Assalamu'alaikum .. Selamat Datang Ke Alam Warkah Saya Ini ..

Selamat Bertandang ke PETI WARKAH ENGKU KOBAT :

Topik2 peri-ehwal khazanah warisan, peninggalan leluhur persukuan Melayu-Sailendra Seri Saguntang ini disertai dengan kupas-kupusan nya. Sekiranya tiada berkupas, nescaya rumitlah pembaca memahami RATIONALE Hakikat disebalik setiap resam adat2 istiadat Warisan Ibunda kita itu. Begitu hemah saya. Warkah2 yang dibentangkan nerusi blogspot ini terkhusus dipilih demi memperkenal kembali khazanah keleluhuran; dengan harapan 'HERITAGE' kita itu diPULIHi diPELIHARA; tetap diPERTAHANKAN daripada ia terus tenggelam dalam arus deras pengaruh suku kebudayaan asing. Maruah Jatidiri Bangsa Melayu sepatutnya megah dijulang mulia, mengental dengan penjiwaan semangat ilmu-ilmu dek Pusaka Leluhur Melayu Saguntang. Khazanah kita itu kebelakangan ini kelihatan kian malang, telahpun amat ketara semakin terlampau cacat nian dan mereput ~ akibah musibah bersabit kecuaian para-pewarisnya sendiri. Mudah-mudahan, penulisan saya ini mampu memujuk daya memupuk semula pemulihan dusun semangat yang termaksud.


Kesemua kandungan yang saya persembahkan ini, pada asasnya, adalah yang diPETIK-PETIK daripada manuskrip saya yang telahpun siap sejak 1976 untuk dibukukan ~ berjudul : "TUNGAK PERTUANAN RAJA-RAJA MELAYU".

keturunanku

keturunanku

JIWA dan NALURI KU

My soul is a staunch soldier of The Royal MALAY Regiment. My Heart is into discovering and revealing the erudite truth and facts of the MALAY Cultural Histories, inter alia , without prejudice . . And as such, it is with much pride that I declare ~ I am what I am ~ a Malay PATRIOT , ROYALIST and TRADITIONALIST... It's My HERITAGE .

A Patriot And Traditionalist

A Patriot And Traditionalist

I am a Composer I am

As a composer and lyricist, my heartbeat is in Musics ..... AND i'm proud to herald that I hail from the serene and scenic District of Kuala Kangsar ~ wherein there niche the orchestrated Hereditary Spirits that inspire my literary and musical repertoire.

Kuala Kangsar ~ Desa HalamanKu

Kuala Kangsar ~ Desa HalamanKu
Sungai Perak mengalir damai di desa Daerah halamanku Kuala Kangsar ... ... ... ... ... ... (foto ehsan: YM Raja Nur Jannah Hirdan)

JUGDE ME AS U WISH ... Apr 12, 2011

Judge what you wish, Say what you will ... In equanimity, I so remain as Ever True ... And I am what I am.

Roger-K And His Blogger Friends

Sunday, 24 April 2011

"SULTAN MUDA" ~ Suatu gelaran yang tiada ramai yang memahami nya ...

2
Penjelasan
oleh 
  • Raja Kobat Salehuddin  
    Ibni Al-Marhum Raja Muda Musa 
    Ibni Al-Marhum Sultan Abd.Aziz 
    Ibni Al-Marhum Raja Muda Musa 
    Ibni Al-Marhum Sultan Ja’afar 
    Ibni Al-Mrhm Raja Kecil Tengah 
     (Sultan Muda Raja Ahmad) 


     Kita mula mendengar sebutan ‘Sultan Muda’ daripada sebuah gelaran di zaman Sultan Mahmud di takhta kerajaan Melaka (1488-1511). Paduka anakanda baginda RAJA AHMAD telah ditimangkan menjadi bakal Raja Yang Dipertuan. Apakala Sultan Mahmud tertekan jiwa menyesal akibat peristiwa penitahan nya membunuh para keluarga dekat Tun Fatimah seperti yang termaklum, baginda telah melepaskan tanggungjawab memerintah Melaka lalu menyerahkan segala kejembalaan pentadbiran dan urusan negeri kepada (Raja Muda) Ahmad. Sesudah itu beliau ini di kenali sebagai ‘SULTAN MUDA’  AHMAD. Perkenalan itu telah berterusan sehinggalah Sultan Mahmud pada kemudian peristiwa di Pulau Bentan, telah dengan muslihat, pula meracuni paduka anakandanya Sultan Muda Ahmad.  Trajedi ini telah berlaku sesudah sahaja "Raja Kecil Besar"Ali, adinda terbongsu kepada almarhum Sultan Muda Ahmad itu genapberumur 40 hari ! Sultan Mahmud Shah langsung memberi gelar bagi putera bongsu nya 'SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH '.  Sejak itu, Raja Ali pula dipanggil secara ‘Sultan Muda’ ,mengganti taraf dan kedudukan almarhum Raja Ahmad. Sejak mangkat nya Raja Ahmad, adindanya Raja Muzaffar, telah dikekalkan menyandang kedudukan ‘Raja Muda’ ~ (*Baginda ini pada kemudian zaman, sesudah mangkatnya Sultan Mahmud di Kaultan Perak I pada 1529* ).

    Merujuk pula ke riwayat kesultanan Perak, Raja Yang Dipertuan ke 11 (Marhum Besar Aulia Allah 1653-1720) di ceritakan, tiada berzuriat. Baginda Mahmud Iskandar Shah itu amat lanjut usianya; bertakhta selama 67 tahun !! Baginda mangkat dalam usia 120 !!  Ketara baginda itu harus lah tidak upaya lagi memerintah. Justeru, baginda perkenan melantik paduka adindanya (RAJA MUDA) MANSUR, yang nyata telah sebegitu matang, lalu diserahkan atas kemahuan baginda sendiri, mengurus segala pentadbiran yang tiada terdaya lagi oleh baginda. Namun baginda masih tetap 'Raja Yang Dipertuan'Perak. Paduka adindanya Raja Muda Mansur, langsung di ikhtiraf selaku *SULTAN MUDA*.

    Di dalam riwayat ke istanaan Negeri Perak dalam awal kurun abad ke 18 Masihi, kita  membaca kisah Kesultanan Muda di zaman pemerintahan Paduka Seri Sultan Alauddin Mansur Shah (Marhum Sulong 1773-1786) Yang Dipertuan Perak ke 17. Saudara baginda yang menyandang kedudukan sebagai RAJA KECIL BONGSU telah diserahkan peranan sebagai‘SULTAN MUDA’.  Ada tiga orang lagi yang diketahui di alam Darul Ridzuan yang pernah berjawatan Kesultanan Muda:  (1) *SYED SHARIFF BISNU  menantu Sultan Iskandar Dzul-karnain @ “Marhum Kaharullah” 1754-1764, yang kemudian digelar baginda sebagai ‘SULTAN MUDA ALAUDDIN’  namunpun Arab jati ini bukannya suku bangsa Melayu; dan tidak pula tergolong sebagai Waris Negeri ;  (2) *SULTAN MUDA’ (RAJA) AHMAD  yang pada ketikanya sudah pun bergelar RAJA KECIL TENGAH.  Baginda ini ialah  menantu Sultan Abdul Malik Mansur Shah (@“Marhum Jamalullah” 1806-1825);  (3)*Bekas Pemerintah Perak @ ‘SULTAN MUDA ISMAIL’, dalam tahun 1874. Raja Ismail ialah putera Negeri Siak yang sebelum disarankan menyandangi takhta Perak, sedang berjawatan  (Orang Kaya ) RAJA BENDAHARA.

    Ada kalanya gelaran Sultan Muda itu dipakai, dan ada kala nya telah memudar semasa  zaman kesultanan Melaka mahu pun di Negeri Perak.. .. .. Mari kita renungi gara-gara kualifikasi nya:-

     Di Melaka
    ‘Sultan Muda’ Raja Muda Ahmad :>  Baginda ini sepertimana yang termaklum, ialah seorang yang bersemangatperkasa.  Raja Ahmad Ibni Sultan Mahmud Shah amat cenderung dalam ilmiah Tharikat dan hal ehwal Sufi.Pendek-kata, pernah diandaikan oleh para pembesar Melaka, baginda  seumpama  MOHAMMAD HANAFIAH. (Mohamad Hanafiah ialah seorang perwira pejuang Islam yang termasyhur menyabitkan wujudnya ‘Hikayat Mohammad Hanafiah’). Kegagahan Sultan Muda Ahmad adalah atas kepenuhan ilmuTauhid yang  telah di asuh oleh Makhdum Sadar Jahan.

     *  Di Perak
    Perwatakan kesultanan muda adalah di laksanakan oleh seorang bangsawan diraja yang telah pun Menjunjung Duli  terlebih dahulu, menyandang sesuatu gelaran yang tidak ada bersangkut-paut dengan peranan ketugasan bakal seseorang Raja Pemerintah negeri. Kalau kita menyelidik berkenaan dengan ilmu-ilmu dan / atau tanggungjawab yang di punyai oleh orang-orang yang bergelar Sultan Muda di Perak itu, pati-patinya adalah seperti berikut :>
       Orang-orang yang telah diserahkan peranan sebagai ‘Sultan Muda’ adalah orang-orang yang bijak pandai di bidang ilmiah keagamaannya; dan / atau mendalami tentang ilmu-ilmu kebatinan selain daripada ilmu-ilmu Islam; dan /atau, atas kualifikasi-kualifikasi yang tertentu, demi di harap akan menjalankan tugas-tugas yang baginda Sultan sendiri tiada berkepandain ataupun kemahiran melaksanakan nya sebagai Raja Yang Dipertuan.

      Sultan Muda itu bagaikan seorang pegawai berpengaruh yang tidak boleh diganggu-gugat oleh pembesar-pembesar dalam negeri.

      Sultan Muda bermirip Pembantu Khas kepada Raja Yang DiPertuan.  Beliau telah di tauliah baginda selaku ‘eksekutif’ peribadi nya. Sang eksekutif ini amat berpengaruh walaupun pangkat dan kedudukannya masih jauh rendah daripada Raja Pemerintah, Raja Muda dan Raja Di Hilir; mahupun pada zaman lampau, rendah daripada kedudukan Raja Bendahara. Meskipun demikian, sang pegawai itu, apabila dia menyatakan sesuatu, reaksi para pendengar dengan tidak secara langsung membayangkan Sultan yang berkata-kata. Ramai di antara kaum kerabat diraja yang merasai segan atas prestasi satus si penyandang ‘Sultan Muda’  itu!    (*Seharusnya ada pula lah yang irihati terhadap kepengaruhan sang Sultan Muda !!! )
      Kebolehan Raja Ahmad ini fasih dalam bidang ilmu keperwiraan dan hal ehwal agama yang amat mendalam. Maka dengan itu, secara langsung, beliau ini menyandang gelaran tambahan, iaitu,"SULTAN MUDA"; seperti kebiasaan pada resam dahulukala. Sebermula, Raja Kecil Tengah @ “Sultan Muda ” Ahmad telah berjaya mendamaikan suasana perang dan perbalahan antara saudara dalam negeri. Kejayaan Raja Ahmad mendamaikan porak-peranda, pasti ada berkait sebab-menyebab dengan kemahiran ilmu-ilmu dan pengalaman kepimpinan yanSuatu misalan di Perak yang boleh kita bawa perhatian ialah berkenaan dengan Sultan Muda Ahmad, menantu Paduka Seri Sultan Abdul Malik Yang Dipertuan Perak ke 19.   Pada zaman itu Perak sedang menempuhi huru hara dari dalam dan luar negeri.  Menantu baginda itu, yang disebut “berasal dari Daik", sebenarnya ialah cucu DAENG MAREWAH“Kelana Jaya Putra”  (1719-1728) Yang Dipertuan Muda Riau-Lingga I.  RAJA AHMAD Ibni RAJA SA'ID datang ke Perak bersama angkatan Bugis (Riau, Linggi & Kuala Langat). Mereka di panggil demi membantu Sultan Abdul Malik menyelesaikan masalah  dalam negeri Perak.  Raja Ahmad kemudian nya, di joduhkan dengan puteri baginda Raja Cik Puan Busu @"Engku Long "; iaitu, janda Raja Kecil Besar Daud bin Raja Ali {ibni Raja Bendahara Mahmud @"Marhum Sulong " benih keturunan Sultan Perak ke16}. ~ Selesai berkahwin dengan Raja "Che'Puan Busu" @Engku Long, langsunglah Raja Ahmad bin Raja Sa’id (Pahlawan) “Johan Berdaulat ” di kurnia pangkat di Perak, bergelar Raja Kecil Tengah.  Beliau ini sambil itu juga diberikan kuasa “mempelihara ” / memulih alat-alat kebesaran diraja (“Perkakas Kerajaan ”) atas gtuanya, Sultan Abdul Malik. beliau perolehi sebelum datang ke Negeri Perak. Sekira tiada, nescaya tidak di titah selaku juru-penasihat perribadi kepada paduka ayahanda mereka.

         APAKAH SULTAN MUDA "BOMOH" Atau "PAWANG DIRAJA ????    

    Para pengkritik yg da'if penyelidikan perihal kesultanan muda, lazim menyatakan orang yang berprestasi Sultan Muda adalah sang Pawang Diraja, atau bomoh besar; kerana Sultan Muda telah, kononnya, dipertugaskan tentang hal ehwal mengawal insan-insan dan makhluk ghaib seperti Jin dan Jembalang. Mungkin ada sedikit sebanyak kebenarannya,  tetapi bukanlah terkhusus dan persis di katakan jawatan Pawang Diraja itulah kedudukan “Sultan Muda”. Kepandaian dalam ilmu kepawangan itu hanyalah sesuatu daripada kewajipan peribadi secara kebetulan sahaja.  Seseorang panglima dan wira Melayu sudah pasti punya pengisian ilmu-ilmu keperkasaan; dan kemahiran pertahanan diri, zahir-batin.  Misalnya ilmu-ilmu ‘penggerak’, ‘pelindung’, dan ‘pelangkah’ adalah menjadi keperluan asas bagi para pesilat yang ulung-ulung. ~ Lagi mendalam dan meluas ilmu-ilmunya, lagi perkasalah Sang Wira itu. Setelah menyoal selidik perihal kesultanan muda, saya telah mendapat kesimpulan seperti berikut :~  
    • <> TUGAS-tugas  kesultanan muda ini bukan nya tugas / jawatan “Yang Dipertuan Muda” atau “Raja Muda”.  Bukan juga “Pemangku Negeri”; tetapi bermirip PEMANGKU PERIBADI kepada Raja Yang Dipertuan dalam hal ehwal tertentu yang di perkenani Raja. 
      <> SULTAN MUDA bukannya jawatan “Pawang Diraja”  mahupun  “Pawang Besar ” akan tetapi harus fasih juga dalam ilmu keperwiraan dan kepawangan dan ilmu-ilmu kerohanian Islam seperti Tauhid, Tharikat dan sebagainya
      <> Sultan Muda berwatak PUTERA WIRA. 
      <> Sekiranya gelaran tersebut sudah diberi bagi seseorang “Bakal Sultan”, maka beliau itu akan terserah sekian tanggungjawab  mengnahodai  urusan mempelihara segala alat-alat kebesaran negeri; demi menentukan pada tiap-tiap Malam Jumaat  dan malam / hari yang tertentu bagi adat, Perkakas Kerajaan itu semuanya di pulihi. 
      <> Menjaga/mengawal @'POSYAKA'  terhadap “khadam-khadam dan para Jin”  yang bersampingan dengan alat-alat "sakti" termaksud ~
        BAGI PIHAK PERIBADI  Raja Pemerintah.   
      <>Tugas-tugas tersebut  adalah di bawah kelolaan @  penyeliaan  majlis  kesultanan muda . Justeru, Sultan Muda akan menyuruh (Tok) Seri Nara Diraja dan Pawang Diraja melaksanakan fungsi istiadat/ tugas-tugas tersebut
      <> Dalam  majlis  berisiadat  istana, “Sultan  Muda” itu teristimewa dikapit oleh Tok Seri Nara Diraja bersama Pawang Istana/ Pawang Besar  yang bergelar “Raja Cik Muda Pawang Diraja   serta berangkatan persandaran sakti  Orang Kalurperagam Nobat.  
      <> Dialah seandai  “PENGERUSI  EKSEKUTIF ” jama’ah itu. Bolehlah dikatakan bahawa “Sultan Muda ” itu “berjinak-jinak  dengan  'Kenaraan' negeri ”.  
      <> Si penyandang gelaran tambahan Sultan Muda ” ini juga dipertugaskan secara otomatis, menjadi “PENGHULU” kepada sekalian para pawang, bomoh, dukun dan penjampi-serapah seluruh dalam negeri.  
      <> Sultan Muda serentak bertanggungjawab atas pengawalan buruk-baik atau salahguna praktis-praktis tersebut oleh sekalian terhadap para insan yang ghaib.
      <> Hanya sang raja bergelar yang ada kebolehan atau pun kewibawaan terhadap perkara-perkara tersebut sahaja yang akan dipilih.  Pendek-kata, seandai 'RISYIS' zaman Hindu-Buddha abad-abad pra-Islam di alam Srivijaya. 
      <> Sekiranya tiada diperolehi seseorang anak raja bergelar yang ada kebolehan  atau mempunyai  “attributes” seperti  tersebut,  maka tidaklah dilantik sesiapa; dan penyandangan jejwatan Ketua Majlis Kesultanan Muda itu terbiar kosong.  
      <> Fungsi sampingan ini seumpama erti-kata (Inggeris) “on a PERSONAL-TO-HOLDER  basis".
                                        
                                    *KESULTANAN PERANTARAAN*    

Sandaran “Sultan Muda ini diberikan kepada anak-anak raja yang sudah bergelar menjadi salah seorang BAKAL SULTAN,  seperti “Raja-Raja Kecil ” dan seterusnya ke atas; tidak diberikan kedudukan martabat tersebut sekiranya waris itu belum lagi Menjunjung Duli dan bergelar sebagai seseorang daripada bakal Raja Pemerintah. Sang raja bergelar itu boleh menyandang watak kesultanan muda sehinggalah dia berpangkat Raja Muda.  Sultan sendiri yang akan menentukan sang penggantinya.
  • Semasa Bendahara sedang menyandang kedudukan sebagai Pemangku Jemaah Pemerintahan Negeri tatkala  seseorang Raja Pemerintah telah mangkat, Waris Sah Bergelar yang akan melepaskan jenazah diraja untuk di  kebumikan itu tidak lagi berpangkat / berjawatan yang di sandangi nya sebelum itu.
  • Biasanya orang itu ialah Raja Muda, tetapi tidaklah seharusnya sedemikian. Walau apapun, sang Waris Bergelar"Yang Sah"  itu akan di perkenal kepada khalayak, oleh Bendahara, seketika sa'at beristiadat melepaskan Jenazah Diraja dari Balairong Seri. { *Jenazah yang siap berkapan, terletak di paras tangga tingkatan ke4 Singgahsana* }  ~ Bendahara mengistihar Raja Penampuk BAKAL Yang Dipertuan; ~ Si Waris Sah itu lah 'Sultan' (Pengganti Raja yang mangkat itu). Pada ketika baginda didaulatkan oleh Bendahara, *TANPA BERNOBAT*, si sang Waris Sah itu dengan secara otomatis, menjadi “SULTAN MUDA PERANTARAAN”.
  • Maka barangsiapa yang sebelum itu sedang menyandang (gelaran tambahan) kesultanan muda, akan dengan secara otomatis, terluput / terlepaslah tanggung-jawabnya:  Kerana penjawatan itu hanya di perkenani dan menjadi peranan seseorang raja bergelar semata-mata atas kehendak Almarhum semasa hayatnya;  ~ iaitu, menjadi Eksekutif Peribadi Almarhum, semata-mata“on a Personal-To-Holder basis”. ~ Yakni, bukan atas kemahuan mahupun pemilihan oleh sang Bakal Paduka Takhta yang baru di isytiharkan tadi. Pada ketika tempoh Berkabungsampailah ke pagi Hari Pertabalan yang akan di upacarakan nanti, sang Bakal Yang Dipertuan yang telah terisytiharkan ~ .... Itulah si dia “Sultan Muda”  yang paling teristimewa;  kian beliau terus di kapit Bersandar Daulat  kepada Bendahara (Penghulu Jemaah) bersama Seri Nara Diraja (Naib Jemaah) Pemerintah;  bukan nya kefungsian seperti Sultan Muda yang menjadi ‘Pengurusi’ bagi para pawang, bomoh dan persukuan Nobat Orang Kalur .... 
  • Oleh kerana WARIS SAH yang berkenaan sudah pun di peralu-laung di daulatkan sebagai sang Bakal  TERAS TUNGGAL  Raja Pemerintah oleh Bendahara, maka Sultan Muda @ “Raja Perantaraan” bolehlah terusan disembah.  Namun si Waris Takhta  itu  tetap belum  sah  selaku Raja Yang  Dipertuan, kerana baginda belum lagi di peristiadat tabal dan diselit PEPASAK  "Cap Halilintar"  dan di bisikkan (rahsia) "Nasab Sultani " oleh Seri Nara DiRaja. 
  • Sebelum hari-hari pertabalan, atau pun di waktu sebelum pengupacaraan tersebut, bolehlah baginda Raja Yang Dipertuan (baru) memperkenan barang sesiapa di antara Raja-raja Bergelar yang ingin baginda menyerahkan peranan kesultanan mudanya, mahu pun berterusan dikosongkan sahaja untuk seketikanya.
  • Sekiranya masih lagi tiada, maka yang menjadi ketua membawa Perkakas Kerajaan  dan meletakkan segala lambang-lambang kebesarannya negeri beraja di singgahsana, akan dilaksanakan oleh Pawang Diraja , cuma selaku Wakil  jawatan yang masih kosong itu sahaja. 
    Ini bererti , bhw Pawang Diraja  BUKAN “Sultan Muda“ mahupun ‘Pemangku Sultan Muda’   ~ itu BUKAN,  BUKAN,  BUKAN ..  Dan sememang-memang BUKAN !!!!!

6 comments:

  1. Ini berupa Topik yg ke#4 .. ADA BANYAK LAGI YG AKAN MASUK untuk di abadikan kedalam Blogspot ini.

    ReplyDelete
  2. Saya sedang berlajar "trick" guna Blogspot Page .. Susah lah macam ini .. Selagi saya tak "master" semua fasiliti2 kemudahan ,, tak seronok saya mahu insert topik2 baru ,, nescaya lebih frustrated daripada satisfaction !! Maka saya hanya berlatih kemahiran dgn insert2 yg pernah saya insert dlm FB .. tapi dlm Blogspot .. info & data dan gambar2 nya akan saya cuba improve seberapa yg baikdan terdaya.

    ReplyDelete
  3. Jika tidak dipermasalahkan sudi kiranya Engku memberi pencerahan atau kupasan pengertian PEPASAK "cap halilintar" dan nasab sultani bagi orang marhain kenal menghornati akan adat istiadat tersebut. Junjung kasih.

    ReplyDelete
  4. Attn sdr Anonymous :>
    Terima kasih atas minat sdr ingin mengetahui pengertian PEPASAK "cap mohor Halilintar" @"Kayu Gempa" @ "Kayu Gamat":> Peneranganan2 nya boleh sdr selidek nerusi artikal2 yg berkaitan ~ SILA LAWAT topik2 yg selari ref: "LABELS" .. Kalau sdr masih gagal menjumpai/menemui perkara istilah2 yg sdr ingini itu, saya sedia memberi penerangan kpd sdr info istilah/pengertian yg lebih lanjut; supaya ia lebih jelas bagi kepuasan sdr ~ dengan bersyarat ~ Sdr 'ANONYMOUS' ini kenalah KENALKAN DIRI (identiti) sdr yg sebenar:> Dgn memberi nama batang tubuh sdr dan e-mail anda. (Ma'af lah saya bersikap sedemikian, ini adalah DASAR PERIBADI saya. Sekian Salam Mesra)

    ReplyDelete
  5. Pesanan kpd Sdr2 "Anonymous":>
    Saya hormati dasar peribadi barangmana tetuan yg lebih suka menyelubungi identiti diri perbadi anda. Itu adalah HAK tetuan.

    Namun para tetuan yang berdasar "Anonymous", juga, adalah diharap menghormati kemahuan saya pula...

    Demi memudahkan jiwa perhubungan nan tulus dan erat, di antara saya dengan kalian yg berminat mengekori dan mendalami ilmu hal-ehwal "Heritage" penulisan saya, ingin saya sarani, lebih baik lah tetuan 'Anonymous" juga TURUT SERTA MENDAFTARKAN Identiti SELAKU "FOLLOWERS" Blogspot Engku Kobat Salehuddin.

    Sekian dimaklumkan.

    ReplyDelete
  6. AMBIL PERHATIAN:>
    Info2 di dlm artikal 'SULTAN MUDA' ini adalah berupa "Addendum" {penerangan lanjut} dan BERKAIT rapat dgn buah-butir topik2:
    (1)*"ADAT-ISTIADAT MENABAL DAPUNTA SERI SAGUNTANG" @Pertabalan Raja-Raja Yang DiPertuan Perak.
    (2)*"HUBUNGKAIT 'KEPADUKAAN' DENGAN SIFAT 'BENDAHARA' BERSAMA 'SERI NARA DIRAJA'"
    (3)*"HUBUNGKAIT SIFAT2 'PADUKA' DENGAN 'PENGHULU'..."

    *Apakala kalian para pembaca tlh menghayati isi kandungan ke-empat-empat topik nota2 yg tersebut, InsyaAllah, akan jelas lah pemahaman anda.

    ReplyDelete