Assalamu'alaikum .. Selamat Datang Ke Alam Warkah Saya Ini ..

Selamat Bertandang ke PETI WARKAH ENGKU KOBAT :

Topik2 peri-ehwal khazanah warisan, peninggalan leluhur persukuan Melayu-Sailendra Seri Saguntang ini disertai dengan kupas-kupusan nya. Sekiranya tiada berkupas, nescaya rumitlah pembaca memahami RATIONALE Hakikat disebalik setiap resam adat2 istiadat Warisan Ibunda kita itu. Begitu hemah saya. Warkah2 yang dibentangkan nerusi blogspot ini terkhusus dipilih demi memperkenal kembali khazanah keleluhuran; dengan harapan 'HERITAGE' kita itu diPULIHi diPELIHARA; tetap diPERTAHANKAN daripada ia terus tenggelam dalam arus deras pengaruh suku kebudayaan asing. Maruah Jatidiri Bangsa Melayu sepatutnya megah dijulang mulia, mengental dengan penjiwaan semangat ilmu-ilmu dek Pusaka Leluhur Melayu Saguntang. Khazanah kita itu kebelakangan ini kelihatan kian malang, telahpun amat ketara semakin terlampau cacat nian dan mereput ~ akibah musibah bersabit kecuaian para-pewarisnya sendiri. Mudah-mudahan, penulisan saya ini mampu memujuk daya memupuk semula pemulihan dusun semangat yang termaksud.


Kesemua kandungan yang saya persembahkan ini, pada asasnya, adalah yang diPETIK-PETIK daripada manuskrip saya yang telahpun siap sejak 1976 untuk dibukukan ~ berjudul : "TUNGAK PERTUANAN RAJA-RAJA MELAYU".

keturunanku

keturunanku

JIWA dan NALURI KU

My soul is a staunch soldier of The Royal MALAY Regiment. My Heart is into discovering and revealing the erudite truth and facts of the MALAY Cultural Histories, inter alia , without prejudice . . And as such, it is with much pride that I declare ~ I am what I am ~ a Malay PATRIOT , ROYALIST and TRADITIONALIST... It's My HERITAGE .

A Patriot And Traditionalist

A Patriot And Traditionalist

I am a Composer I am

As a composer and lyricist, my heartbeat is in Musics ..... AND i'm proud to herald that I hail from the serene and scenic District of Kuala Kangsar ~ wherein there niche the orchestrated Hereditary Spirits that inspire my literary and musical repertoire.

Kuala Kangsar ~ Desa HalamanKu

Kuala Kangsar ~ Desa HalamanKu
Sungai Perak mengalir damai di desa Daerah halamanku Kuala Kangsar ... ... ... ... ... ... (foto ehsan: YM Raja Nur Jannah Hirdan)

JUGDE ME AS U WISH ... Apr 12, 2011

Judge what you wish, Say what you will ... In equanimity, I so remain as Ever True ... And I am what I am.

Roger-K And His Blogger Friends

Monday, 6 June 2011

Tertiah Al-Marhum Paduka Sang Sapurba, Dapunta Hyang Negeri Perak

 Dokumen2 yang tersimpan di dalam "Peti Warkah" manuskrip kaji-selidek saya sejak tahun 1975 akan didedahkan satu demi satu, tertakluk kepada penentuan masa dan keadaan senario nya. Di antara persuratan2 di dalam "Peti Warkah Engku Kobat" itu, juga ada beberapa 'memoir' perihal saya bersama berberapa orang "TseFu" kebudayaan dan persilatan yang telah menjadi MENTOR Roger-K. Sesungguhnya,  HEMAH renung-renungan saya adalah penyambungan renungan TseFu2 yang tertentu itu. Maka boleh lah dan berani saya menyatakan serentak disini, RENUNGAN KAMI adalah memejal terhadap sosio-masalah, bagaimana nak menyegarkan Identiti dan Maruah Bangsa Melayu di Bumi Ibunda kita ini.

Pada suatu petang dalam tetahun 1970'an, di mercu Astaka Istana Iskandariah, semasa saya diiringi dek Allahyarham Cikgu Ahmad Manjang dititah dek Paduka Al-Marhum "Sotan Derih" datang bergebang-gaebang mesra bersama Baginda...  Lalu ditertiah baginda yang khusus dituju nya kepada Bekas Captain 'Roger-K' 
"Kamu Kobat ~ Percayalah cakap Ayah ni, kamu tenguk lah tak lama lagi, BERCELARU lah semangat pertiwi Orang Melayu .. Politik sekarang dengan ilmu-ilmu pelajaran sekolah (sambil memalih kat Aruah Cikgu Mat Manjang) .. aku hati dah tak lagi mementingkan seni khazanah kebudayaan Nenek-Moyang Seri Saguntang.. !! (Disahut dek Cikgu Mat) : "Hai ya Allah Tuan Penghulu Patek, tajam sungguh permerhatian Payung Jembala Patek  .. Harap dek Ampun .. kita dah tak lama lagi ni bernyawa Tuanku .. Terserah amanah patek lah kat Paduka Anakanda Engku Kobat ini lah yang patut perjuangkan dusun pusaka negeri nya .. Harap Dek Ampun .." (Lantas dibalas dek Paduka Al-Marhum) : "Udah ke dia gheti (= mengerti & sedar) pasae Seri Saguntang" ??!!?? (Sahut Cikgu Mat): "Baghu mengenae bau nye aje Tuanku .. Dah pun perhamba tua asah2 nye sekador daya patek .. tapi belum cukup masak.. Harap dek Ampun .."  .. (Bidas Al-Marhum Idris): "Hisssssh Kobat, jangan lah hae muzik mencipta lagu2 aje yang kamu fasih .. Nih .. Ayah nak sambut Mat Manjang, bagi Aku juga sumbat2kan pulak INTI2 SARI Saguntang dalam hati si Pencipta Lagu kita ini .. Lepeh itu, pegilah kamu Kobat ~ jelajah Pulo Andalas dengan Warkah Amanah Sang Sapurba daripada Ayah, bawak "teacher" kamu Mat Manjang sekali .. kutip balek pengetahuan ilmu-ilmu asli dari sana, bawak balek kepangkuan Astaka Iskandariah segala yang udah kita tecicor-cicio (tercicir-cicir) .. tapi nanti, bior Ayah"test" kamu dulu.. !!"    

Mentor2 Roger-K yang tersebut itu semasa mereka masih segar-megar, telah memerhati jejak2 KERENAH KEKERUHAN POLITIK dan SIKAP NEGATIF anak2-muda Melayu terhadap menghargai lagi mencintai Identiti Melayu Ampuh di Tanah Pusaka Ibunda .. Meskipun seorang di antara berdua itu ialah Raja Pemerintah Negeri Semenanjung, dan seorang lagi Guru Besar Sekolah Melayu di Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar, ~ manamungkin terdaya mereka menggembeling segagah-gagah angkatan memulih suatu masalah kelunturan budaya yang amat menyeluruh ~"Dari Perlis sampailah ke Pulau Sebatik" .. 
Lagipun, semasa mereka tengah sihat berdiri .. Masa itu ~ kita orang di Malaysia 1970's -1980's  ~ mana ada punya main 'Mobile Phone', mana ada punya main Laptop, Desktop, iPad, mana ada punya main "Facebook", "Twitter", "FB-Page", "BLOGspot".. Internet and whatever else have you ?!!! 
{ Roger-K pun cuma pada pertengahan tahun 2010 baru ngerti punya Facebook; dan baru dalam awal bulan May 2011 baru syok nak jadi "Blogger"... terus buka Engku Kobat Salehuddin Blogspot !!! }         
Menjejaki nasihat dan dorongan Mentor2 saya ~ Allahyarham Cikgu AHMAD MANJANG bersama Paduka Ayahanda Saudara saya, AL-Marhum Paduka Seri RAJA YANG DIPERTUAN IDRIS ISKANDAR, ~ bukan lah senang kala hendak dikotakan amanah yang saya pikul selama-lama ini .. Apatah lagi pulak pada zaman terkini, ~ nyata seterang-terang nya sekarang ~ apa yang dicakap-cakap dek Aruah Cikgu "Mat Manjang" dan Tertiah Paduka Al-Marhum "Soltan Derih" kepada saya ~ nun di pertengahan zaman 1970'an itu  ~ tentang  kedatangan elemen2 "Anti-Malay Heritage" dan lunturnya kesaktian Warisan Budaya Melayu Ampuh di Tanah Pusaka Ibunda.. 

Nah .. Kini politik2 tempatan dah pun bergemoyap mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan "Hak Melayu dan Agama Islam" .. 
Salah siapa saudara ?? ... Salah siapa !!???!!! 
Kala haus dahaga di tasik nan jernih ...                                                                JANGAN dipersalahkan Ibu mengandung !!!   
Saya sama juga menerima hakikat kemodenan .. meskipun demikian, kalaupun perlu kita membedung budaya2 asing .. kerana kita hidup di alam Cyber yang amat berpengaruh...BIAR LAH BERPADA-PADA adanya.. Maka, ayuh ,, mari lah sama2 kita menghayati pesanan kami nerusi luahan merdu Dato' SITI NURHALIZA...


6 comments:

  1. Assalamualaikum Engku Kobat,

    Sebagai tuan punya blog Engku Kobat mempunyai hak untuk menyunting mana mana artikel dari mana mana petikan guest writer

    Semoga blog ini akan menjadi reference kepada mereka yang cintakan seni budaya Melayu

    Teruskan berkarya

    ReplyDelete
  2. Pemerhatian yang tajam from both of your mentors. What a coincidence >> this afternoon, i kept listening to this song. After reading this, dont know why I just feel sad.

    ReplyDelete
  3. <> Paduka Seri Sultan IDRIS Al-MutaWAKAKKIL ALLAHI Shah, Raja Pemerintah Negeri Perak, ditabalkan menjadi Raja Yang DiPertuan yg ke#33, pada 4hb January, 1963.
    <> Dilantik menjadi Penaung Agong Persatuan Seni Silat Gayong M'sia dan digelar "PADUKA SANG SAPURBA" Pergerakkan Silat Gayong pada 5hb November, 1974.
    <> Baginda mangkat dalam tahun 1984 ..

    <> Cikgu "MAT MANJANG" @ AHMAD Bin IDRUS ~ SEJARAWAN Tempatan, Daerah Kuala Kangsar .. meninggal dunia pada tanggal 3hb Syawal 1977. (Setahun selepas & sesudah saya selesai mengkaji selidek menjelajah hampir seluruh Lembah Sg.Perak selama l/k 4 tahun.. Sering di temani dengan begitu enthus sekali dek Cikgu Mat Manjang bersama "Best Friend" kami.. Allahyarham (BUDAYAWAN) Mohd.Tahiruddin Hj Zainuddin @ Penghulu Mukim Manong, Daerah K.K'sar.)

    <> Manuskrip yg saya tulis itu amat seronok disunting pembacaan asas dek Allahyarham Cikgu Mat Manjang .. justeru dinasihati aruah Cikgu Mat dinamakan manuskrip itu : "TUNGAK PERTUANAN RAJA-RAJA MELAYU" yg siap tertulis dlm bulan November, 1976.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Engku Kobat. Hamba sungguh terharu mendengar amanat yang telah di amanahkan oleh Allahyarham Cikgu Mat Manjang dan Almarhum Sultan Idris kepada Engku. Sungguh berat untuk dipikul namun kiranya dicari dan dipelihara bersama2 pasti akan berjaya. Hidup Warisan Melayu.

    ReplyDelete
  5. Ada segenggam lagi kisah2 berbentuk cerita pendek antara saya bersama Paduka Al-Marhum Sultan Idris Alang Iskandar ...
    Niat saya nak terbitkan beberapa buah sari bacaan BERSIRI, berthemakan: *"TERTIAH..." perihalnya itu ..

    Sekiranya kalian perkenan menjejaki memori KISAH2 ANIH saya bersama Paduka Idris II Dapunta Hyang Negeri Perak ~~ SILA POS REAKSI minat perihal termaksud.

    ReplyDelete
  6. Aslmkm,Engku ayah tahniah patik ucapkan atas blog khazanah kesusasteraan raja2 perbakala ini,patik takjub dan menunggu lanjutan kisah2 aneh antara Engku ayah dgn Al Marhum Yang Dipertuan tu...

    ReplyDelete