah antara tanda-tanda identiti itu seperti peri misalan ini: Kulup Rashid-Balik (atau) Ngah Arshad-Balik (atau) Alang Ibrahim-Balik .......... dan sebagainya.
[C} Waris ~ BALIK-LAGI
* Bagi famili yg sebegitu besar sampai berekoran dari ke 21 HINGGA ke #30tanda bilangannya adalah diulangi semula yakni, berbalik-LAGI. Misalnya: Kulup-Balik-Lagi (atau) Alang-Balik-Lagi (atau) Pandak-Balik-Lagi ......... dan sebagainya.* Nama batang tubuh seseorang itu diletakkan sebelum perkataan‘Balik’-Lagi. Misalnya: Kulup Teba Balik-Lagi (atau) Cik Aminah Balik-Lagi (atau) Busu Ahmad Balik-Lagi ....... dan sebagainya.
[D} Waris ~ ENTAH
* Bagi anak-anak yang seterusnya ~ dari ke 31 HINGGA ke#40, ~ gelaran yang dikenakan kepada batang tubuh sipolan ialah “ENTAH ” !!! ~Dari ertikata “Entah apa ilmu baka yang dipakai ” (oleh si bapak budak itu): Misalnya: Yong-Entah Fatimah, Alang-Entah Maimunah, Uda-EntahAbdul Shukur ......... dan sebagainya.
[E} Waris ~ AJAIB
* Bagi seseorang lelaki yang sebegitu “handal” kesuburan tenaga batinnya, yang telah upaya menghasilkan zuriat melebihi daripada 40 anak-anak, sememangnya sidia itu dianggap Sang Pembaka yg sesungguhnya diluar perbatasan biasa ! Bagi pembaka zaman terkini, mungkin kadang-kadang kita temui;namun zaman dahulu ~ yg "DI LUAR BIASA" itu ~ amatlah berlumrah biasa-biasa sahaja ! Justeru, mematuhi peraturan tanda bilangan bagi kekeluargaan yg sebegitu besar,mengenali waris dari yang ke 41 HINGGA ke #50, ~ gelaran anak-anaknya adalah dikenakan dgn penandaan ‘AJAIB’ !
Misalnya:- Kulup-Ajaib (atau) Alang-Ajaib (atau) Pandak-Ajaib .......... dan sebagainya.* Nama batang tubuh sipolan itu di letakkan di antara gelar-gelaran termaksud, seperti : Kulup Mohammad-Ajaib, Hitam Arba’ah-Ajaib, (atau) Uteh Mariah-Ajaib ......... dan sebagainya.

1 comment:

  1. Dalam pengetahuan saya sendiri ~ TIDAK "ajaib" langsung apakala sesaorang "Lelaki Jaguh Gagah Perkasa" berdaya memperolehi anak-pinak seramai (sekadar!) 50 putera-puteri ! Malah, lebih lagi PUN BOLEH !!

    Ada seorang Ninda saudara saya yang telah membenihi 45 Waris !!! Dan Ayahanda saya sendiri ~ YANG TUNGGAL(!)~ pulak (hanya) menjembalai kami CUMA berjumlah DUA PASOKAN BOLA SEPAK "BEN MUSA" = 22 adik-beradik ..!!!

    ReplyDelete