Hasil penyelidikan & penulisan
RAJA KOBT SALEHUDDIN Ibni Al-Marhum Raja Muda Musa
( September 1976 )
"Tetak sentang buatkan kolek
Hendak menuba Sungai Budiman
Duduk bertentang adik-beradik
Bagai bunga kembang setaman"
* Ayuhai adik dayang dan dayang
"Hendak menuba Sungai Budiman Singgah bermalam di rotan getah Kekal bertakhta zaman berzaman Seisi negeri menjunjung titah"
* Ayuhai adik dayang dan dayang
"Singgah bermalam di rotan getah Pagi-pagi memburu rusa Seisi negeri menjunjung titah Daulat berdiri senantiasa"
* Ayuhai adik dayang dan dayang
"Pagi-pagi memburu rusa Naik ke bukit mengambil jerun Daulat berdiri senantiasa Memerintah negeri turun-temurun"
* Ayuhai adik dayang dan dayang
"Naik ke bukit mengambil jerun Jerun ada di bawah batang Memerintah negeri turun-temurun Berasal dari Bukit Saguntang"
* Ayuhai adik dayang dan dayang
"Jerun ada di bawah batan Dua dengan pohon kemuning Berasal dari Bukit Saguntang Bergajah putih berpayung kuning"
* Ayuhai adik dayang dan dayang
"Dua dengan pohon kemuning Sayang selasih daunnya lebat Bergajah putih berpayung kuning Itulah asal Raja Bernobat"
* Ayuhai adik dayang dan dayang
"Sayang selasih daunnya lebat Berselang dengan sepohon jarak Itulah asal Raja Bernobat Keturunan Raja Negeri Perak"
Jodul berthemakan sejenis pokok hutan yg pernah pada zaman dahulu, sering batang2 kayu sentang itu di perbuat kolek2, sampan2 dan balok2 persungaian. Pada zaman kurun ke17 & ke18 masihi, nurut pakar jabatan perhutanan negeri Perak, memang ia banyak tumbuh liar di hutan2 sekitar tebing2 Lembah Sg.Perak.
TETAK SENTANG yg bersifat seni pantun berkait, awal bermula membentang bayangandetik perdamaian suatu pertingkahan antara Paduka Seri Sultan Mudzaffar Shah III {1728~1754} @Mrhm Haji Allah dgn adindanya, Paduka Yg Dipertuan Muda Muhammad Shah {1744~1750} @Mrhm Aminullah... Berlarut beberapa tahun Negeri Perak mempunyai 2 Raja Pemerintah!! Jajahan2 kawasan bersempadan di suatu kampung bernama 'Pacat'. Sang abang memerintah di rantau hulu, beristana di Sayong, Kuala Kangsar; dan sang adik memerinah di rantau hilir, berpusat di Brahman-indera, Pulau Tiga.
- Sesudah berdamai, langsunglah di satukan putera Paduka Muhammad Shah yg tlh di lantik menjadi Raja Muda, dgn puteri bongsu Paduka Mudzaffar Shah. Semasa tempoh berpesta adat2-istiadat pertunangan dan persandingan yg berlangsung selama 44 hari siang & malam itu, Raja Muda Iskandar tlh mengaturkan suatu acara menuba di Sungai Budiman.
Di persilakan paduka ayahanda nya dan paduka bakal ayah mertua nya turut adik- beradik bersuka-suka seperahu berkelah sekerabat diraja di Sungai Budiman.
Pada hari kemuncak persandingan, kedua-dua mempelai diraja diarak keluar ke laman istana untuk beristiadat Mandi Sampat.
Mematuhi adat-istiadat, mempelai diraja Raja Yg Di Pertuan Muda Iskandar bergangingan jejari dengan Raja Puan Besar Budak Rasul telah mengelilingi sebanyak 7 kali Panca Persada sebelum mereka menaiki tangga menuju ke mercu bangunan adat itu, demi dipersiram adat MANDI SAMPAT di ruang landasan Seri Panca Persada.
Ketika mengelilingi Panca Persada itulah pertama kali "TETAK SENTANG" di perkenalkan bagi khalayak ramai. Inang2 Istana yg terutama telah dilatih menyanyikan patun berkait itu. TETAK SENTANG berkemungkinan besar telah dicipta oleh Al-Marhum RAJA CHULAN Ibni Raja Abdul Hamid, yg pada zaman berkenaan adalah terlantik menjadi Pendita Istana. Al-marhum Raja Chulan amat termasyshur mengarang pantun2 dan dia lah pengarang @'Author'HIKAYAT MISA MELAYU . Ciri2 "Tetak Sentang" itu amat bermirip stail penulisan Raja Chulan ... Wallah-hu'alam-Bissawab.
- Para Dendayang dan isteri2 para pembesar turut menyahut secara "UNISON" di dalam bahagian *"KORUS" lagu itu. Inilah ulung2 kali di ketahui bhw RAGAM2 Nobat Istana dapat dan telah di ubahsuai "tempo"nya bagi nenyesuaikan mengiring sebuah lagu seni istana Perak.. !!!
Adalah di sangka oleh para ketua Peragam Nobat Perak bhw MUNGKIN lah di antara jodul2 yg tersebut ini yg paling sesuai atau yg telah di ubahsuai DEMI NOBAT BERACARA MANDI SAMPAT semasa acara persiraman adat bagi Raja Muda Iskandar dan Raja Puan Besar Budak Rasul ... ia-itu ~~
1. *"PUTERI MANDI MAYANG" *
2. *"ANAK RAJA BASUH KAKI" *
3 * "LENGGANG CIK KOBAT"*
Para Peragam 16-bunyi Nobat Diraja Istana Perak <> Ketua Nobat adalah bergelar @ 'TOK SETIA GUNA' ~ sama juga seperti gelaran Ketua Nobat di keistanaan Melaka.
Rajah Panca Persada kelihatan dari atas <:> Posisi bangunan Panca Persada adalah terpersis & wajib menghadap ke Arah Asas Alam Bumi; iaitu ~ Utara, Timur, Selatan & Barat <> Tiap satu 4-Arah Asas Alam Bumi itu mengampunyai satu simbolisis Warna Tenaga yang terkhusus dan tertentu <> Utara = Merah @ API <> Timur = Putih @ AIR <> Selatan = Kuning @ ANGIN <> Barat = Hitam @ TANAH
ASTAKA yang di mercu bangunan 5 paras Panca Persada adalah dikenali sebagai 'SERI PANCA PERSADA
Teringin patek nak mendengar lagu Tetak Sentang ni... RKA
ReplyDeleteMelodi 'TETAK SENTANG' berderu mendayu-dayu .. bermirip kesayuan lagu Melayu 'ASLI' .. Rentak asal yang di analisa dek para ahli peragam Nobat Perak bersama saya, kami tafsiri bhw melodi/lagu asal nya ialah berciri bentuk 'MELAYU-KUNO" ~ kalaulah ada punya istilaah seperti demikian !! Maka kami "suspect" Tetak Sentang telah dialunkan dengan Rentak "LENGGANG CIK KOBAT" ~ rentak ragam Nobat yang lebih mirip/dekat kepada rentak "Contemporary Slow INANG" ..
ReplyDeleteSaya pernah coba menampilkan lagu/melodi termaksud dengan suatu "experiment" infusion : 'SLOW INANG + ASLI' .. Memang Mendayu hasilnya !!!
Engku Ji, i am so impressed with your vast knowledge about perak royal traditions...you have proven to the world that you are a PURE royalty of Saguntang !
ReplyDeleteEngku Ji, if your father Almarhum Raja Muda Musa would have been alive, i am sure He will be the Sultan and you will be one of the Raja Raja Bergelar and probably you will be the next sultan after Almarhum...after reading all of your articles i believe if you be the next Sultan engku ji, you will rule fairly and all of your subjects will bless you..
ReplyDelete