sELIPAT SIREH BERKAPUR
Secebis Pinang Cengkih Bersulam Gambir
Raja Kobat Salehuddin Ibni Al-Marhum Raja Muda Musa
Sida yang menyandang martabat ‘Paman’, ‘Mamak’, ‘Wak’, yakni, bapak saudara di sisi negeri itu tidak lain, ialah sang BENDAHARA. Dialah pucuk Penasihat dan Pengelola Diraja dalam pentadbiran dan urusan negeri yang beradat; juga Panglima yang terulung (Inggeris): Field Marshal.
- Perkataan ‘Bendahara’ = (sanskrit) ‘benda’ = barang, harta, khazanah, pusaka karun.
- ‘Hara’ adalah diciplak dari perkataan sanskrit ‘vihara ’ = gedung @ rumah kepusakaan, atau mahligai keagamaan @ tempat pemujaan @ kuil di mana tersimpannya khazanah atau harta-benda karun.
- Daripada perkataan asal itu kesudahannya timbul maksud Melayu kuno “benda-vihara” langsung disebut perbendaharaan = (Inggeris): treasury; iaitu institusi harta dan kewangan.
Pernah pada seketika masa istilah (Melayu) Pasai diperkenalkan ke Melaka menggunakan bahasa Tamil menyebutnya Mani Purindan = penguasa penyimpanan emas & permata kepunyaan negeri @ kerajaan = (Melayu) Bendahari ! (Pembantu Bendahara dalam hal-ehwal perbendaharaan ialahPenghulu Bendahari, yakni tiada lagi digunakan istilah kekelingan itu.)
Mengikut adat Melayu beraja, MEMANDA Bendahara itu semestinya ada pertalian darah, yakni, dari golongan kaum ‘waris' yang bersuku-sakat dengan Kerabat diraja negeri, menjalur terus dalam susur-galur daripada ‘Raja Sang Sa-Purba’ di Bukit Saguntang.
Maka Sang Bendahara itu atas hakikat pertalian batin dengan Raja Pemerintah, telah menjadi SIFAT TERAS, khas bagi penyandang ‘TUAN NEGERI ’ , dan selaku Ahli Terulung dalam Majlis Jembala Pemerintahan.
SANG MANGKUBUMI bersama PENGHULU BENDAHARI
Sekadar tempoh maksima selama 40 hari, Memanda Bendahara boleh dan berhak menyandang 'Kepadukaan', yakni zahir teras kebesaran negeri, tatkala mangkatnya seseorang Raja Pemerintah Negeri Perak. Dengan itu, sang Bendahara secara otomatis akan memikul tanggungjawab sebagaiMANGKUBUMI Negeri Perak.
Maka adalah menjadi hak mutlak Bendahara mengambil semula harta-harta pusaka berupa Perkakas Kerajaan itu untuk disimpannya; lalu mematuhi resam, dipertugaskannya kepada majlis Penghulu Bendahari, demi keselamatan harta-benda negeri itu.
Penghulu Bendahari di Perak pada zaman sebelum abad ke 18M ialah Seri Nara Diraja.
- SEANDAINYA PEMANGKUAN ITU BERPANJANGAN MELEBIHI 40 HARI :
Apakala sang Mangkubumi itu dipersetujui meneruskan tugasnya sebagai Jembala Pemerintahan negeri, martabat dan darjatnya berganti kepada “SERI PADUKA", yakni bukan “Paduka Seri ”.
Dalam hakikat ini, maka digantikan gelaran itu, daripada erti ‘paduka’ kepada ‘maharaja’,
~ langsunglah prestasi seseorang Bendahara Negeri Perak bergelar BENDAHARA SERI MAHARAJA .
Dalam pada itu, ‘Sang Nara’ dari sisi hakikatnya ialah seandai naib kepada “Seri Paduka" =@= “Seri Maharaja” itu tadi; yakni, ~ bukan kepada sang ‘ Paduka Seri’ =@= “ Raja Yang Dipertuan”. 'Kepadukaan' itu akan terpulang kembali bertampuk kepada Raja Yang DiPertuan, apakala ditabalkan nanti. Calon yang terpilih itulah yang di isyaratkan oleh Memanda Bendahara tatkala dia merasmikan upacara perlantikan seseorang BAKAL Jembala Negeri yang terbaharu; sebelum jenazah Almarhum diusung keluar ke permakaman dari Singgahsana.
( WARIS NEGERI yang baru sahaja di istihar, selaku Yang Di Pertuan itu, akan diperistiadatkan selepas tamatnya tempuh BERKABUNG )
Bagi sepanjang dan selama tempuh BERKABUNG ~
JEMBALA PEMERINTAHAN MASIH LAGI DISANDANG OLEH BENDAHARA
Perlu diperingat perihal
KESULTANN MUDA :
- Pada ketika“Sultan ” yang baru teristihar oleh Bendahara sebelum dilepaskan jenazah Almarhum; Baginda gantian itu masih belum sah sebagai Raja Yang DiPertuan ~
- Berteruslah,~ selagi dia tidak dibisikkan ‘RAHSIA NASAB SULTANI ’ oleh Sang Nara Diraja.
- Semasa tempoh berkabung sehinggalah sehari sebelum pagi pertabalan, Baginda dalam hakikatnya ialah yang berwatak SULTAN MUDA.
- Baginda bukan lagi ‘Raja Muda’ dan bukan pula ‘SULTAN’ yang sah, dia adalah sekadarKESULTANAN MUDA Penampuk Teras Kenaraan.
- Pada hari pertabalan, Baginda akan menyerahkan watak kesultanan muda nya kepada seorang Waris Negeri yang sudah bergelar. (Sang Waris Bergelar itu tidak semestinya Raja Muda mahupun Raja Di Hilir).
- Acara pembisikkan Rahsia Negeri itu akan diistiadatkan dalam penabalan diraja SELEPAS 100 hari dikira dari hari kebumian jenazah almarhum.
Rujuk juga perihal : "SULTAN MUDA ~ Suatu Jawatan Perantaraan Yg Masih Kurang Difahami Ramai "
{ Keluaran dlm facebook Raja Kobat : 15hb November, 2010 }
TERAS-TERAS SANDARAN PERTUANAN NEGERI
Jika direnung dari aspek sejarah budaya bangsa Melayu bekerajaan, sesuatu punca yang telah menyebabkan seseorang yang berperanan ‘Bendahara ’ itu seharusnya berwatak “bapa saudara”,adalah bersabit dengan latarbelakang pemerintahan Melayu yang telah berkerajaan di Melaka.
Namun awal riwayatnya dari Palembang ke Temasek berkisah tentang kehadiran 3 orang diraja adik beradik. ( Perkara ini tidak diterterakan disini ) kerana pengupasan perihal ini adalah di luar kontext. Untuk seketika sementara, memadailah menerima implikasi bahawa ~
- Yang dikatakan “Bendahara ” itu ialah berhakikat “saudara tertua” atau pun “ayah yang terutama ”.
- Darjatnya tinggi dari kedudukan (darjat) “Yang Dipertuan” ;
- Yakni, TIDAK dan bukan setinggi & setaraf ‘ RAJA'YANG DI PERTUAN (!!!).
- Pangkat ‘Bendahara ’ itu adalah yang berkapit dengan naibnya “Seri Nara”, iaitu Penghulu Bendahari.
- Bendahara seorang sahaja YANG BERHAK MUTLAK MEMBERI AYAPAN SIREH TERHADAP PARA PERAGAM NOBAT dan SEKALIAN PARA KHADAM PENGAPIT ALAT-ALAT NOBAT..Telah menjadi adat-resam zaman berzaman Warisan Seri Saguntang ~ bahawa, tanpa dan tiada nya Sang Bendahara, maka "TIADA LAH BERSIREH NOBAT" !!!
- SILA RUJUK JUGA KEPADA PAGE : "BUDAYA MAKAN SIREH"
Peranan yang berdua inilah yang menjadi teras sandaran zahir batin baginda Raja Yang Dipertuan.
[ Berupa tiga bersaudara ]:
<> Sang Bendahara ( pengelola “Sulung ” ),
<> Sang Seri Nara (si “Ngah” ampunya semangat)
<> Sang Raja Dipertuan (“Alang ” ampunya cahaya sakti) menjadi lambang selaku pengerusi yang duduk di atas peterakna.
[ Diri Terperi Sang Alang Yang DiPertuan ialah asas regalia @ “Living Regalia” ].
Ini bermakna bhw Raja Yang Di Pertuan @ Raja Pemerintah tidak tunggal bersendirian!
{Baginda sepasukan berkapit seiring sejiwa dengan Bendahara nya serta Seri Nara DiRaja nya}
SANG BENDAHARA dan SANG NARA berhak berNobat dan dinobat
|
Tanpa Kehadiran Bendahara ~ Tiadalah Bersireh Nobat
Sang Bendahara dan Sang Nara memang boleh dinobatkan
sekiranya mereka itu benar2 masih mempunyai benih zuriat kenaraan ‘Bukit Saguguntang' |
Malah dalam hakikatnya, setiap suku sakat benih ‘Orang Kalur’juga boleh dinobatkan selain daripada mereka yang berhak mutlak memainkannya. Ia adalah bersabit dengan adat-istiadat dan warisan diraja negeri Perak itu berketurunan dari kerajaan kesultanan Melaka dan Kerajaan asal di Palembang. |
Dalam hikmah penggelaran, terletak hakikat ini :-
1. *Nara Diraja ialah gelaran suatu pangkat atau kedudukan darjat yang terpakai dari bahasa sanskrit.
Perkataan ‘Diraja’ = ketinggian martabat (sang Indra). “Di ” itu juga diciplak dari perkataan sanskrit ‘hi’ = tinggi (seandai menggunung);
2. *‘ Raja’ di dalam ertikata “diraja” itu bukannya pemerintah tetapi berimplikasi kenaraan.
( Misalnya: Tamil-Sanskrit Raja Hi raja ) [1].
3. *‘ Hi ’ itu telah menjadi atau bertukar kepada ‘Di ’ atas loghat lidah Melayu.
Dalam pada itu, ia boleh juga membawa ke makna ‘Nara di (alam) kenaraan’ = Dewa Indra (Hindu) @ Vajrapani (Buddha) di alam Nirwana @ Syurga = Sang Nara (Dewa Narayana) di pusat sumber air kehidupan yang paling suci.
Dengan kedudukan termaksud, maka terpancarlah suatu sinaran cahaya yang gemilang dari tubuhnya @ 'SERI ’.
Insan yang berkedudukan seperti ini telah diterima sebagai (Inggeris) ‘Royal’ = (Melayu) ‘Diraja’, yang ketinggian martabat yang memuncak [2]
'Sang Abang' yang menyandang gelaran ‘Seri Nara Diraja’ Perak telah terpilih dari antara baka benih warisan seorang Juru Tabal yang berasal di Palembang bernama “BAT”. Dan konon dikatakan Bat itu ialah dari suku-kaum “Raja Sang Kala” [3].
SIAPA KAH GERANGANAN NYA "RAJA SANG KALA" ??? (Suatu persoalan teka-teki cepu emas !!!)
*Identiti BAT akan terbongkar kemudian .... InsyaAllah !!!
- Bagi sementara waktu, memadailah kita menganggapi bahawa dialah yang menjadi SANDARAN TERAS [4] bagi sekalian Raja-Raja Melayu yang berasal dari keturunan BUKIT SAGUNTANG MAHA MERU, demi memikul segala tanggungjawab batin kebesaran kerajaan diraja yang bertampuk kembali ke pusat kerajaan asal di Palembang menerusi Sang Penabal.
- Sang Nara Diraja itulah yang berhak mutlak menabalkan seseorang Raja Yang Di Pertuan Negeri Perak.
- Apakala seorang Raja Yang Di Pertuan Perak itu kembali ke Rahmatullah, semua perihal kedaulatan negeri akan terserah kembali kepada Sang Nara selagi tiada pengganti Raja Yang Di Pertuan yang telah dinobatkan (ditabal) oleh orang-orang kalur menduduki takhta pemerintahan negeri.
- Pemindahan atau penerimaan ‘daulat ’ almarhum kepada Sang Nara adalah secara otomatis ; tidak dapat ditolak mahupun dipinta oleh Sang Nara [5].
- Akan disampukan kembali oleh Sang Nara [6] kepada Yang Dipertuan yang baru, sebelum bakal ‘Raja ’ itu dibisikkan "Rahsia Nasab Sultani " Proses yang berikut daripada itu akan diulangi seperti sediakala.
NOTA KAKI :> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ <: NOTA KAKI
[1] Temubual dgn Allahyarham Cikgu Ahmad Manjang
[2] Ibid
[3] Temubual dgn Allahyarham Tok Nara Tua Nong Chik
[4] Ibid
[5] Temubual dgn Allahyarham Cikgu Ahmad Manjang & Tok Nara Tua Nong Chik
[6] Penerangan Allahyarham Tok Nara Tua
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam YM Engku Kobat. Blog yang bagus untuk memperkenalkan warisan Melayu kepada generasi muda. Saya kan terus belajar dari YM Engku Kobat yang banyak pengetahuan dan banyak pengalaman.
ReplyDeleteTerima kasih Saudari Anakbukitgantang.. Saya amat mentah dlm alam Blogging ~ Baru TIGA hari aje kecimpung keBlog .. Masih tak tahumenahu tentang ilmu mengindahkan persembahan dan menguna format2 helah penulisan Blogspot !! Cemburu saya tenguk orang punya blogging cantik2 !! Saya sedang menimba ilmu nak improve saya punya BLOGging ,,setakak sekarang ini, dlm bidang Blogging saya memang amat "GOBLOG" !!!
ReplyDeleteTahniah !!!
ReplyDeleteSaya amat terharu melihat YM Engku Kobat begitu gigih menimba ilmu Blogging sambil mengenengahkan ilmu Ke Rajaan bagi tatapan anak anak watan yg bagitu daif pengetahuan nya tentang adat adat zaman Raja2 dan Sultan2 yg kian pupus di telan zaman. Tanpa YM Engku's knowledge kemungkinan warisan yg sungguh bernilai ini akan berkubur bagitu saja!!! Your effort has paid off so far and your work will eventually gets its proper recognition, InsyaAllah!!!
ReplyDeleteAgree with En Mohd Affendi ~mypieceofwords~
ReplyDeleteOh my words !!! I still cannot hafal ur blogname ~ I tend to sebut it as "Microscopic" and otherwise as "Microsoftwords" !!! I even tend to utter as "A-Piece-of-Worm" ! he he he ~ it's kind of ..Oh well ~ I'll get use to it I suppose.
ReplyDeleteuh Engku Kobat-saya cuba link blog Engku dengan saya tapi tadi saya lihat link terputus- saya akan terus cuba lagi
ReplyDeleteSesungguhnya, topik yang termaktub di atas ini adalah berupa SAMBUNGAN daripada pendedahan ehwal Ciri-ciri SIFAT MARTABAT "PADUKA" dan SIFAT MARTABAT "PENGHULU" bagi pegangan dan penghayatan sesaorang RAJA PEMERINTAH Negeri Melayu .. yang juga dikenali selaku "SULTAN"... Begitu juga lah bagi peranan dan ketanggung-jawaban sesaorang Sang Bendahara dan Sang Seri Nara DiRaja ... Atas sebab ~ 'Sultan', 'Bendahara' dan 'Seri Nara' adalah berupa SATU 'TEAM' yang tidak harus, tidak wajar terpisah di antara mereka bertiga saudara selaku PEMEGANG & PENYIMPAN MARTABAT & SEMANGAT WARISAN bangsa Melayu ...
ReplyDeletewow !! tak sangka Bendahara got so much power and authority !!
ReplyDeleteOi Yuvraj Singh ~ Hah ji ... now U know !!!
ReplyDelete