Ada empat (4) adab pertuturan tradisional keistanaan yang dipraktis semata-mata untuk berbual secara "informal" ataupun "semi-formal" antara kaum kerabat para bangsawan berbenih tulen LELUHUR KESUKUAN ISTANA Melaka-Andalas-Perak ~ bertutur adab antara mereka sesama sendiri. Seharusnya gara tutur "berbual ringan" mahupun berbicara yang BERSIFAT PERIBADI di perkarangan istana ini, setidak-tidaknya, wajar diabadikan kedalam kamus seni sastera adab pertuturan Melayu. Petik-petikan SENI ADAB pertuturan keistanaan Perak yang asas ini sudah PUN dalam proses berkeciciran !!
Di keistanaan Perak, sebutan "Tengku", "Engku", "Payung", "Tuan" mahupun "Tuanku", adalah semata-mata suatu ikhtiraf kehormat bagi kedudukan taraf sesaorang termaksud ~ YANG DILAFAS SECARA LISAN atau TIDAK RESMI sahaja. Ini bermakna, bahawa penuturan "TENGKU'" dan juga yang lain2nya itu, adalah cuma adab pertutur bualan; tidak bergara gelaran pengistiadat .. Gelaran yang mematuhi adat-istiadat selaras pangkat tradisi turun-temurun bagi sesaorang suri Raja Yang Di Pertuan Perak, adalah penggelaran 'RAJA PEREMPUAN '@ "Raja Ampuan Perak". .
Mari kita renungi sekarang ehwal pertuturan2 adab beradab perbualan lisan ini. Ianya bergara ~~
1. *Menegur dalam perbualan : 'Tengku' ~
- Yang teristimewa bagi isteri baginda Sultan. Mematuhi gara tradisi tulen keistanaan Perak, barangmana suri Raja Yang DiPertuan yang 'berbenih Orang Kebanyakan' , dan yang berbenih turunan dari mana2 diraja sekalipun, ia akan BERIKHTIRAF "Permaisuri" {secara tunggal} ~ yakni, tidak kait bergelar "Raja" Permaisuri, atau "Tengku" Permaisuri; mahupun "Tuanku" Permaisuri...
@Contoh-contoh kepermaisurian :>
PERMAISURI Uteh Mariah (suri AlMrhm Sultan Idris I); PERMAISURI Teh Kalsum (suri AlMrhm Sultan Alang Iskandar); PERMAISURI Ummi Kalthum (suri AlMrhm Sultan Abd.Aziz ); PERMAISURI Teh Sapura (suri AlMrhm Sultan Yusuff Izuddin ~ paduka ayahanda Sultan Azlan Shah).
- Sekalian anak-anak raja bawahan dan atasan bertutur adab terhadap sang Permaisuri dengan menegur nya seraya 'Kak-Encik' , 'Mak-Encik' mahupun 'Opan-Cik' .. dan membahasakan diri selaku "saya"" ... { TIDAK berpatik dengan beliau }.
- Orang-orang Besar Negeri dan sekalian khalayak bawahan akan beradab terhadap sang Permaisuri selaku menegur nya "Tengku"... Dan membahasakan diri terhadap nya "Hamba-Tengku" .... { TIDAK berpatik dengan nya }
*Beradab kepada Orang Kaya Temenggung : ~
- Sultan, Raja Muda dan Raja Di Hilir norma mematuhi tradisi beradab terhadap Orang Kaya Temenggung mereka seraya meneguri nya "Orang kaya" ; ~ dan sekira baginda2 itu berakrab peribadi terhadap nya, lazim meneguri Temenggung selaku "Orang Kaya Kita"mahupun secara "Orang Kaya Saya"...
- Sekalian anak-anak raja bawahan termasuk lah Raja-raja Kecil Berempat, akan beradab tutur terhadap Orang Besar Negeri keistanaan ini selaku menegur nya 'Pak-Tok' ; ~ dan bagi yang ampunya penjiwaan akrab terhadap Temenggung mereka ini, akan menghalusi adab dengan memanggil nya "Pak-Tok saya" ...
- Orang-orang Besar Negeri yang berkedudukan pangkat rendah daripada Temenggung, akan betutur adab terhadap Ketua Istiadat Istana ini seraya membahasakan beliau selaku "Tengku".Mereka2 itu, termasuklah khalayak ramai, akan membahasakan diri selaku "Hamba-Tengku"...
*@* [ Perlu di peringati bhw penyebutan "HAMBA" bukan menghina rakyat .. Dalam kontext keistanaan, ia bererti pengasuh / perkerja / kundang = (Inggeris) @ 'SERVANT' ~ dan di perkarangan istana2 Inggeris & Eropah, ia seiras makna "COURTIER " ... ia bukan "Slave" = 'ABDI ' ]
*Adab terhadap Orang Kaya Menteri : ~
- "Format" sekalian Raja-raja dan Orang-orang Besar Negeri berbahasa adab terhadap Orang Besar Jajahan Larut Dan Matang ini adalah SAMA seperti mereka berturur bahasa dalam perbualan kepada Orang Kaya Temenggung.
2. *Menegur dalam perbualan : 'Engku' ~
- Sebutan ENGKU mengganti perkataan "Raja" dalam adab perbualan lisan terhadap sekalian anak-anak raja yang tanpa bergelar DAN juga bagi Raja-raja Kecil Berempat Negeri Perak... Malah lazimnya, sekiranya ada kerabat diraja luaran yang terikhraf hadir di Perak dari negeri2 jiranan dan dari memerata jajahan Kepulauan Gugusan Indonesia sekalipun, akan juga diteguri sedemikian gaya ..
@Contoh-contoh 'Raja' berganti"Engku'' :>
Raja Kobat = Engku Kobat; Raja Azura = Engku Azura;
[nama timangan] Raja "Muzz" = Engku Muzz ; Raja "Enem"
= Engku Enem;
- Demi menegur Raja-raja Kecil Berempat, cuma di tambah sedikit menjadi "Engku-Cik"
@Contoh-contoh :>
{ Raja Kecil BESAR } = Engku-Cik Besar
{ Raja Kecil SULONG } = Engku-Cik Sulong
{ Raja Kecil TENGAH } = Engku-Cik Tengah
{ Raja Kecil BONGSU } = Engku-Cik Bongsu
- Bagi menegur adab dalam perbualan terhadap SYED yang beristerikan Waris Negeri, beliau itu akan di perbahasakan "Engku-Syed" ;
Yakni, TIDAK di tegurinya selaku "TUAN " Syed lagi ~
( Sehingga lah si Syed apalah telah bercerai dengan suri nya si anak raja itu )
3. *Menegur dalam perbualan : 'Payung' ~
Asal-usul praktis menggunakan pemanggilan "PAYUNG" ini telah di perkenalkan oleh kaum keluarga pengikut Haji Daeng Selili. Beliau sampai ke Perak dalam lingkungan tetahun 1744-46. Haji BesarDaeng Selili (@SULILLI ) telah di lantik oleh Sultan Mudzaffar Shah III selaku Mufti Negeri, Penasihat Istana merangkap Pendidik Tesauf peribadi baginda. Hasil keakraban dan ta'at-setia sekalian puak Daeng Selili dengan kerabat2 diraja di istana, telah timbul gara pemangilan "Payung" bagi beradab garaTimang-timangan terhadap barangmana anak2 raja YANG BERBAYA MUDA DARIPADA SI PENEGUR.. Erti "Payung" diadaptasi daripada negeri asal Daeng Selili; ia-itu ~ Provinsi LUWU di Sulawessi Selatan (SULSEL); dimana Raja-raja Pemerintah Luwu di panggil Pajung' ~@"Pajung ri Luwu" = 'Pepayung Negeri Luwu' ... Sampai ke tetahun 1960’an hingga ke 1970’an, masih ada lagi Orang-orang Besar Negeri yang tertua dan orang-orang warisan bangsawan tertua yang akur mempraktik seni pertuturan perkarangan Istana, terhadap Waris-waris Negeri termasuk lah kala berbual secara informal dengan Raja Di Hilir, Raja Muda dan Baginda Sultan secara mengistilahi raja-raja nya itu sebagai "Payung". ~ ~
Di sebalik (niat) penyebutan Payung , tersiratlah kemesraan yang bermaksud “Pemimpin yang dikasihi” @ “Payung Kemuliaan Negeri yang dikasihi”
- Sesudah merasmikan formaliti menyembah sekali sahaja sekiranya raja itu Raja-raja pemimpin negeri, tiadalah lagi si tertua itu menyebut perkataan “Tuanku”. Misalnya seorang Orang Kaya Bendahara ataupun Orang Kaya Temenggong mahupun orang-orang tua istana yang sudah terjalin akrab peribadi mereka dengan baginda-baginda itu, maka di majlis tersebut berkatalah mereka seperti contoh-contoh yang berikut ini:-
© “..... Harap di ampun Payung, patik ini berhutang sembah ..
udah lama Paduka tak berangkat melawat Kampung (Si Anu)”.
Ataupun,
© “Hai Payung patik !.. Payung ini Tuan Penghulu patik,
rasanya beranilah perhamba tua ini berhutang sembah ...
baiklah Payung jangan berkeras sangat terhadap Menteri Besar kita itu, nanti buruk akibatnya!”
*Seolah Payung itu berbeza dengan erti kata Paduka ataupun Sultan . Oleh kerana (si anu) itu telah “berhutang sembah” (= bertangguh formaliti, maka tiadalah ia menyembah Rajanya). Norma pertuturan dalam perbualan informal seperti tersebut adalah di praktik oleh orang-orang dalaman istana yang berumur tua dari raja-raja, yakni bukan oleh mereka yang sebaya atau muda dari sang diraja itu.
Misalnya lagi :-
*[ Oleh seorang dayang tua bernama Zaidah yang juga tukang masak sebegitu lama di istana; manakala Sultan Idris Iskandar menyerempak ke dalam dapur istana Iskandariah ]
- “Hoh Allah! Ya Payong patik!….. Apa dibuat Yamtuan masok mencemor duli ke dalam dapor yang kotor ini?!…. Pegi Payong, pegi.. ! Ni pun dah melatah didek-didek perhamba jinaknenguk Pepanji Negeri di dapor…kut tak masak lauk karang! ... Hah! Buat le! Silalah ngedor hai Payong jejuah patik….Hai Ya Allah! ~ Sila keluwor sekarang juge Yong oi ! ~ Keluwor !… Kalu nak nengok patik-me menjerit, hai Tuan Penghulu oi,~ hah tunggu-le di dapor ni .. kut begemoyap karang !!!" ...
Tersirat di sebalik Puan Zaidah menyanjungi Raja Pemerintahnya, namun kerana dia amat mesra dengan Raja Yang Dipertuan (= “Yamtuan”), maka sang dayang tua itu berani menegur “Tuan Penghulu” yang di kasihinya; lagi menyuruh secara bersahaja baginda keluar meninggalkan dapur dengan ugutan nanti pekerjaan di dapur itu tiada akan dilaksanakan oleh mereka. Sebutan ‘Yong’ yang nyata terpendek dari perkataan ‘Payung’ telah menyerlahkan luahan keperibadian nan erat lagi manja terhadap Rajanya. [Baginda sedar akan “kenakalannya” itu kerana baginda memang suka merendahkan diri. Sesungguhnya Wan Zaidah itu seorang pelatah(!!). Dengan geli-geli hati, baginda Idris pun “ngedor” (beredar) ke dalam istana.]
Begitulah hakikat ertikata yang tersirat di sebalik perkataan-perkataan “Tuan Penghulu”, “Paduka” (= keayahandaan perkauman) dan “Payung”.
4. *Menegur dalam perbualan : 'Tuan ' ~
- Kaum kerabat yang tertua tiada menegur Raja-raja itu secara “Tuanku”, cuma sekadar Tuan' sahaja. Pada ketika masa-masa yang tertentu pula, kerabat tua-tua juga menegur Raja-Raja terutama itu dengan menyebut gelaran jawatan nya sahaja.
Sebagai contoh-contoh pertuturan di antara mereka dalam istana :-
(i) Raja Ampuan Pahang (Raja Fatimah bte Sultan Alang Iskandar; isteri Sultan Abu Bakar berbahasa kepada paduka adindanya Sultan Perak ke-33. Sang kakak masuk ke dalam kamar peribadi Sultan Idris ~~
© “…Hai Sultan Perak, belum lagi awaok turun-turun ke balai? Raja Empuan Perak udah lama mera’i Orang-orang Besar awaok!”.. Dijawab oleh adiknya ~ “Hai, sabor-saborlah Chor ,, ini patik nak turun dah ni!”
(ii) Raja Muda Musa Ibni Sultan Abdul Aziz (berpangkat abang saudara) kepada Sultan Idris Iskandar, YDP Perak ke-33. Berbual melalui telefon dari Teluk Intan ke Istana Iskandariah ~~
© “….Hello ... Yamtuan ke tu? Harap diampun Tuan, Abang baru balik nengok anak bulan di Pulau Sembilan … udah nampak Tuan! Bolehlah pertitah bicara Sultan Perak … Abang menunggu perintah…”
(iii) Raja Hisham Abdul Malek, Orang Besar Jajahan Hilir Perak ( kelak menjadi Raja Di Hilir Perak) yang berpangkat abang saudara kepada Raja Muda Musa. Semasa penyusunan acara persandingan Diraja puteri puteri Perak–Pahang di Teluk Intan ~~
© “… Hemat Abang … eloklah Tuan letakkan Raja Perlis di sebelah kiri anakanda-anakanda pengantin. Yamtuan Pahang sebelah kanan. Yamtuan Perak, Chor Pahang dengan yang lain-lainnya kira perkenan selaku Waris kitalah berperatur sendiri, kerana ruang tamu Istana ini agak sempit sikit .. Begitulah hemat Abang.”
Dalam pada itu, sekalian kerabat diraja @ Waris Negeri yang berumur lagi bermartabat tua(berpangkat “abang” “kakak”, apatah lagi yang berpangkat lebih tua) dari Raja Di Hilir, Raja Muda dan Sultan, TIDAK menyembah mereka yang berkenaan itu. Saudara tertua hanya perlu menundukkan hulu semasa berformaliti “Mengadap” di majlis Raja-Raja terutama itu.
Sungguh indah bahasa dan peradaban kita.
ReplyDeleteengku ji, does the perak royalty still use this royal language in their daily chores ?
ReplyDeleteengku ji i have a question...i was made to understand that you were raised by the late Sultan Almarhum Sultan Abdul Aziz...how do you usually address him? Grandpa or Tuanku or any other royal address? Could you also ellaborate about Almarhum Tuanku because i find him to be a man of few words..is it true engku ji?
ReplyDeleteI addressed my Grandfather who raised me from the moment I was born in Taiping, as "Grandy-Ji" .. does that satisfy your curiosity ??
ReplyDeleteAt the right margin of this Notes :> That's my picture with him and my 'Opah' Permaisuri Ummi Kalthum.