Postings in this Blogspot primarily cover The Malay Cultural Heritage of Seri Saguntang ~ its inter-connective hereditary histories of the Lands of Andalas and Suvarnabhumi. It encompasses the Sailendra's erudite heartlands of Central India. The author also intent to expose, a yet unrevealed incidences of Perak's subsequent events within the post-Melaka-Kampar periods of 1527-1827 ~ its by-resulting interlaced inherited cultural antiquities. Selected Notes in Bahasa Melayu are herein presented.
Assalamu'alaikum .. Selamat Datang Ke Alam Warkah Saya Ini ..
Selamat Bertandang ke PETI WARKAH ENGKU KOBAT :
Topik2 peri-ehwal khazanah warisan, peninggalan leluhur persukuan Melayu-Sailendra Seri Saguntang ini disertai dengan kupas-kupusan nya. Sekiranya tiada berkupas, nescaya rumitlah pembaca memahami RATIONALE Hakikat disebalik setiap resam adat2 istiadat Warisan Ibunda kita itu. Begitu hemah saya. Warkah2 yang dibentangkan nerusi blogspot ini terkhusus dipilih demi memperkenal kembali khazanah keleluhuran; dengan harapan 'HERITAGE' kita itu diPULIHi diPELIHARA; tetap diPERTAHANKAN daripada ia terus tenggelam dalam arus deras pengaruh suku kebudayaan asing. Maruah Jatidiri Bangsa Melayu sepatutnya megah dijulang mulia, mengental dengan penjiwaan semangat ilmu-ilmu dek Pusaka Leluhur Melayu Saguntang. Khazanah kita itu kebelakangan ini kelihatan kian malang, telahpun amat ketara semakin terlampau cacat nian dan mereput ~ akibah musibah bersabit kecuaian para-pewarisnya sendiri. Mudah-mudahan, penulisan saya ini mampu memujuk daya memupuk semula pemulihan dusun semangat yang termaksud.
Kesemua kandungan yang saya persembahkan ini, pada asasnya, adalah yang diPETIK-PETIK daripada manuskrip saya yang telahpun siap sejak 1976 untuk dibukukan ~ berjudul : "TUNGAK PERTUANAN RAJA-RAJA MELAYU".
keturunanku
JIWA dan NALURI KU
A Patriot And Traditionalist
I am a Composer I am
As a composer and lyricist, my heartbeat is in Musics ..... AND i'm proud to herald that I hail from the serene and scenic District of Kuala Kangsar ~ wherein there niche the orchestrated Hereditary Spirits that inspire my literary and musical repertoire.
Kuala Kangsar ~ Desa HalamanKu
Sungai Perak mengalir damai di desa Daerah halamanku Kuala Kangsar ... ... ... ... ... ... (foto ehsan: YM Raja Nur Jannah Hirdan)
JUGDE ME AS U WISH ... Apr 12, 2011
Roger-K And His Blogger Friends
PAGES: Appendix and Footnote
Sunday, 12 June 2011
CIRI ALU-ALUAN SERI SAGUNTANG
Wednesday, 8 June 2011
Engku Kobat Salehuddin: Kereramatan TOK TEMONG
Kereramatan TOK TEMONG
Tertiah Baginda Idris:
“Hah! Apa pulak kehnya ni? Apa gamaknya salah aku kali ini Brahim”?*( ). (Dibalas Serang Ibrahim): “Harap dek ampun....rasa-rasa patik “Orang Tua” tu risau Kebawah Duli berlegar sampai ke senja tadi!”
Baginda berpaling kepada penulis : “Hah Kobat...berani kamu ikut Ayah ke Makam Temong?” ...
“Harap dek ampun...Kalau Ayah berani, patikpun turut berani juga Tuanku!” ... Tetapi sebenarnya, penulis sudah kecut-kecut perut ketakutan!
Kamipun turun dalam penyuluhan cahaya kunang-kunang itu. Baru setangga dua terdengar jentera bot terbatuk-batuk lalu menjadi lancar...
“Daulat Tuanku!” laung Serang Ibrahim.
Sambil turun, sempat penulis bertanya kepada baginda: “Apa yang Ayah cucakan tadi?” ...
“Hei, itule Kobat, kamu patut lama dah belajor... .adatnya kalau tak mintak, mampueh tak guru memberi!”
“Harap dek ampun, udah lama dah patik hajatkan, tapi tak berani nak mintak”.
“Hiss kamu, ~ Ayah ni bukannya naga!”
Penulispun terus memohon ilmu baginda sedikit.
“Nanti kita sampai di Istana, bulehlah Ayah turunkan;”
Bertertiah pula Baginda Idris : “ Tok Temong tu bukannya kamu tak tahu Kobat, kalau dengan Ayah ni, cepat benor dia murka, tak boleh salah sikit...Hah(!)... Diapun menegor le!”
Monday, 6 June 2011
Tertiah Al-Marhum Paduka Sang Sapurba, Dapunta Hyang Negeri Perak
"Kamu Kobat ~ Percayalah cakap Ayah ni, kamu tenguk lah tak lama lagi, BERCELARU lah semangat pertiwi Orang Melayu .. Politik sekarang dengan ilmu-ilmu pelajaran sekolah (sambil memalih kat Aruah Cikgu Mat Manjang) .. aku hati dah tak lagi mementingkan seni khazanah kebudayaan Nenek-Moyang Seri Saguntang.. !! (Disahut dek Cikgu Mat) : "Hai ya Allah Tuan Penghulu Patek, tajam sungguh permerhatian Payung Jembala Patek .. Harap dek Ampun .. kita dah tak lama lagi ni bernyawa Tuanku .. Terserah amanah patek lah kat Paduka Anakanda Engku Kobat ini lah yang patut perjuangkan dusun pusaka negeri nya .. Harap Dek Ampun .." (Lantas dibalas dek Paduka Al-Marhum) : "Udah ke dia gheti (= mengerti & sedar) pasae Seri Saguntang" ??!!?? (Sahut Cikgu Mat): "Baghu mengenae bau nye aje Tuanku .. Dah pun perhamba tua asah2 nye sekador daya patek .. tapi belum cukup masak.. Harap dek Ampun .." .. (Bidas Al-Marhum Idris): "Hisssssh Kobat, jangan lah hae muzik mencipta lagu2 aje yang kamu fasih .. Nih .. Ayah nak sambut Mat Manjang, bagi Aku juga sumbat2kan pulak INTI2 SARI Saguntang dalam hati si Pencipta Lagu kita ini .. Lepeh itu, pegilah kamu Kobat ~ jelajah Pulo Andalas dengan Warkah Amanah Sang Sapurba daripada Ayah, bawak "teacher" kamu Mat Manjang sekali .. kutip balek pengetahuan ilmu-ilmu asli dari sana, bawak balek kepangkuan Astaka Iskandariah segala yang udah kita tecicor-cicio (tercicir-cicir) .. tapi nanti, bior Ayah"test" kamu dulu.. !!"
{ Roger-K pun cuma pada pertengahan tahun 2010 baru ngerti punya Facebook; dan baru dalam awal bulan May 2011 baru syok nak jadi "Blogger"... terus buka Engku Kobat Salehuddin Blogspot !!! }
Salah siapa saudara ?? ... Salah siapa !!???!!!
Kala haus dahaga di tasik nan jernih ... JANGAN dipersalahkan Ibu mengandung !!!
Tetak Sentang
Lagu Yang Pernah Didendangkan Dengan Iringan Nobat Istana Perak

"Tetak sentang buatkan kolek
Hendak menuba Sungai Budiman
Duduk bertentang adik-beradik
Bagai bunga kembang setaman"
* Ayuhai adik dayang dan dayang
"Hendak menuba Sungai Budiman Singgah bermalam di rotan getah Kekal bertakhta zaman berzaman Seisi negeri menjunjung titah"
* Ayuhai adik dayang dan dayang
"Singgah bermalam di rotan getah Pagi-pagi memburu rusa Seisi negeri menjunjung titah Daulat berdiri senantiasa"
* Ayuhai adik dayang dan dayang
"Pagi-pagi memburu rusa Naik ke bukit mengambil jerun Daulat berdiri senantiasa Memerintah negeri turun-temurun"
* Ayuhai adik dayang dan dayang
"Naik ke bukit mengambil jerun Jerun ada di bawah batang Memerintah negeri turun-temurun Berasal dari Bukit Saguntang"
* Ayuhai adik dayang dan dayang
"Jerun ada di bawah batan Dua dengan pohon kemuning Berasal dari Bukit Saguntang Bergajah putih berpayung kuning"
* Ayuhai adik dayang dan dayang
"Dua dengan pohon kemuning Sayang selasih daunnya lebat Bergajah putih berpayung kuning Itulah asal Raja Bernobat"
* Ayuhai adik dayang dan dayang
"Sayang selasih daunnya lebat Berselang dengan sepohon jarak Itulah asal Raja Bernobat Keturunan Raja Negeri Perak"
- Sesudah berdamai, langsunglah di satukan putera Paduka Muhammad Shah yg tlh di lantik menjadi Raja Muda, dgn puteri bongsu Paduka Mudzaffar Shah. Semasa tempoh berpesta adat2-istiadat pertunangan dan persandingan yg berlangsung selama 44 hari siang & malam itu, Raja Muda Iskandar tlh mengaturkan suatu acara menuba di Sungai Budiman.

- Para Dendayang dan isteri2 para pembesar turut menyahut secara "UNISON" di dalam bahagian *"KORUS" lagu itu. Inilah ulung2 kali di ketahui bhw RAGAM2 Nobat Istana dapat dan telah di ubahsuai "tempo"nya bagi nenyesuaikan mengiring sebuah lagu seni istana Perak.. !!!


Adat Istiadat Menabal Dapunta Seri Saguntang : Bhg #1 (drp 3xEpisod)
5 Peringkat Istiadat Meletakkan Darjat Dan Martabat kepada Sang Penghulu Negeri demi dia Layak Dan Sah menjadi Paduka Jembala bagi Rakyatnya .....
Adat-Istiadat Pertabalan Raja-Raja Yang DiPertuan Perak
dan
Kedudukan Seri Nara DiRaja merangkap "Abang Kepadukaan"
kepada Raja Yang DiPertuan
Jika kita menghayati tatacara adat-istiadat seni Melayu-Sailendra penabalan Raja Yang Dipertuan Negeri Perak, sepertimana yang sediakala [3] ketara ianya indah mentejai tatatertib yang aksis. Memang berbagai keperluan yang mesti ditunaikan sebelum seseorang Jembala Pemerintah itu diakui layak dan sah bersemayam diatas takhta kerajaan negeri. PERINGKAT PERTAMA: Melantik Wakil Terulung Negeri Perak
Upacara adab-istiadat pun bermula, dengan Sang Abang melaksanakan peranannya dengan memunculkan dirinya dari luar Balairong Seri setelah keluar dari Balai Nobat. Di dalam suasana yang hening sepi dia berjalan terus menuju dan menaiki Singgahsana hingga ke anak tangga yang keempat. Dari situ Sang Abang berdiri tercegat berhadapan dengan calun Pemerintah yang berkedudukan di landasan paras kelima, bersemayam seorang diri di atas peterakna dan dihadapi oleh sekalian para Saksi Negeri [7].
Mufti Negeri pun diperkenankan mengadap untuk melafazkan Doa Kerestuan dan kesempurnaan negeri kebawah naungan payung pemerintahan Baginda.
Notakaki **************************************************************************************
[1] (Dr.Prof.Noriah Mohamed) Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama m/s 9, m/s 20-21
[3] Adat istiadat ini telah diubahsuai sedikit pada zaman Inggeris, Sultan Idris yg pertama pada kurun ke-19
[4] Srivijaya semasa awal kurun ke-13 masihi.
[5] Pedang Curik Mantera-Dakini : ialah nama asli yg kebelakangan ini disebut “Cureka Si Manjakini” dan biasa juga disebut "Curek Si Mandakini" ~ atas salah2 erti sebenar. “Curik” (Tamil-Sanskrit) = sebilah mata besi alat pemotong / penetak / penebas. “Man” = mantera dan “Dakini” ialah mambang air (@ 'mythological fresh water Nymph') bentara perempuan kpd Dewi Kali yg gemarkan daging dan meminum darah manusia. Nyatalah “Curik si Man-Dakini” bermaksud sebilah pedang tempur @ pemusnah yg tlh dimantera (puja) dgn nama si mambang Dakini demi diguna pakai oleh sang Maharaja Wira selaku pedang perang @ pedang kuasa. Pedang ini adalah peninggalan “Raja Suran”@Rejendra Chola I di Palembang sesudah dia selesai melanda Srivijaya tetahun 1025 ~ 1028 m.(Sila rujuk kpd info2 tambahan di PAGE EKS berjudul : The PERAK STATE SWORD.)
[6] Watak Sultan Muda; bukan watak Pawang Diraja. Sila rujuk ke topik "Sultan Muda" di blogspot ini.
[7] Saksi Negeri :> para bangsawan & org keutamaan kerajaan yg dijemput menyaksikan upacara penabalan.
[8] Menegap :> memicit-micit dan mengurut-urut demi menerapkan tenaga kesaktian kedalam tubuh Diraja.
[9] (R.J.Wilkinson) JMBRAS Vol.XIII.Pt.11, Oct 1935 m/s 7; Kita mula menemui perkataan Melayu kuno “Dapunta Hyang” = Yang Dipertuan (bahasa terkini) apakala ia pertamakali diguna oleh Melayu-Sailendra dlm tetahun 685-689m.
[10] Penjelasan oleh Almarhum Raja Razman & Allahyarham Cikgu Ahmad Manjang.
[11] Berhadap Diraja:> berdiri tegak menyusun sembah tanpa duduk bersila atau berkiam seperti lazim adat Menjunjung Duli.
[12] Nobat dan Nafiri; sila rujuk kpd topik tersebut di dlm blogspot ini.
[13] Yang Tertahan:> Sang Yang Dipertuan akan memberitahu Sri Nara Diraja berapa panjang yg baginda perkenan dimainkan muzik nobat dlm pengujian kecekalan itu. Rujuk Bab ke-3 utk maklumat lengkap
[14] Man :> = ikut loghat Negeri Perak yg terpendek drp maksud mentera
[15] Penghulu @ Jembala Negeri:> Rujuk ke topik Hubungkait sifat ‘Paduka’ dgn ‘Penghulu’ di dlm blogspot ini.
[16] Istihar ~ Bendahara memaklumkan gelaran kenalan menyamping pangkat Sultan itu. Asal usul lumrah pemanggilan seperti ini adalah drp adat Feudal India.
[17] Gelaran prasasti:> Medieval India akan mengistiraf keperkasaan seseorang Maharaja yg tlh menunaikan ekspedisi penaklukan.Ciri-ciri kejayaan Raja itu akan menjadi alu-aluan diskriptif perihal kecermelangan baginda. Hanya Raja-raja Melayu Malaysia sahaja yg masih mempraktis lumrah pencoretan prasasti peribadi ini walaupun mereka tidak lagi menakluk. Kini prasasti itu berbahasa Arab.





