CATITAN INI DIPETIK DARI PENULISAN ENGKU KOBAT
Suku Melayu Deutro [1] merupai kelompok kedua manusia Austronesia yang telah menerokai Tenggara Asia. Kelompok pertama ialah orang suku bangsa Melayu Proto. Namun Melayu Dueutro lah yang berkemajuan menurunkan jatidiri kelompok manusia Melayu Kuno di seluruh Gugusan Tanah Melayu. Para ketua mereka kemudian ada yang menjadi penghulu-penghulu di kawasan sekitar Selat Melaka. Pada kemudian zaman, kedatangan suku bangsawan dari India telah membenihi golongan masyarakat dan pembesar-pembesar Melayu Deutro.
Proses evolusi asimilasi sosio-geneologikal antara Melayu Deutro dengan kesesukuan India itu kian terhasil lah ciri-ciri kesukuan "Melayu Kuno " ~ dan juga penyerapan ciri-ciri adat2-istiadat kesukuan India Tengah dan India Selatan yg termaksud ... Justeru, identiti adat-istiadat dan budaya Melayu Kuno yang telah menjadi ampuh, semakin nian menular semenjak ZAMAN "SANGAM" ~ iaitu, dalam lingkungan tetahun 100m-250m. [2] Para pakar Asia bersependapat bhw paradigma kesusasteraan “INDIA-RAYA" , yakni, (Inggeris: 'Greater India') telah sekian lama disedari, bhw ia memerlukan seseorang baka tampok ‘SAKTI ’; ~ lantas di uji terlebih dahulu sebelum diletakkan dia selaku WAKIL TERULUNG merangkap penampok kerajaan. Sesungguhnya konsep ‘Raja ’ itu sendiri adalah dalam jejalur kesinambungan Hinduisme yg menjadi teras institusi kepertuanan Melayu; ~ berakar umbi dari tradisi feudal medieval India.
"Paduka" yang diwatakkan itu akan menunai upacara perinteraksian dengan“Roh” yg diperaturi oleh orang-orang 'alim. Kait-mengait keperluan zahir-batin itu akan dilaksanakan secara sang diraja itu mendaki ke sesuatu mercu bukit atau gunung “ keramat ”: ~ ‘Mahameru’ yang termaksud, telah diperkenal pasti oleh badan kebudayaan @institusi keagamaan ala-India [3] bagi memperolehi kekuatan “Syakti” .. demi sang paduka mewakili rakyat. Di bawah pepayungan diraja itulah rakyatnya bernaung.Seri Singgahsana ialah simbolis 'Mahligai' di mercu lima paras 'Seri Saguntang', di mana terletaknya 'Peterakna', tempat Sang Raja bermajlis selaku ‘Pertuanan Di Hulu’ @ ‘Ayah’ Kepadukaan Negeri.
Jika kita menghayati tatacara adat-istiadat seni Melayu-Sailendra penabalan Raja Yang Dipertuan Negeri Perak,sepertimana yg sediakala [4] ketara ianya indah mentejai tatatertib yg aksis.
Memang berbagai keperluan yang mesti ditunaikan SEBELUM seseorang Jembala Pemerintah itu diakui layak, dan sah, bersemayam di atas takhta kerajaan negeri. Budaya leluhur Melayu-Sailendra itulah yang menurunkan SERANGKAI KEPERLUAN resam tiga peringkat istiadat demi kesempurnaannya. Setiap peringkat di dalam istiadat peradaban nan silam itu membawa erti dan hikmahnya tersendiri dan tertentu.
Dalam peraturannya, orang yang mengambil bahagian yang terpenting bagi istiadat itu, ialah seorang yang mempunyai martabat keturunan yang asal dari ‘Seri Bukit Saguntang Mahameru’' ... Menurut adat, setidak-tidaknya semenjak zaman Empayar Srivijaya ~ yang pada ketika termaksud, sedang berpusat di Palembang [5] ~
Orang itu adalah yang bertaraf ‘ABANG ’ kepada Raja Yang Di Pertuan Negeri ...
Dialah (Tok) SERI NARA DIRAJA !!!
FOOTNOTES :> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ <: NOTAKAKI
[1] (Dr.Prof.Noriah Mohamed) Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama
[2] Budaya Makan Sireh (N.Sastri) History of South India 'The Age Of Sangam And After'
<> Sebagai suatu renungan yg seharusnya menarik, ialah gara-gara adat resam & kecenderungan memakan sirih. Fe’el suka mengunyah daun sirih bercalit kapur berserpihan pinang & gambir teriwayat menjadi amalan orang Selatan India ketika Zaman Sangam itu. Masyarakat Melayu tlh meningkatkan resam bersireh itu menjadi sesuatu adat istiadat yg teramat mulia. [3] Ibid. (N.Sastri & Dr.Prof Noriah Mohamed) Pengaruh India ini menyebabkan wujud istilah seperti kerajaan Hindu, zaman Hindu, proses penghinduan, penerokaan Hindu & sebagainya. Semua istilah ini digunakan utk merujuk kpd penyerapan kebudayaan India oleh kerajaan2 awal di Nusantara, termasuk penyerapan beraneka unsur Sanskrit ke dlm bahasa Melayu pd waktu itu.
[4] Adat istiadat ini telah di ubahsuai sedikit di beberpa tempat oleh Sultan Idris (I) pada zaman Inggeris, dlm kurun ke-19.
[5] Srivijaya semasa awal kurun ke-13 masihi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aduuuuhooooii !!! Aku MASIH tak puas dengan hasil pencobaan #2 ini !! >> Misteri sungguh "format" meletakkan text, penyuntingan nya dan issssh .. naik bingung satu hari suntuk tekun-tekun membetul-betulkan susunan .. MASIH "terpele'ot"(!) hampir nak teriak aku di buat dek BLOGSPOT !! .. OK .. TRY LAGI .. Tak mahu "serender" .. Geraaaaaam nyeeee !!
ReplyDeleteuncle...cantik blog uncle...banyak kemajuan nampak....
ReplyDeleteTQ .. Chek Li,saya MASIH tak puas .. Tenguk orang punya persembahan cantik2 .. aku jealous .. Kerana bagi pendapat saya .. ehwal faktor blogging (1) Bahan Yg Menarik .. Bernas .. (2) PERSEMBAHAN yg Kreatif .. Cantik .. SUPAYA Sedap dan Seronok di baca .. (3) BLOG yg ampunya SENI @ Nice Artwork .. ada "artistry" ..
ReplyDeleteWahh...tahniah Engku, dah ada blogspot..! Untuk penulisan yg bercorak ilmiah, blogspot lagi bagus dari facebook. Kebiasaanya, traffic blogspot lebih cenderung kepada orang yg mencari ilmu dan mudah di 'access'.
ReplyDeleteFormat format tu memang memeningkan kepala....kebiasaan saya....taip dan prepare di"words" lepas tu 'opy and paste' ...jadi nampak menyeluruh apa yg ditulis semasa menulis di words. Gambar hanya di'download' setelah di'copy and paste' tulisanya diblogspot.
Selamat menulis..!
I say Man !! Sdr Merbawi oi ! BANYAK2 TERIMA KASIH atas 'TIP' sdr tu !!! ~ Ye ke? Macam itu dia punya "tricks" ye!? Aduhai .. Sy MESTI apply yg sdr tunjuk-ajar tu nih .. Memang semalam dah nak mengamuk pun, teriak2 tak berlagu dan lama sampai .. Semalam cari-punya-cari ~ JUMPA 'Rahsia' lain pulak !! Sila lihat perubahan yg tertera di atas tu..bagi member2 yg tlh baca nya kelmarin mungkin perasan ada perubahan(!)
ReplyDeleteSdr Merbawi ~ saya akan proceed with YOUR tips for my incoming (next) "Blogspot Attack" !!!!
TQ TQ TQ
Syabas dan Tahniah.. YM Engku.. Lebih menarik jika dilanjutkan point2 penting kepada pecahan tajuk-tajuk baru. Jadikan seperti bersiri dan sentiasa menjadi bahan penantian pembaca..
ReplyDeleteJadikan juga berskala kecil dgn huraian tajuk-tajuk kecil membawa kepada penyambungan tajuk besar yg lebih dramatik..
Percayalah penulisan blog ini akan memjadi permata yang sangat kemilau indahnya.. Insyaallah
wallahuwaqlam..
TQ Sdr Rizuan ~ Sesungguhnya, sebelum lagi sdr bersaran seperti diatas itu, saya sememang dah lama pun berancana sedemikian.. Namun saya tak hendak tergesa-gesa(too excited), selagi saya sedang gagal memperolehi 'Lay-out' untuk sebuah KONSEP yg saya lama tlh visikan. Lantas, saya tercari-cari format demi menyusuni topik "link" kesinambungan yg bersiri-siri, yg sememangnya terbayang-bayang didalam kepala saya ~ l/k sealor idea yg disarani dek sdr Rizuan itu... Dalam saya berkelana ITU LAH YG MENYEBABKAN SAYA AMAT "FRUSTRATED" bagaikan nak meraung, dan sudahpun saya mengalami peringkat 'TERIAK TAK BERLAGU' kebelakangan ini.. It's a PERSONAL CHALLENGE that Yours truly has to edure ~ To present numerous Informative and Creative Sideshows ~ for a personal satisfaction in reaching the ultimate heights of my Blogspotting endeavour.
ReplyDeleteAllamdulillah .. rasa nya saya sudah pun TERserempak dgn suatu format fasilitas2, ketika saya terjerembab ke dlm "Alam Misteri" di lubuk peruntukkan DESIGN Lay-out Blogspot. Itulah Hikmah nya hasil meraung "syok sendiri" !!!
I DO HOPE I CAN RE-DISCOVER IT AGAIN !!!
And many tanx to U just the same ~ I sincerely appreciate your experienced views.
Engku Kobat....
ReplyDeleteAlhamdulilah... Sangat menarik intipati yang tersemat didalam blog nie... Insyallah lama-lama akan bertambah indah akan pages blog nie...
Meskipun TOPIK yg termaktub diatas ini telah lama dibentangkan nerusi laman Facebook saya, .. Namun .. EHWAL & KUPASAN "RATIONALE" ~
ReplyDeleteBAGAIMANA sesaorang Raja Yang DiPertuan merangkap Raja Pemerintah Negeri Perak itu diTABALkan ???
Ada beberapa LAPISAN dan PERINGKAT & FASA2 tertentu yang kena terlaksana bebelum si dia itu diakui SAH di SISI ADAT & RESAM mematuhi keperluan 'Heritage' Seri Saguntang..
Kupasan perkara2 termaksud akan saya bentangkan tidak lama lagi .. InsyaAllah.