Berpandu kepada Falsafah Leluhur Warisan Wangsa Seri Saguntang.


                                                         Petikan dari naskhah                                       
                "Tungak Kepertuanan Raja-Raja Melayu"
                                                    Penulisan     
    Raja Kobat Salehuddin Ibni Al-Marhum Raja Muda Musa  
                                    Bertarikh 30hb November, 1976                                                     

"Kepadukaan” seri negeri itu adalah berupa zahir Pepucuk Pemerintahan Diraja. Sebutan “Paduka ” itu mengandungi ertikata ‘Ayah Kebesaran Negeri’ ~ dan tersirat di sebalik pengertian itu ialah maksud yang kalam, ~ AYAH PERKAUMAN. Dalam intrepetasi orang-orang Melayu yang mengerti adat dan berbahasa, sesaorang Paduka itu secara zahirnya adalah Tuan Penghulu ; sebab hadirnya peranan dua watak; yakni,~ Penghulu Institusi dan Ayah Persukuan bangsa-bangsa Melayu yang bernaung di dalam negeri kedaulatan baginda. Erti yang tersirat itu menyimpul sebutan "‘Penghulu’" menunjukkan pertalian jiwa yang amat rapat di antara Rakyat dan Rajanya.

Orang-orang tertua Melayu yang diketahui dari warisan tebing Sungai Perak yang bernenek moyang di sana, setidak-tidaknya semenjak zaman “Marhum Kahar” (Sultan Iskandar Zulkarnain pada abad ke-18 M) masih memegang perinsip apakala sesaorang Sultan itu sanggup merendahkan diri, bercampur-gaul amat mesra dengan para penduduk kampung, baginda secara lantas akan diakui oleh kaum Melayu di sana sebagai TUAN PENGHULU  mereka !!!

Ini bukanlah bererti mereka merendah-rendahkan martabat Sultan mereka itu. Sebaliknya, mematuhi istilah sebagai ketua yang terpilih selaku 'Pertuanan Di Hulu’ @`Pemangkuan di hulu’ (mercu Bukit Saguntang) itulah si dia yang diterima oleh mereka sebagai 'PADUKA’. Berikut ini adalah sepertimana “kronologi” pertuanan negeri yang dimaksudkan oleh rakyat Melayu zaman silam di lembah Sungai Perak:

<> Kepada Sang Raja yang akrab dengan segenap lapisan rakyat Melayu seluruh desa itulah YANG DIPERTUANKAN ; yakni, yang dijadikan simbolsis "HULU KEPALA"  masyarakat sekelompok.   
<> Raja Yang DiPERTUAN  itulah yang berkesanjungan martabat, DI BATU JEMBALA  mereka; yakni, baginda selaku Tuan Penghulu itulah yang diletak berkedudukan laksana di atas sebuah batu perjembalaan istiadat, yaitu, ~ Peterakna’. 

Peterakna ialah tempat Raja Yang Di Pertuan bersemayam
apabila baginda sedang bermajlis istiadat di Balairong Seri.
Peterakna  adalah daripada sebutan asal dlm bahasa Melayu kuno  Patu =  "batu" ; dan  Rakna,  iaitu, “ permata” dari pengertian Sanskrit . 
Implikasinya = “Kedudukan Gemilang ”di mercu Bukit Saguntang  
<> Peterakna itu berada di puncak kegunungan negeri (‘takhta’); dan Tuan Penghulu itu kian dipinta bersinggah di sana(‘singgahsana’) demi bermajlis memayungi mereka. Maka panggilan timang-timangan bagi Sang Rajanya itu ialah “Payung” 
<> Pepayungan yg berkembang itu (‘Raja Pemerintah’) 
sudah pun dipegangi tangkainya (seandai batang payung) 
oleh mereka BERTETAMPAN (beradat). 
<> Tetampan itu bertekat dengan cogan kata: 
BAKA BERTUAH PENGHULU KAMI, 
DULI MERENDAH DISANJUNG TINGGI ”. 
<> Yakni, Raja yang berjiwa kemuliaan sahaja yang sanggup merendahkan dirinya, dan dialah yang akan diakui (diterima) oleh sekalian rakyat Melayu sedesa sebagai Wakil yang Terulung baginya. 
<> Di bawah pepayungan itulah mereka bernaung 
(Rajanya itulah Penaung mereka), tempat mereka mengadu nasib; ~ dia lah PENAUNG Rakyat Melayu di dalam negeri;  
<> Dan Sang Penaung itulah “PADUKA 
(yang berhakikat Sang Ayah Perkauman)
<> Kepadukaan (keayahandaan) itulah yang mengandungi SERI ; (cahaya kesaktian / kekeramatan / kedaulatan) ~ bermaksud (gelaran martabat) “PADUKA SERI" , yang berhakikat “Keayahandaan Penyinar Seri ”; 
<> Keseriannya itulah yang memancarkan kedaulatan teras keserian pemimpin mereka; ~ 
<> Dan Paduka itulah yang BERTANJAK, tidak dia bertengkolok;  ~ kerana Tanjaknya itu memikul Sang SEMANGAT; yakni, tapak sandaran semangat suku bangsanya; 
<> Dan Semangat itulah yang terisyarat sebuah MOHOR yang terselit di Tanjak Sang Paduka;




Cap Mohor Halilintar selaku PASAK
yang diselit di hulu bertanjak
di atasan telinga kanan Baginda


Cap Mohor Halilintar @ "Kayu Gempa" @ "Kayu Gamat"  
yang tercatit nama 
"Paduka Seri Sultan Mohammad Shah, Raja Yg DiPertuan Melaka".  

  • <> Mohor itulah yg menjadi  PASAKPANGSI TERAS kekuatan dan keteguhan tatasusila dan akhlak jatidiri kebangsaan Melayu;  ~ yang tersandar kepada kezahiran Penaung DiRaja yang sedang memikul (memangku) lambang sakti bangsanya. 
    <> Kesaktian (tatasusila) itulah yang mempunyai (mengandungi) MARUAH;  
    <> Dan di dalam maruah itulah tersimpannya SEMANGAT (keMelayuan).

Itulah yang dipinta untuk dipertaruhkan kepada Tuan Penghulu Diraja yang diamanatkan mematuhi sumpah dan janji setia turun-temurun.  
Dan dialah sang Paduka Seri, 
Raja Yang Di Pertuan (Ayah Perkauman) 
@ Dapunta Hyang ,
~ WAKIL & PEMEGANG AMANAH
menjunjungi Sang Semangat,
yang bersemayam di Batu Jembala Negeri, 
kepunyaan mereka kaum Melayu adanya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ <> <> <> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
NOTA-KAKI :> * Penulis Raja Kobat Salehuddin bersama Allahyarham Cikgu Ahmad Manjang tlh menyelidiki hal ini menemuduga mengutip bahan drp beberapa budayawan di sekitar hilir Sg. Perak dari Padang Changkat sehingga ke Bandar Lama di Hilir Perak.** Sekitar awal thn 1976.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ <> <> <> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 ·  · Share · Delete