Assalamu'alaikum .. Selamat Datang Ke Alam Warkah Saya Ini ..

Selamat Bertandang ke PETI WARKAH ENGKU KOBAT :

Topik2 peri-ehwal khazanah warisan, peninggalan leluhur persukuan Melayu-Sailendra Seri Saguntang ini disertai dengan kupas-kupusan nya. Sekiranya tiada berkupas, nescaya rumitlah pembaca memahami RATIONALE Hakikat disebalik setiap resam adat2 istiadat Warisan Ibunda kita itu. Begitu hemah saya. Warkah2 yang dibentangkan nerusi blogspot ini terkhusus dipilih demi memperkenal kembali khazanah keleluhuran; dengan harapan 'HERITAGE' kita itu diPULIHi diPELIHARA; tetap diPERTAHANKAN daripada ia terus tenggelam dalam arus deras pengaruh suku kebudayaan asing. Maruah Jatidiri Bangsa Melayu sepatutnya megah dijulang mulia, mengental dengan penjiwaan semangat ilmu-ilmu dek Pusaka Leluhur Melayu Saguntang. Khazanah kita itu kebelakangan ini kelihatan kian malang, telahpun amat ketara semakin terlampau cacat nian dan mereput ~ akibah musibah bersabit kecuaian para-pewarisnya sendiri. Mudah-mudahan, penulisan saya ini mampu memujuk daya memupuk semula pemulihan dusun semangat yang termaksud.


Kesemua kandungan yang saya persembahkan ini, pada asasnya, adalah yang diPETIK-PETIK daripada manuskrip saya yang telahpun siap sejak 1976 untuk dibukukan ~ berjudul : "TUNGAK PERTUANAN RAJA-RAJA MELAYU".

keturunanku

keturunanku

JIWA dan NALURI KU

My soul is a staunch soldier of The Royal MALAY Regiment. My Heart is into discovering and revealing the erudite truth and facts of the MALAY Cultural Histories, inter alia , without prejudice . . And as such, it is with much pride that I declare ~ I am what I am ~ a Malay PATRIOT , ROYALIST and TRADITIONALIST... It's My HERITAGE .

A Patriot And Traditionalist

A Patriot And Traditionalist

I am a Composer I am

As a composer and lyricist, my heartbeat is in Musics ..... AND i'm proud to herald that I hail from the serene and scenic District of Kuala Kangsar ~ wherein there niche the orchestrated Hereditary Spirits that inspire my literary and musical repertoire.

Kuala Kangsar ~ Desa HalamanKu

Kuala Kangsar ~ Desa HalamanKu
Sungai Perak mengalir damai di desa Daerah halamanku Kuala Kangsar ... ... ... ... ... ... (foto ehsan: YM Raja Nur Jannah Hirdan)

JUGDE ME AS U WISH ... Apr 12, 2011

Judge what you wish, Say what you will ... In equanimity, I so remain as Ever True ... And I am what I am.

Roger-K And His Blogger Friends

Sunday, 12 June 2011

CIRI ALU-ALUAN SERI SAGUNTANG

Kesan Warisan Srivijaya ~ Alu-aluan kala Istiadat Melantik & Menggelar bagi Pembesar Tradisi Keistanaan Perak


"Svasti Sastata ! ~
PARMADAH PARKARA parkhanah parmakab, permakam saujana saujanam, bhavana bawanam, vakarma barkarnam, suvarna suvarnam, banki bicatumikah
TINGGI DARI DARANDAH, DARI DARAK-KATA MALARAKTA mahdaya bhupala-viram-vaidurya nilam pavalam, murdakham, kaumalam suvarna manikam, 
SyaraAllah BADAN BADANA Allah Tajilla JIBARAT SAMASTA
parwaban sanam awinna karti nagari nugara Sari Saguntang Mahameru,   
DIPATI KATU IZNA PAYANTI ...
Oho Svasti !  
Maha-svasti Maharaja Indara Chandara Bhupati Bahutan   {disebutkan nama si polan
karunia nama {disebutan gelaran sang bakal itu }
tawat jiwat pari parnata TEGUH-MENEGUHKAN stia bhakti KABAWA Paduka Syri Sultan Adilullah Waziana KAYUBAKI,

DI LANJUTKAN Allah KERAJAAN 
Paduka Syri MUZAFFAR SHAH 
Dzillu'llahi Ahfi'l-Alam ~
Bi-Rahmatikaya Arhama Al-Rahiminna"

*(Gambar di sebelah kanan): Persepsi sang Maharaja Indra Cendra @DEWA INDRA (Hindu) @ 'VIJRAPANI' (Buddhis) ~ Sang Penguasa Halilintar memegang dua bilah KERIS SAKTI yang menunggng Gajah Putih jantan.

*TERJEMAHAN BEBAS*
[oleh Raja Kobat Salehuddin]

" Seharum pujian sejahtera bagimu ! ~
Maka dipermadahkan ehwal perkara [memperolehi hartayang saujana-menjana di buana bertuah yang empunya Karma, membawa kebajikan dan kebaikan, kerana gagah dan keberanianmu [kini berprestasi dikaubagaikan ke-emas-emasan; didudukkan [kamu] ke tempat tinggi dari yang serendah-rendahnya, dari darah melara [dikau]empunya daya menjadi Wira Raja [yang amat bernilailaksana Baiduri Nilam Berkarang , penawar [pengindah] emas dan maknikam... Syahra Allah badana Allah tajilla jibrat [Yang EmpunyaAlam semesta yang diselubungi Nya dengan awan larat demi pelindungi Negeri dan Negara SERI SAGUNTANG MAHAMERU ; [maka adanyadidapati  satu keturunan nan silih-berganti  ....  "

" Ahai sejahteralah bagimu ! ~
Seagung-agung pujian [dengan Semangat] Maharaja Cendera Indera  ... Wahai Sang Pembesar Bantuan Nama si polan anaknya si polan} di Kurnia akan nama { Pangkat dan Gelaran nya} yang tahu layak menjawatinya bagi penentuan dan tegug-meneguh setia-bakti, , Kebawah Duli Paduka Seri Sultan 'aiilu'llah Wazaina Kayubaki  [@ Wazir Cap Mohor Kayu Halilintar] dilanjutkan Allah [warisan/keturunan benih] Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah Dzillu'llahi fi'l-'alam bi-Rahmatikaya arhama Al-Rahimina"  

3 comments:

  1. Ciri Alu-aluan ini telah terpraktis kemudian daripada sesudah sempurnanya penabalan dan perlantikan Raja Yang DiPertuan Perak I (Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah 1530-1549).

    Pembacaan Ciri dek Seri Nara DiRaja I(Perak) ini adalah KHUSUS demi mengalu-alu, JUGA selaku kata2 PERINGAT, bagi sekalian para bangsawan dan pembesar2 negeri Perak yang akan menerima anugerah gelaran merangkap perlantikan mereka menjadi PEMBESAR (Tradisional) NEGERI.

    ADAB Resam pembacaan ayat2 Ciri ini adalah sebahagian dari Adab Adat-istiadat "MENJUNJUNG DULI".. Ia dilafazkan di depan Pintu Utama Istana oleh Seri Nara DiRaja .. manakala para bakal yang akan bergelar itu akan diarah beratur (berlindung) di bawah sehelai pepayungan DAUN PISANG yang sedang dipegang oleh seorang Bentara Istana.

    Bahasa asas Ciri Alu-aluan ini adalah dalam Bahasa (asli) MELAYUKUNO-(PALLAVA)SANSKRIT.. yang diselit-selitkan di tempat-tempat yang berkenaan, dengan bahasa Melayu biasa bersama dengan Bahasa Arab.

    ReplyDelete
  2. beautiful and amazing Engku Ji...this is an ancient sanskrit language used by the Hindu Gods & Goddesses to "interact" with each other..

    ReplyDelete
  3. interesting engku...thats an ancient sanskrit language..i can understand abit of sanskrit because there are some Sikhism scriptures written in sanskrit...truly impressive i must say and i salute you for your vast knowledge on this matter engku ji !

    ReplyDelete